Thursday, January 21, 2010

Cabang PKR Kuala Selangor Rebah: Azmin Ali Bersiap Jadi MB


Kali ini Ketua PKR Cabang Kelana Jaya pula mendakwa bahawa kumpulan 11 berserta pemuda dan wanita keluar daripada cabang PKR Kuala Selangor di mana Khalid Ibrahim sebagai ketua adalah gara-gara UMNO.

Tuan Syed Shahir Syed Mohamud berkata bahawa kenyataan timbalan ketua cabang Arshad Abu Bakar adalah bohong, ini kerana kalau cabang PKR yang diketuai oleh Khalid itu terbubar adalah pasti EGM diadakan.

AYT ingin tanya, kalau 13 orang AJK dah keluar daripada jumlah 16, apa itu namanya? Rupanya parti PKR tidak mengamalkan majoriti. Rupanya PKR adalah parti individu, kerana kalaupun majoriti keluar, maka cabang itu tetap berjalan seperti biasa. Parti apa ini?

Rakyat mula sekarang perlu mengambil iktibar melalui rebahnya cabang PKR Kuala Selangor ini. Rakyat perlu membuka mata bahawa parti PKR adalah bukan parti rakyat seperti namanya tetapi parti individu.

Yang peliknya Khalid Ibrahim mengatakan bahawa kumpulan 11 plus 2 itu adalah ahli Umno. Di sini AYT perlu beritahu khalid, parti UMNO mengamalkan bahawa sesiapa yang sahaja ahli yang didapati menikam belakang maka keahliannya akan digantung seumur hidup. Bagaimana pula Khalid mendakwa bahawa kumpulan 11 Plus 2 itu ahli Umno, maka kerana tidak dapat habuan maka kembali ke Umno?.

AYT merasakan bahawa kumpulan 11 plus 2 ini sebelum masuk PKR telah dijanjikan bulan bintang oleh Khalid. Lihat janji Pakatan semasa PRU-12, menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat. Buktinya sekarang pemimpin Pakatan lah yang ramai menyalah gunakan kuasa, rasuah wang, rasuah seks, rasuah agama dan berbagai rasuah.

Janji-janji Pakatan pada PRU-12 semuanya "NOL Besar" hanya bercakap serupa bikin.

Khalid kepanasan sekarang kerana para DUN DAP dan PAS mula hilang keyakinan. Manakan tidak cabang partipun tidak dapat diurus,ini kan pula mengurus negeri. Atas kelemahan Khalid lah banyak exconya menyalah gunakan kuasa rasuah. Bermula dengan isu Ean Ying Yong sehingga mengakibatkan kematian Teoh Beng Hock.

Setiauasaha Roonie Liu (AYT lupa namanya) yang berpura-pura tercedera sesama ingin disoal siasat oleh SPRM adalah satu bukti bagaimana lemahnya pengurusan Khalid.

Berbagai lakonan dan wayang yang dilakukan oleh ahli pentadbiran Pakatan Selangor ini menggambarkan kelemahan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Dengan rebahnya Cabang PKR Kuala Selangor menggambarkan bahawa Khalid Ibrahim akan kecundang tidak lama lagi. Azmin Ali perlu bersedia jadi MB.

No comments:

Blog Archive