Latest News

Disebalik Cerita Syarikat ECM Libra



Sewaktu dialog Tun Dr Mahathir di Tmn Melawati suatu ketika pada tahun 2009 ada orang menyahut nama ECM Libra sebagai holding company yang menjadi dalang syarikat misteri Spa Gevi yang telah membeli MV Agusta dengan harga murah RM4 sahaja.

ECM Libra ialah syarikat kepunyaan Kalimullah Maseerul Hassan dan Khairy Jamaludin bersama beberapa taukeh yang lain.

Syarikat misteri Spa Gevi yg telah membeli MV Agusta dengan harga murah RM4 itu boleh mendapat keuntungan besar beratus juta Ringgit jika menjual balik MV Agusta kepada pihak ketiga di pasaran terbuka dgn harga yg lebih mencerminkan nilai sebenar syarikat MV Agusta itu.

Tetapi sekarang mari kita lihat bagaimana Kalimullah Maseerul Hassan  berjaya mendapat ECM Libra Bhd pula.

ECM Libra dulu dikenali sebagai BBMB Securities Bhd syarikat broker saham ia itu anak syarikat Bank Bumi. BBMB Securities hampir bungkus sewaktu Krisis Matawang 1998 dan terpaksa diambil alih oleh Khazanah Nasional Bhd yg sekarang dikawal ketat oleh Azman Mokhtar ia itu kroni Nor Mohd Yakcop -Menteri Kewangan Kedua.

Apabila Dr Mahathir umumkan pada 2002 bhwa beliau akan bersara dan juga tetapkan tarikhnya ie 31 Oktober 2003, geng Abdullah Badawi telah pun membuat persiapan awal utk songlap projek, duit, syarikat kroni, wang kerajaan, projek Petronas, stesen jana kuasa, BBMB Securities dsbnya.

Maka timbullah Kalimullah Maseerul Hassan  utk songlap BBMB Securities. Waktu itu Nor Mohd Yakcop adalah Penasihat Khas kpd Tun Dr Mahathir. Nor Mohd Yakcop pun bersedia utk membuat apa yang perlu (whatever is necessary) utk kekalkan jawatnnya ataupun utk dinaikkan pangkat lagi.

Utk ringkaskan ceritanya - Kalimullah minta bantuan kepada Boss nya supaya Kalimullah dan beberapa sahabat taukeh Cina boleh membeli BBMB Securities dpd Khazanah Nasional dgn harga murah macam 'harga MV Agusta juga lah'.

Mulanya orang lama yg control Khazanah Nasional pada masa itu tidak setuju harga murah yg ditawarkan oleh Kalimullah. Nama hero di Khazanah yg telah berani menolak tawaran Kalimullah adalah Datuk Anwar Aji, orang Melaka yg sangat setia kpd Khazanah Nasional yg menjadi Managing Director Khazanah Nasional pada masa itu.

Tetapi Anwar Aji telah mendapat panggilan telefon dpd Nor Mohd Yakcop - Penasihat Khas kpd Tun Dr Mahathir dan bakal Menteri Kewangan Kedua.

(Sekarang kita pun mula faham bab bagaimana Nor Mohd Yakcop boleh dinaikkan pangkat dpd Penasihat Khas terus menjadi Menteri Kewangan Kedua ! Senang saja. You luluskan projek ini semua, you punya pangkat mesti naik ! )

Nor Mohd Yakcop telah memberi arahan kpd Anwar Aji 'You sign saja lah. Biar Kalimullah Maseerul Hassan beli saja BBMB Securities dgn apa harga yang dia nak "

Maka terpaksalah Anwar Aji - yang terhutang budi juga kpd Nor Mohd Yakcop - ikut arahan. Tetapi belum habis lagi cerita ini.

Ikut jadual asalnya Anwar Aji akan sign kontrak penjualan BBMB Securities kpd Kalimullah selepas 31 Oktober 2003 - ia itu selepas Dr Mahathir bersara dan Abdullah Badawi sudah naik jadi PM. Geng Badawi khuatir (dgn sangkaan betul) nanti orang akan buat tuduhan macam macam pula kalau Kalimullah beli BBMB Securities sejurus selepas Abdullah Badawi jadi PM baru.

Jadi Anwar Aji dapat panggilan telefon dpd Nor Mohd Yakcop sekali lagi. Dia suruh Anwar Aji, 'Saya mahu awak sign dokumen dan kontrak jualan BBMB Securities kpd Kalimullah paling lewat 30 Oktober 2003'.

Maka sejarah telah pun mencatatkan bhwa syarikat BBMB Securities Bhd, syarikat pelopor yg melambangkan usaha gigih orang Melayu dan kaum bumiputera dlm industri broker saham telah pun dijual kpd Kalimullah Maseerul Hassan  dan beberapa orang taukeh China dengan harga yang jauh lebih murah dpd harga pasaran pada 30hb Oktober 2003 ia itu sehari sahaja sebelum Dr Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

Nor Mohd Yakcop dinaikkan pangkat menjadi Menteri Kewangan Kedua.

Anwar Aji pula yang berasal dpd Melaka, negeri keturunan Hang Tuah dan Hang Jebat dan sultan sultan Melayu belaka telah dipecat daripada jawatannya sebagai Managing Director Khazanah Nasional.

Anwar Aji diganti oleh kroni kroni yang lebih sayang kpd Nor Mohd Yakcop dan Kalimullah.

0 Response to "Disebalik Cerita Syarikat ECM Libra"

Blog Archive