Friday, January 29, 2010

Tepat!! Najib Tak Lantik KJ Dalam Kabinet

Lebih parah kepada Umno jika KJ dilantik menganggotai kabinet Najib. Persepsi rakyat bahawa KJ lah penyebab melopongnya sokongan rakyat terhadap Umno pada PRU-12 adalah atas tindak tanduk anak muda rembau ini.

Luka parah kepada imej UMNO dan Barisan Nasional yang ditinggalkannya hingga ke saat ini masih belum sembuh. (Nota: semalam mesyuarat exco pemuda Umno meminta KJ letak jawatan kerana gagal menjalankan amanah yang diberikan kepadanya sebagai ketua pemuda).

UMNO sendiri bukan sahaja masih yakin bahawa Khairy tidak mendapat sokongan dalam parti ( kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO kerana politik wang) tetapi juga meragukan sokongan di luar parti terhadapnya.

Maka itulah sebabnya jentera pilihanraya BN dalam beberapa pilihanraya kecil yang telah diadakan meminta supaya Khairy menjauhkan diri, tidak menunjukan muka atau tidak memberikan sentuhannya.

Najib harus ingat kerana nasihat orang inilah negara berada dalam malapetaka kebebasan yang tidak terbatas dan liar hingga sekarang ini. Khairy adalah merupakan kepala di tingkat 4 bersama seorang lagi tuhan hindu yang telah menyebabkan wartawan wartawan Melayu lari dari NST. Atas pengaruhnya jugalah maka MAS terpaksa membuka banyak ruang kepada Air Asia yang bukan merupakan penerbangan nasional.

Khairy telah mempunyai hubungan rapat dengan Kalimullah yang telah menggunakan NST untuk menghancurkan asas asas ketatanegaraan yang diasaskan sejak merdeka.

Datuk Seri Najib harus melihat wajah Khairy sebagai orang yang telah mengkhianti asas asas keharmonian negara yang telah dibina oleh ayahnya Tun Abdul Razak. Sejak pemerentahan Abdullah Badawi DEB telah diinjak injak dan lain lain asas hidup bersama telah dihancurkan dalam euphoria kebebasan baru.

Sebenarnya negara tidak aman lagi, selain dari rompakan, pencolekan, pendadahan dan pembunuhan juga telah berlaku pencabulan dan perogolan terhadap maruah negara.

Adakah Khairy yang mengetuai tingkat 4 dapat menafikan dosa dosa ini?

Datuk Seri Najib biasa dengan bahasa yang indah dan beradab tetapi ruangan ini mahu memberi sekalung tahniah kepadanya kerana tidak melantik KJ. Jika beliau melantik Khairy menjadi sebarang jawatan dalam kabinet maka berarti beliau menjemput malapetaka kepada masa depan politiknya.

Timbalannya Tan Sri Muhyiddin jika ikhlas mesti memberitahu dengan segera kepada Najib tanpa berlapik lapik supaya beliau tidak terpengaruh dengan gambaran kekuatan yang dilukiskannya sendiri. Sebenarnya beliau tidak kuat seperti yang dilihatnya di kaca TV atau d iinternet.

Jangan terpengaruh dengan pengakuan Zahid Hamidi yang pernah berkata jika dia dilantik sebagai PM pada pukul 12.50, maka dia akan melantik KJ sebagai menteri pada pukul 12.51!!

No comments:

Blog Archive