Thursday, January 14, 2010

Boleh Percaya Kah Penafian Kalimullah?


SIAPA yang membiayai pengendali laman web Malaysia Today,Raja Petra Kamaruddin yang menjadi buruan polis kerana lari dari kes mahkamah di Malaysia masih menjadi misteri.

Kini dia diketahui berada di London dan dikatakan tinggal di sebuah apartmen, Trinity Court di Gloucester Bayswater yang terletak di sebuah kawasan mewah di pusat kotaraya London.

Soal bagaimana dia terlepas sampai ke sana... itu satu persoalan  lain yang juga misteri.

Mengambil kira kos hidup di London apa lagi tinggal di apartmen itu dan segala macam ,ia tidak mungkin dipikul sendirian oleh Raja Petra yang berstatus seorang muflis.

Sebab itu antara nama yang paling hangat berlegar di pasaran media serta desas desus individu yang membiayainya ialah Datuk Seri Kalimullah Hassan,bekas wartawan yang kini berstatus tokoh korprat kelas super jutawan.

Kalimullah,bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP dan sebelumnya wartawan The Star dan Straits Times,Singapura ialah rakan karib bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pelik sikit dicelah desas desus ini ialah Kalimullah dulunya adalah antara sasaran utama yang hebat dihentam terus menerus oleh Malaysia Today serta mantan Perdana Menteri Tun Mahathir ada cakap-cakap berlegar kebelakangan ini mendakwa Kalimullah sudah berpadu tenaga pula dengan Raja Petra untuk menghentam pentabiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setelah membisu sekian lama ,Kalimullah yang kini Pengerusi Air Asia X ,anak syarikat Air Asia yang mengendalikan penerbangan tambang murah ke destinasi jauh ke luar negara dan Pengerusi Eksekutif ECM Libra Financial Group Bhd yang pernah jadi bahan kontroversi satu ketika dulu tampil membuat satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu sebagai mengulas laporan Utusan,beliau menafikan samasekali mempunyai hubungan dengan Raja Petra apa lagi membenarkannya tinggal di apartmen miliknya di London.

Kalimullah juga menafikan beliau membiayai pengendali Malaysia Today itu.

Beliau mengakui ada sebuah apartmen di London tetapi Raja Petra tidak pernah menetap di situ.

"Seperti yang diketahui umum, Raja Petra banyak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap saya, keluarga saya dan sahabat saya seperti bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,'' katanya.

Dalam kenyataan berkenaan Kalimullah juga menafikan beliau ada bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di London pada 7 November lalu.

Katanya pada tarikh berkenaan beliau berada di Malaysia.

Beliau juga menafikan terlibat dalam apa bentuk sekalipun dengan portal berita Malaysiakini.com atau The Malaysian Insider.-
sumber: agendadaily.com

No comments:

Blog Archive