Thursday, December 31, 2009

Kuli Tak Peduli Amaran Muhiyiddin

Kuli mengaku tidak berhutang budi dari sesiapa.Kuli juga tidak peduli amaran TPM Muhiyiddin Yassin agar supaya tidak mengetuai kaukus minyak tajaan Pakatan. Bagi Kuli perjuangannya adalah untuk kedaultan rakyat? benar kah?

Kuli punya dendam kesumat terhadap Umno, mana kan tidaknya pada tahun 1987 Kuli telah mencuba untuk menjadi Persiden Parti itu, namun gagal. Ekoran pertandingan merebut jawatan presiden tersebut, maka Umno diharamkan. Kuli menubuhkan Parti Semangat-46 mengambil sempena tahun penubuhan parti Umno.

Tahun 1990 Kuli dengan S-46 berganding bahu dengan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif S-46-DAP-PBS, Namun kesepekatan sementara itu gagal menumbangkan kerajaan Umno-BN, kecuali S-46 membantu menumbangkan kerajaan BN Kelantan. Atas bantuan S-46 itu, maka hingga kini PAS terus memerintah Kelantan.

Pada PRU 1994 keberkesanan pembangang juga tidak menampakan kelibat, maka setelah itu S-46 dibubarkan dan seluruh ahlinya masuk semula ke dalam parti Umno, walaupun tidak semuanya.

Disebabkan cita-cita Kuli ingin menjadi perdana menteri, maka pada beberapa pemilihan Umno,Kuli mencuba untuk bertanding jawatan presiden, namun gagal kerana tidak mendapat pencalonan yang mencukupi untuk membolehkan beliau bertanding.

Kuli tersedar bahawa usia memamah keberadaannya dalam Umno,kerana itu sebelum Kuli benar-benar berundur dari pentas politik, menogkah arus melalui dalaman terpaksa dibuat agar supaya nama Kuli terus berada dalam persada politik tanah air. Kuli sedar, manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belang.

Saya perkirakan ini lah yang ada dalam percaturan politik beliau masa kini,kerana itu beliau tidak peduli siapapun memberi amaran kepadanya, beliau tetap menerima pelawaan Pakatan agar mengetuai Kaukus Royalti Minyak untuk Kelantan.

Tuesday, December 29, 2009

Kepiah Dah Pakai Dah


Semalam Naib Presiden Pas Sallahuddin Ayob tidak mengaku mereka yang berdemonstrasi meminta parti PAS keluar daripada kerajaan Pakatan Selangor, kerana mereka tidak berserban dan berkipah. Nah berkepiah dah. Nak kata apa lagi.

Sayang! Kalau Demostran Itu Berserban dan Berkopiah Pasti Akan Diakui



SAYANG mereka yang berdemonstrasi itu tidak berserban dan berkopiah. Sayang juga yang berdemonstarsi itu tidak agresif sepertimana kebiasaan kelakuan penyokong PAS dikala berdemonstarsi.

Fenomena ini yang alfa dilakukan oleh 20 orang penunjukan perasaan pada Ahad lalu yang kononnya membuat desakan agar PAS keluar daripada kerajaan Pakatan Selangor kerana, mendakwa PAS dianak tirikan oleh kerajaan Khalid Ibrahim.

Sebelumpun demonstarsi ini berlangsung, lidah rasmi PAS telah awal-awal lagi menolak bahawa demonstarsi itu anjuran parti itu, malah Harakah menuduh UMNO disebalik gerakan tersebut.

Naib presdien PAS Sallahuddin Ayob malah dengan tegas mengatakan bahwa penunjuk perasaan tersebut bukan ahli PAS, kerana beliau tidak kenal seorangpun.

Pertanyaan kita adalah siapakah mereka? Kalau lah bukan ahli PAS sepertimana yang didakwa, siapakah mereka? Jangan berulang peristiwa Kepala Lembu, yang mana pada masa itu awal-awal lagi pihak Pakatan mendakwa adalah anjuran Umno, tetapi akhirnya penunjuk perasaan itu adalah ahli dan penyokong PAS serta Pakatan.

PAS memang mahir dalam kerja-kerja lempar batu sembunyi tangan. Bagi para pemimpinnya seperti Sallahedduin Ayob, apa sahaja tindakan yang "mengklim" adalah penyokong akan tetapi jika tidak sehaluan dengan kesepekatan dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, maka tindakan para penyokong tersebut dengan mudah dinafikan.

PAS akan mengorbankan dan menafikan hak para penyokongnya walaupun tindakan para penyokong tersebut bercorak kepada matalamat perjuangan PAS masa lalu. Contoh yang paling ketara adalah tindakan akan bakal diambil terhadap Dr Hassan Ali dan Khalid Samad, semata-mata kerana pemimpin PAS ini menyuarakan ketidak adilan dalam pentadibran Pakatan Selangor yang dikuasai oleh DAP itu.

Hassan Ali dan Khlid Samad bakal dilucutkan keahlian mereka atau bakal digantung berpenggal-penggal.

Kejadian pada hari Ahad lalu adalah contoh penafian hak para penyokong PAS yang besar kemungkian telah memilih Pakatan pada PRU-12 yang lalu. Atas sebab mereka tidak memakai sepertimana kebiasaan para penyokong PAS dan Pakatan, maka mereka terus dituduh bukan ahli dan penyokong PAS. Tidak cukup dengan itu Pemuda PAS Selangor hari ini membuat aduan polis berhubung tindakan seorang peserta demonstrasi yang didakwa menyamar sebagai ahli parti, kata seorang pemimpin dewan tersebut.

Aduan yang sama turut dibuat terhadap sekumpulan kira-kira 20 peserta demonstrasi itu, semalam, yang didakwa cuba mensabotaj parti itu dalam hubungannya dengan Pakatan Rakyat.

Timbalan ketua dewan tersebut Ahmad Zaidi Abdul Mutalib membuat laporan itu di Shah Alam tengah hari ini, menggesa polis menyiasat perhimpunan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor (GKPPPS) di hadapan ibu pejabat parti itu semalam.

Setiausaha dewan itu Khairul Fahmi Mat Som, yang berada di ibu pejabat polis daerah tersebut, berkata aduan itu menamakan jurucakap GKPPPS Wan Hilman Wan Abd Rahim yang mendakwa dirinya ahli PAS Gombak.

"Saya tidak pasti (Wan Hilman) itu orang parti mana, yang pasti dia bukan penyokong PAS."

Tambahnya, beliau sendiri tidak dapat mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi tersebut yang menuntut PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dengan alasan dipinggirkan oleh PKR dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi Abd Halim pula, yang turut hadir semasa laporan polis itu dibuar, berkata aduan dibuat setelah mendapati kumpulan tersebut bukanlah mewakili PAS kawasan itu seperti didakwa.

"Kita mendapat kepastian mereka bukanlah daripada kalangan ahli kita, lebih-lebih lagi jurucakap mereka bernama Wan Hilman Wan Abd Rahim," katanya.

"Kita sudah semak dan mereka bukan ahli PAS Gombak."

Tambahnya, kepastian itu diperolehi selepas membuat semakan dengan pangkalan data senarai keahlian PAS.

"Kita dapati ini adalah cubaan untuk sabotaj (Pakatan Rakyat) dan memburuk-burukkan PAS di Selangor sebab mereka berdemo untuk minta PAS supaya jangan digunakan DAP, tetapi mereka bukan ahli PAS," katanya lagi.

Monday, December 28, 2009

Mencipta Isu Santapan Rohani Orang Politik? Tetapi Retorik Politik Ada Had dan Waktunya

MENCIPTA isu menjadi senjata penting parti politik menambat hati rakyat dan pengundi supaya sentiasa sedar tentang kehadirannya dan kewujudan pemimpinnya. Dari masa ke semasa isu baru perlu dicipta atau membaharui isu lama yang boleh mendorong sensitiviti rakyat supaya sedar tentang keaktifan parti itu yang sentiasa tidak kering dengan idea menghidupkan minda rakyat.

Tanpa mencipta isu – apalagi yang panas dan sensasi – pemimpin sesebuah parti itu dianggap tidak bijak berpolitik dan secara perlahan-perlahan boleh dilupakan kehadirannya kecuali parti lawannya juga menunjukkan prestasi yang sama.

Tetapi jika pihak lawan sudah jauh ke hadapan dengan segala agenda pembangunan dan slogan kemajuan yang menyuntik kesedaran rakyat khususnya golongan bawahan, kehadiran parti itu boleh "disenyapkan" dan mungkin dilupakan begitu saja.

Maka itu parti patut segera bangkit mengatur startegi mencari isu baru yang berkualiti bagi menangkis dan mematahkan perancangan parti lawannya. Atau pemimpin parti itu mencipta isu-isu baru yang boleh menyakinkan rakyat dengan perancangan yang teratur.

Jika ini dapat dibuat, parti itu kelihatan hidup dan sentiasa dalam ingatan rakyat. Namun, isu yang dibangkit harus dapat dilaksanakan untuk kebaikan rakyat dan bukan semata-mata retorik politik yang sedap didengar tetapi gagal direalisasikan.

Isu yang diutarakan harus relevan dan menyakinkan kerana rakyat boleh menilai sendiri sesuatu isu itu benar-benar memberi faedah kepada mereka atau sebaliknya.

Isu yang diketengahkan harus mengarah kepada keuntungan rakyat terbanyak secara keseluruhan dan bukan gimik politik atau cakap-cakap kosong yang semata-mata dibuat bagi menyedapkan hati mereka.

Isu yang dibangkit juga harus boleh mengubah persepi hidup rakyat kepada kehidupan yang lebih nyata dan realistik bersandarkan perancangan fakta yang boleh direalisasi dan bukan janji-janji manis yang tidak boleh dicapai.

Rakyat tidak boleh dikelirukan dengan isu yang kononnya bagus, panas dan membangkitkan semangat mereka tetapi mempunyai agenda tersembunyi yang menguntungkan pemimpin tertentu saja serta segelintir penyokong yang setia.

Rakyat tidak boleh disogokkan dengan isu-isu yang popular dan menyerang peribadi tertentu untuk menangkap minda rakyat. Ia harus mendedah situasi sebenar dan fakta kejadian yang betul supaya rakyat mendapat gambaran tepat dan rasa tidak tertipu tentang sesuatu isu itu untuk dinilai dan dikaji secara objektif.

Seringkali isu yang didedah tidak melebar kepada kepentingan rakyat terbanyak seperti yang diharapkan kerana pemimpin itu menggunakan isu untuk perluasan pengaruh dan cengkamannya kepada parti akibat dari merosotnya populariti serta keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

Ada juga pemimpin yang sengaja mencipta isu untuk menutup kelemahan diri akibat daripada kemasyhuran pemimpin pihak lawan yang semakin mendapat perhatian rakyat.

Isu sepatutnya dicipta demi kebaikan rakyat dan untuk rakyat yang sudah memberi undi kepercayaan kepada parti yang menang dalam pilhan raya lalu.

Rakyat mahu melihat hasil dan perkotaan kata dan janji yang sudah ditabur dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dan mahukan perlaksanaannya. Pemimpin yang menang tidak boleh menyalahkan parti lawan tanpa melihat ke dalam diri tentang kelemahan dan sumbangan mereka kepada rakyat secara objektif.

Permainan isu yang bukan benar dan sengaja diada-adakan tanpa asas kukuh boleh mengelirukan dan merosakkan fikiran rakyat. Walapun pada mulanya ia mungkin boleh diterima, tetapi lambat laun ia menjadi bahan ejekan dan sindiran yang memakan diri dan parti sendiri.

Ketika ini kebanyakan rakyat semakin bijak dan melihat situasi yang berlaku di depan mata dengan fikiran terbuka dan kritis.

Retorik politik ada had dan waktunya. Pada awalnya ianya memang menyeronokkan dan sedap didengar. Tetapi apabila waktu berlalu dan kesedaran rakyat wujud, cakap-cakap politik yang tidak bermakna menjadi cemuhan rakyat yang boleh menjejas kredibiliti pemimpin serta peluang parti itu dalam pilihan raya akan datang.

Pemimpin Pas Akan Terus Bidas Najib Selagi Royalti Minyak Tidak Dilayan

Menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said dilaporkan berkata selagi Petronas tidak membayar baki jumlah yang dituntut kerajaan Terengganu selagi itu perjanjian baru tidak akan ditandatanagi dan akan meneruskan saman yang telah dibuat sebelumnya. Jumlah royalti yang dituntut Kerajaan Negeri Terengganu bagi 2000 hingga 2009 sebanyak RM2.792 bilion, namun Kementerian Kewangan tetap dengan keputusannya untuk membayar balik wang itu sebanyak RM1.686 bilion saja.

Berasaskan kepada perkembangan ini, MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz dipetik sebagai berkata akan mengikuti jejak kerajaan Terengganu tersebut dan seterusnya Nik Aziz dilaporkan memberi sokongan kepada pendirian MB negeri jirannya tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Tan Sri Aziz bermuafakat memberi jawapan bahawa 'Kelantan tidak ada hak untuk mendapatkan royalti lima peratus'.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang pekak badak sama ada Perdana Menteri yang memberikan jawapan kepada soalan saya dalam Parlimen serta jawapan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Tan Sri Aziz; kedua-duanya bersepakat, setelah segala perbahasan dan perdebatan berlangsung berjam-jam lamanya dalam Parlimen, akhirnya jawapan yang diberikan 'Kelantan tidak ada hak untuk mendapatkan royalti lima peratus'.

"Itu jawapan mereka, sebagaimana yang tercatat dengan jelas di dalam Penyata Rasmi Parlimen (Hansard Parlimen).

Segala ruang, segala peraturan, segala medan dan segala platform yang diwujudkan atas nama demokrasi dalam negara kita, kita telah gunakan semaksima mungkin untuk memperjuangkan hak kita ini," kata Salahuddin

Beliau berkata, sama ada di dalam atau di luar Parlimen, pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS memperkatakan perkara itu termasuk pada majlis ceramah umum di seluruh negara, dengan menyatakan fakta berkaitan.

"Dan kita bersedia untuk bertanggungjawab hatta kalau kita diheret ke mahkamah sekali pun, kita akan berdiri dengan teguh dan berani untuk memperjuangkan hak rakyat negeri Kelantan ini di mana-mana pentas, insya Allah," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin ketika mengulas tuntutan royalti minyak oleh Kelantan berkata tuntutan royalti minyak tersebut masih dalam peringkat kajian.

Ini kerana kawasan tempat minyak dijumpai itu berada di zon antarabangsa di mana kedua-dua kawasan itu terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan.

Oleh itu pendapatan dari minyak tersebut, kata Awang Adek, adalah lebih sesuai diberikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi perbelanjaan pembangunan negara dan bukan tertumpu kepada Kelantan saja.

Dengan tuntutan dianggarkan berjumlah RM1 bilion yang tertunggak sejak 2004 itu, Kerajaan Kelantan telah membuat tuntutan pembayaran royalti tersebut kepada Kerajaan Persekutuan bermula Jun lalu.

Menurutnya, salah satu kawasan tersebut berhampiran dengan Vietnam yang merupakan perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan, sementara kawasan kedua terletak 150 kilometer dari pantai dan berada di perairan bersama dengan negara jiran, Thailand.

Salahuddin menegaskan, kemunculannya pada platform ceramah siri 'roadshow' ke seluruh negara tidak bercakap dengan hanya menggunakan faktan yang boleh dipertikai dan diperlekehkan. Apa yang diperjuangkan rakyat Kelantan itu adalah merupakan hak mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan negara.

"Rakyat Kelantan sebahagian daripada rakyat dalam negara ini, sebagaimana setiap inci tanah Kelantan ini merupakan sebahagian daripada sebuah negara Malaysia. Perkara ini perlu dijelaskan dengan lebih kerap dan serius untuk menyedarkan semula rakyat di negara ini.

"Ini kerana mutakhir ini sikap, perbuatan dan perilaku pemimpin Umno dan BN telah sampai pada peringkat seperti perompak dan penyamun. Mereka dengan sewenang-wenangnya cuba untuk mengelirukan dan mereka sengaja berbuat demikian hanya di atas sifat kebuasan nafsu serakah mereka, tidak lagi menghormati perundangan negara yang termaktub dengan jelas.

"Mereka tidak lagi menghormati Rukunegara yang diajar kepada rakyat dan anak-anak yang menuntut di bangku sekolah. Antaranya, 'Kedaulatan Undang-Undang' dan 'Keluhuran Perlembagaan'," katanya.

Oleh itu, kata Salahuddin, hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan pembayaran royalti lima peratus itu adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Hak yang sepatutnya dihormati oleh sesiapa saja yang diberi mandat oleh rakyat mengurus tadbir negara ini.

"Negara yang bernama 'Malaysia' tidak mungkin wujud, dan tidak mungkin terjadi pada 16 September 1963 tanpa persetujuan daripada negeri-negeri yang terdapat di dalam Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu dan persetujuan rakyat di Sabah dan Sarawak melalui suatu referendum yang diadakan di mana rakyat di Sabah dan Sarawak bersedia untuk merelakan neger-negeri mereka bercantum dalam sebuah negara yang bernama 'Malaysia'.

"Kita perlu mengingatkan perkara ini yang mungkin Najib Tun Razak - mungkin atau sengaja - melupakan fakta penting ini yang berkemungkinan pemikiran beliau tidak lagi waras dan sempurna mungkin, akibat dikejar oleh 'hantu Altantuya'.

"Kita tidak akan berganjak walau seinci pun untuk terus memperjuangkan, yang insya Allah pada akhirnya nanti mudah-mudahan apa yang menjadi matlamat dan menjadi doa kita semua ialah agar rakyat negeri Kelantan mendapat hak lima peratus pembayaran royalti petroleum ini daripada pihak Petronas.

"Inilah yang didoakan oleh Tok Guru kita di mana akhirnya setelah berlangsung segala perdebatan, perbahasan, perbincangan sama ada (secara) 'G to G' - wakil Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Kewangan Negeri yang setiap bulan mengadakan mesyuarat kewangan di Putrajaya, memakan masa lima tahun lamanya sejak 2004.

"Setelah segala prosidur, segala peraturan, segala ruang dan segala waktu telah kita gunakan dengan cara yang cukup diplomatik; sama ada dalam Parlimen atau di luar Parlimen, (ianya) tidak dihiraukan dan tidak diendahkan oleh Kerajaan BN, maka akhirnya kita hanya ada satu pilihan saja lagi itulah mendoakan agar Kerajaan BN ini dijahanamkan oleh Allah swt," katanya sambil memberitahu kesangupan YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai suatu jawatankuasa yang dibuat di dalam Parlimen, 'kaukaus' - jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Ahli-Ahli Parlimen mengenai pembayaran royalti petroleum.

Salahuddin menegaskan bahawa apa yang diusahakan itu bukan sekadar untuk memperjuangkan hak rakyat negeri Kelantan tetapi penubuhan jawatankuasa itu juga untuk bersama-sama memperjuangkan hak rakan-rakan di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Bukan sekadar kita mahukan hak ini dikembalikan kepada rakyat negeri Kelantan lima peratus tetapi kita juga memperjuangkan agar negeri-negeri yang mengeluarkan hasil petroleum itu diberikan lebihan iaitu dinaikkan lagi royalti ini bagi negeri-negeri Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kelantan kepada paling kurang sebanyak 10 %. Bukan sekadar lima peratus.

"Hasil bumi ini mestilah diserahkan kembali kepada negeri-negeri yang mengeluarkan hasil petroleum dan logam - minyak dan gas," katanya.

"Mengenai kenapa memilih YBM Tengku Razaleigh Hamzah sedangkan beliau (masih) Umno lagi, dia tidak keluar lagi daripada Umno, bahkan masih lagi Umno. Kenapa?

"Jawabnya kerana dia pun dalam kenyataan-kenyataan dia di luar dan di dalam Parlimen - setakat malam ini - Tengku Razaleigh Hamzah berpendirian bahawa rakyat Kelantan berhak untuk mendapat pembayaran lima peratus royalti petroleum itu - walau pun dia Umno, beliau bersedia untuk mengetuai jawatankuasa ini.

"Dan seorang lagi tokoh yang bertanggungjawab membuat Akta 144 - Akta Pembangunan Petroleum yang diluluskan oleh Parlimen dalam tahun 1975 - iaitu Tun Salleh Abbas yang pada waktu itu juga bertanggungjawab menulis cadangan Akta tersebut sehinggalah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1975.

"Dua orang saksi yang masih hidup ini yang merupakan 'arkitek' kepada Akta 144 ini; YBM Tengku Raleigh Hamzah dan juga yang menulis Akta ini Tun Salleh Abbas mantan Ketua Hakim Negara;

"Kedua-duanya telah berjumpa. Kami Ahli-Ahli Parlimen telah pun mengadakan perbincangan dengan kedua-dua tokoh ini dan mereka bersependapat dan tidak sedikit pun berbeza pandangan di bawah Akta 144 ini bahawa adalah menjadi hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan pembayaran royalti lima peratus itu.

"Namun kenapa Umno-BN tidak mahu memberikan hak ini kepada rakyat Kelantan, pasal apa? Tidak lain dan tidak bukan kerana hasad, dengki dan dendam kesumat mereka terhadap rakyat Kelantan.

"Kenapa selepas PAS dapat memerintah negeri Terengganu tahun 1999, daripada tahun 1978 - tahun pertama Petronas membayar royalti lima peratus kepada Kerajaan Negeri Terengganu hingga tahun 1999 bahawa dalam laporan Petronas, dalam laporan Jabatan Perangkaan Negara adalah jelas membuktikan terma yang digunakan ialah "pembayaran royalti petroleum".

"Dan apabila PAS memerintah Terengganu tahun 2000, dia rompak, dia lanun duit itu.

"Selepas mereka merampas balik (Terengganu), maka diberi semula atas nama royalti petroleum lima peratus kepada Kerajaan Negeri Terengganu, apa sebabnya?

"Jahat atau tidak Umno ni? Jahat, makhluk ni jahat," katanya, sinis.

Ahli Jawatankuasa Kelab Balkis Kelantan, Mohd Efendy Daud mendakwa dua menteri Pusat yang juga anak Kelantan dan konco-konconya dalam Umno itu lebih berkepentingan peribadi daripada membela nasib rakyatKelantan.

"Mereka hanya mampu menyebut slogan 'tradisi membela rakyat' dan 'rakyat didahulukan', namun sebenarnya mahu 'menghapuskan (kebangkitan) rakyat'', katanya.

Beliau mendakwa sejak lama dahulu anak anak Kelantan ramai yang berkhidmat sebagai menteri di Pusat, namun pembangunan di negeri ini tidak banyak mereka lakukan.

"Pada saya, mereka itu sebenarnya bukan pejuang rakyat tetapi (berjuang) untuk kepentingan peribadi.

"Sekiranya mereka serius membela nasib rakyat dan negeri ini, tentu mreka tidak menentang arus dalam membela hak rakyat Kelantan (tuntutan royalti minyak) itu, bahkan mereka mesti menyatakan kebenaran dalam isu tuntukan royalti minyak," katanya.

Ada Tangan-tangan Gahib Mahukan Dr Hassan Ali Dipecat


TELAH sah bahawa terdapat kumpulan ahli dan penyokong PAS Selangor mahukan Dr Hassan Ali dipecat daripada parti.

Kumpulan ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengelirukan penyokong PJ PAS Selangor tersebut. Contoh usaha kumpulan yang berkehendakan Hassan Ali dipecat daripada parti PAS adalah pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan bahawa Hassan Ali digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor manakala kehalian beliau digantung dua penggal. Sedangkan lembaga disipilin parti itu telahpun mengumumkan bahawa Hassan Ali dan Khalid Samad masing-masing akan dipanggil pada 9 dan 7 Januari depan untuk memberi keterangan lanjut mengenai tuduhan kepada mereka.

Untuk rekod, Dr Hasan dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad sedang disiasat lembaga disiplin PAS dan sms itu dilihat berkaitan kerana Dr Hasan yang juga Exco Selangor dikatakan bakal berdepan tindakan kerana dilihat bertentangan pendapat dengan kesepakatan antara parti itu, PKR dan DAP.

Pada Jumaat pula, satu lagi sms meminta orang ramai hadir bersama Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mengadakan perhimpunan dan menyerahkan memorandum mendesak PAS negeri itu keluar pakatan rakyat kerana kepentingan Islam akan tenggelam jika parti it uterus kekal bersama pakatan pembangkang.

Lidah rasmi PAS awal-awal lagi menuduh UMNO dalang disebalik penyebaran smas dan rancangan mengadakan perhimpunan itu.

Namun, perhimpunan itu tidak benar-benar jadi kenyataan kerana hanya sekitar 20 orang berkumpul di depan pejabat PAS Selangor di Seksyen 13 Shah Alam kira-kira jam 11 pagi Ahad.

Walaupun tidak ramai tetapi kumpulan itu tetap dengan tujuan asal mendesak kepimpinan parti itu keluar daripada pakatan pembangkang.

Kumpulan tersebut mendakwa, PAS perlu mengambil tindakan itu secepat mungkin ekoran terlalu banyak keadaan yang tidak memihak kepada parti tersebut sama ada dalam pentadbiran di Selangor dan perjuangan parti itu.

Malah kumpulan itu yang diketuai Wan Hilman Wan Ibrahim turut menyatakan PAS sejak akhir-akhir ini dilihat menjadi boneka kepada PKR dan DAP.

Keadaan itu kata mereka, boleh menjejaskan kepentingan orang Melayu dan Islam yang dikhuatiri akan terus menggadaikan maruah parti itu.

Wan Hilman berkata, desakan yang dilakukan oleh pihaknya tercetus daripada kesedaran yang mahukan Pas terus kekal sebagai sebuah parti politik yang tidak perlu bersekutu dengan.

Sungguhpun gagal mencapat matlamat, timbul tanda Tanya siapa mereka yang menamakan diri sebagai penyokong dan pengundi PAS Selangor?

Pemuda UMNO Selangor melalui ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali menafikan mendalangi tindakan kira-kira 20 individu terbabit sebaliknya percaya ia adalah percubaan untuk memburukkan imej UMNO, menimbulkan curiga dan kemarahan penyokong kuat PAS terhadap parti itu.

Suhaimi menyifatkan gerakan itu membabitkan orang PAS, sama ada atas inisiatif sendiri atau digerakkan PKR bagi menuntut Pas keluar pakatan rakyat.

PAS pula menafikan pembabitan mereka dalam pengajuran demonstrasi dan penghantaran memorandum bantahan tersebut.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata perhimpunan itu tidak disokong PAS negeri dan kepemimpinan parti tidak tahu menahu mengenai kumpulan itu, serta menafikan parti itu kini mengalami masalah dalaman.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub seperti dilaporkan Bernama turut menafikan perkara itu dengan alasan kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya.

Penafian sama ada oleh UMNO dan PAS ini mencetuskan tanda panya, siapa kumpulan terbabit. Mungkinkah ada tangan besar dalam PKR merancangnya kerana mahu PAS keluar daripada pakatan selepas melihat parti itu begitu banyak masalah sekarang?

Setakat ini hanya Wan Hilman mengakui beliau ahli PAS.

Roslan dan Salahuddin boleh menafikan kumpulan terbabit bukan ahli PAS atau didalangi parti itu tetapi mereka terlupa bahawa kumpulan tersebut bergerak atas nama Penyokong dan Pengundi PAS.

Kedua-dua orang penting PAS ini jelas menafikan hak dan suara kumpulan terbabit jika benar mereka mewakili penyokong dan pengundi parti itu.

Ini bermakna, PAS tidak menghargai sokongan dan undi orang ramai kepada parti itu dengan kenyataan sedemikian.

Apa yang penting PAS kena faham bahawa bantahan kumpulan itu supaya PAS Selangor keluar pakatan rakyat memang berasas dengan macam-macam perbezaan pendapat terutama dengan DAP di Selangor sudah dapat dilihat kebelakangan ini.

Tanpa seorangpun pemimpin PAS Selangor termasuk Dr Hasan menerima memorandum yang mahu diserahkan kumpulan terbabit jelas membuktikan parti itu ‘menutup hati’ terhadap pandangan penyokong mereka.

Andai kata ada antara ahli kumpulan itu juga orang-orang UMNO, PAS kena ingat pada pilihan raya umum lalu, ada ahli UMNO berkemungkinan menyokong mereka atau pakatan rakyat sehingga mereka berjaya merampas Selangor.

Jelaslah, PAS sudah melupakan orang yang mengundi dan menyokong mereka.

Sunday, December 27, 2009

Disebalik Cadangan Pas Kelantan Menghalang Calon Luar Bertanding

Apa sebenarnya yang tersirat disebalik cadangan hanya calon tempatan bertanding kerusi Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang?

Cadangan ini merupakan telah ada tanda-tanda bahawa masalah dalaman PAS semakin bergolak atau lebih jelas lagi merupakan usaha menyingkir pemimpin utama parti itu khususnya Ahli Parlimen Bachok Ustaz Nasaruddin Mat Isa oleh kem Tok Guru Nik Aziz serta kumpulan Erdogen yang diketuai oleh Datuk Husam Musa?

Pimpinan PAS negeri Serambi Mekah itu boleh beri macam-macam alasan berhubung cadangan itu tetapi lebih ramai pemimpin serta ahli parti itu sudah menghidu tujuan tindakan tersebut.

Tidak sukar mencari siapa duri dalam daging PAS yang baling batu sembunyi tangan mencetuskan cadangan itu dan tidak sukar mencari siapakah bakal dapat laba jika perkara itu dilaksanakan.

Peliknya, perkara seperti ini suatu masa dahulu tidak pernah timbul dalam menentukan calon mengisi 15 kerusi Parlimen di Kelantan bahkan ketika pilihan raya umum 2008, PAS dan PKR sepakat menentukan calon parti masing-masing dengan matlamat menang besar.

Antara pemimpin PAS luar yang kini menjadi Ahli Parlimen di Kelantan selain Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS adalah Salahuddin Ayob (Kubang Kerian), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) di samping Saifuddin Nasution Ismail (Machang) atas tiket PKR.

Namun begitu, cadangan menolak calon luar Kelantan bakal menjadi topik baru dalam PAS Kelantan.

Ada pemimpin parti itu melihat perkara ini semata-mata untuk menutup isu menantu Tok Guru, Abdul Ariffahmi yang sudah mendatangkan calar balar pada Nik Abdul Aziz juga pada PAS sendiri.

Peliknya, Husam yang tewas kepada Ustaz Nasa pada pemilihan parti membisu seribu bahasa dalam perkara ini sekaligus mula menimbulkan cerita-cerita di kalangan parti itu, beliau antara akan dapat manfaat jika cadangan ini dilaksanakan.

Persoalannya, apa akan jadi pada Nasharuddin jika beliau tidak lagi diberikan kerusi di Kelantan?

Apakah beliau akan bertanding di Negeri Sembilan, negeri yang belum ada pengaruh PAS yang kuat?

Sebagai Timbalan Presiden, beliau mungkin dilihat boleh mengharungi cabaran ini tetapi apa akan jadi kepadanya andaikata beliau tewas dalam pilihan raya umum kelak?

Jika ini berlaku, pengaruhnya sebagai Timbalan Presiden pasti pudar sekaligus memberi ruang kepada pemimpin lain termasuk Husam kembali merebut jawatan itu pada pemilihan parti.

Bagaimanapun, sebagai pemimpin kanan dan dilihat paling rapat dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau tidak mungkin diletakkan bertanding di kerusi tidak selamat.

Abdul Hadi tidak mungkin terbabit komplot ‘membunuh’ karier Ustaz Nasa.

Mahu atau tidak, sebagai Presiden, Abdul Hadi boleh menentukan kerusi selamat yang boleh ditandingi Nasharuddin dan amalan ini bukan ganjil tetapi dilakukan hampir semua parti politik dalam usaha memastikan calon atau pemimpin tertentu terjamin kemenangannya.

Sungguhpun begitu, sumber PAS menyatakan, Pusat Pusat yang akan menentukan sepenuhnya kedudukan calon dan tempat yang akan mereka tandingi manakala PAS negeri hanya boleh mencadangkan. Namun bagi Kelantan, paksi utama dalam penentuan calon terletak dibahu Nik Aziz sendiri. Jika Nik Aziz setuju, maka diterimalah calon pilihan pusat itu, jika tidak maka berkecailah harapan pimpinan pusat.

Diharapkan pada masa kini Ustaz Nasa perlu sedar bahawa beliau kini bukan lagi seistimewa dahulu ketika PAS diterajui Allahyarham Datuk Fadhil Nor.

Beliau kena berdiri dengan kekuatan serta membina pengaruhnya sendiri bagi berdepan musuh dalaman parti yang mahu memastikan dirinya ‘terkubur’ akibat kesan pemilihan parti dan isu kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Dirasakan telah tiba masanya beliau menyerang selepas sekian lama diserang dan bertahan dengan apa yang berlaku terhadapnya termasuk perbalahan dengan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Satu lagi kemungkinan menurut sumber PAS, Husam dikatakan mahu mewakili kerusi Parlimen Kubang Kerian yang diperuntukkan kepada Salahuddin.

Jika bertanding sebagai ahli parlimen selain kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Husam dikatakan mahu menggunakan posisi itu bagi menjadi juara membawa isu tuntutan royalti minyak kerajaan Kelantan dan isu-isu lain.

PAS kini digambarkan berada dalam persimpangan jalan,maju salah,mundur salah. PAS bukan PAS yang kita kenali lagi, Pas telah berubah, berubah kepada parti pak turut kepada PKR dan DAP.

Berjayakah PAS mengekalkan sokongan yang diperolehinya melalui PRU-12 pada PRU-13 akan datang? Rasanya kemungkinan itu telah berlalu. Rakyat telah tahu dan paham bahawa perjuangan PAS telah jauh menyimpang, menyimpang dari asas penubuhan parti itu.

Bagaimanapun, sebalik semua ini, kesimpulan yang dapat dibuat adalah PAS sejak bersengkongkol dengan PKR dan DAP sudah berdepan perpecahaan dalam kerana ada antara mereka tidak mahu ditarik telinga atau hidung oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saturday, December 26, 2009

Gara-gara Mengatakan Teoh Beng Hock Mati Dibunuh: Lim Guan Eng Akan Disiasat

Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan baru-baru ini, kononnya Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis juga telah merakam keterangan daripada beberapa saksi yang mendengar dakwaan Setiausaha Agung DAP itu.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kita juga telah merakam keterangan daripada beberapa saksi yang mendengarnya.

“Kita akan memanggil Yang Berhormat (Guan Eng) pada minggu depan untuk diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng didakwa mengeluarkan kenyataan berbau hasutan mengenai kematian Beng Hock pada persidangan Konvensyen Pakatan Rakyat, baru-baru ini.

Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh polis sendiri di sebuah balai polis di Selangor.

Akibat kenyataan tersebut, Khalid menasihatkan Guan Eng supaya tidak bercakap dengan sesuka hati tentang kes berkenaan yang masih dalam inkues.

Enjin Pesawat Tempur F5-Tiger Berapa Yang Hilang? Laporan Telus Diperlukan

Jumlah enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang setakat ini hanya dua atau mungkin lebih daripada itu?

Kekhuatiran ini ditimbulkan akibat laporan yang simpangsiur dan kurang tepat.

Pada mulanya dikatakan hanya satu enjin kemudian menjadi dua, dengan yang demikian laporan mengenainya belum pasti, kerana itu dirasakan ada kemungkinan besar kehilangan enjin pesawat tempur yang sudah dipensenkan itu mungkin lebih banyak?

Kerajaan perlu mengujudkan satu pasukan penyiasat selain pasukan polis yang ditugaskan menyiasat kes kehilangan enjin pesawat ini,kerana kes kehilangan ini boleh dianggap sebagai kebocoran dalam sistem pertahanan negara. Mana kan tidaknya, pesawat tempur adalah aset negara yang sangat mustahak kerana melibatkan pertahanan negara.

Jabatan Peguam Negara telahpun meminta agar polis menjalankan siasatan rapi, namun yang cukup pelik adalah Laporan Audit 2008 tidak menjumpai kehilangan enjin pesawat ini dan yang tidak munasabah lagi laporan bahagian yang membabitkan Kementerian Pertahanan tidak disertakan.

Jadi timbul persoalan, sama ada Jabatan Audit Negara adalah membuat audit berkaitan dengan pengurusan Kementerian Pertahanan buat tahun 2008 dan jika ada, apakah ia ada mengenal pasti masalah besar sehingga bahagian berkaitan Kementerian Pertahanan tidak dimasukkan.

Ataupun sememangnya Jabatan Audit Negara tidak membuat audit langsung mengenai Kementerian Pertahanan. Laporan 2007 ada memasukan Kementerian Pertahanan, yang antara lain menyentuh soal program latihan khidmat negara tetapi tahun 2008 tidak memuatkan laporan mengenai kementerian pertahanan.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata siasatan polis berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM kini tertumpu kepada bagaimana ia dibawa keluar merentasi sempadan negara.

Kata beliau pihaknya dalam proses mengumpul dokumen-dokumen penting bagi menyiasat perkara tersebut.


Sementara itu Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) yang minta kita membuat siasatan ini (bagaimana enjin itu boleh ke luar negara). Jadi kita dalam proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting.

Salah sebuah enjin jet pesawat supersonik yang dicuri dua tahun lalu itu didakwa 'ditemui' di Argentina.

Menurut laporan akhbar, enjin turbo jet General Electric J85-21A tersebut untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.

Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap.

Friday, December 25, 2009

Pembongkaran Pekong Pemimpin Barisan Nasional

Saban hari apakah melalui suratkhabar, blog atau portal berita ada sahaja isu-isu pembongkaran pekong para pemimpin barisan nasional.

Pembongkaran isu-isu ini semakin berkembang dan rancak terutama setelah PRU-12, dimana kerajaan Barisan nasional kehilangan negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan selama 7 bulan negeri Perak.

Isu mengenai Najib, Mahathir, Khairy Jamaluddin (yang dikatakan oleh Tun Mahathir sebagai budak tingkat 4 semasa kerajaan Tun Abdullah Badawai) Datin Rosmah Mansor dan ramai lagi menjadi kesukaan para penulis berita dan blog.

Isu hangat yang diulang-ulang oleh pihak pembangkang kini adalah peristiwa pengundian bajet tahun 2010 di dewan rakyat dimana kerajaan barisan nasional hampir tewas dengan hanya kelebihan 3 undi (66-63). Isu ini bagi pembangkang menunjukan bahwa DS Najib mempunyai krisis keyakinan daripada ahli parlimen barisan nasional sendiri.

Alasan pihak pembangkang mengatakan demikian adalah Bajet 2010 adalah bajet sulung DS Najib selaku perdana menteri dan juga menteri kewangan. Bajet 2010 adalah gambaran corak kepimpinan PM ke-6 itu, pun demikian seramai 71 ahli parlimen mangkir ke parlimen dan ada yang mengatakan kemangkiran tersebut ada kaitan dengan perkahwinan Bung Mohktar Radin dengan seorang pelakon cantik berumur 33 tahun.

Isu kehilangan enjin pesawat tempur TUDM F-5E tiger bukan satu enjin malah 2 enjin juga mendapat tempat di dada-dada akhbar, bukan sahaja akhbar dalam negeri malah luar negara. Isu kehilangan 2 enjin pesawat tempur ini menjadi isu panas kerana masa kehilangan 2 enjin tersebut, kementerian pertahanan masih diterajui oleh Najib, PM Malaysia masa ini.

Pada masa kementerian pertahanan diterajui Najib dikatakan bahawa kementerian tersebut begitu tersusun dan mendapat "thumb up" dari berbagai pihak, namun kehilangan 2 enjin F-5E tiger,telah menghapuskan kecermerlangan kementerian tersebut,ibarat kata pepatah hujan setahun dihapuskan oleh hujan sehari.

Isu Datin Rosmah Mansor juga adalah isu yang sangat digemari oleh para penulis blog, terutama "keterkaitan" wanita nombor wahid negara ini dengan kematian model mongolia Aminah@ Altanyua di Shah Alam tahun 2007.

Datin Rosmah Mansor juga dituduh oleh para pemimpin pembangkang terutama Tian Chua dari PKR yang menuduh wanita No 1 negara ini menerima kiriman wang 600 ribu ringgit pada bulang Ogos 2008 semasa Rosmah melawat Dubai.

Menteri Besar Negeri-9 juga tidak terlepas dari tuduhan dan berita kerana dikatakan MB ini memindahkan wang sebanyak 10 juta ringgit melalui penghurup wang yang sedang disiasat oleh bank negara masa kini.

Isu ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman juga tidak terlepas daripada berita sensasi para bloger. Ketua Menteri Sabah ini dikatakan mempunyai wang tersimpan di Hongkong. Terbongkarnya isu ini ekoran tertangkapnya proxi Musa Aman semasa mencuba membawa keluar wang dari lapangan udara Hongkong di ambang Prk Pematang Pauh.

Tun Mahathir juga secara terus menerus menjadi bahan berita. Selain isu saman 100 juta Anwar terhadap Mahathir,isu buku Malaysian Marverick:Mahathir Mohammad in Turbulent Times.karangan Barry Wain ada menulis bahawa semasa pemerintahan Mahathair selama 22 tahun negera telah kehilangan 100 billion ringgit.

Ekoran daripada tulisan dalam buku tersebut, Mahathir tidak cukup mempertahankan dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa dalam sebuah buku terbaru.

Thursday, December 24, 2009

Lupakan Negara Asal: Tun Mahathir

Setiap orang di Malaysia harus mengetepikan negara asal mereka dan mesti menganggap mereka adalah seorang rakyat Malaysia bagi menjayakan konsep 1Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri berkata mereka harus melupakan negara asal mereka seperti India atau China dan menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia, lapor agensi berita Bernama.

"Mereka harus ketepikan negara asal mereka dan jadilah warga negara Malaysia bagi memastikan gagasan 1Malaysia berjaya dicapai," katanya ketika berucap di majlis makan malam penghargaan Pertubuhan Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang malam tadi.

Beliau menggesa rakyat negara ini supaya membantu merealisasikan aspirasi kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan kaum dan keharmonian sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Dr Mahathir berkata rakyat Thailand dan Indonesia masing-masing menganggap diri mereka sebagai rakyat 'Thai' dan 'Indonesia' tetapi keadaan itu tidak berlaku di sini.

Mengulas dakwaan bahawa komuniti India Muslim di negara ini dipinggirkan, beliau berkata mereka harus memilih sama ada untuk menjadi seorang Islam atau India.

"Negara ini sangat liberal dan saya fikir India Muslim akan diterima oleh semua sekiranya mereka memilih sama ada untuk menjadi seorang Islam atau India," katanya.

Dr Mahathir berkata tiada perbezaan di antara kaum kerana semuanya adalah rakyat Malaysia.

"Perlembagaan Persekutuan memberi takrifan jelas mengenai Islam. Sekiranya mereka memilih untuk memeluk Islam jadi harus turuti perlembagaan itu," katanya.

Beliau berkata sekiranya India Muslim di negara ini masih menganggap seperti itu, masyarakat akan berfikiran mereka masih mempunyai hubungan dengan negara asal.


"Masalah yang dihadapi komuniti India Muslim akan selesai sekiranya mereka memilih sama ada memeluk Islam atau seorang India," katanya.

Monday, December 21, 2009

Anwar: Kemelut PKR Sabah Selesai

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa masalah dalaman PKR Sabah telah dapat diselesaikan dan para anggota menyatakan sokongan terhadap barisan kepimpinan parti negeri ini.

Anwar berkata mereka telah menerima banyak maklum balas daripada para anggota yang melahirkan keprihatinan mereka, dan pucuk pimpinan dengan itu telah menjelaskan proses membuat keputusan itu kepada mereka.

"Saya gembira menyatakan pada hari ini sekarang, mereka (para anggota) menyokong barisan kepimpinan parti di negeri ini, dan pada masa yang sama kita mahu menentukan pucuk pimpinan kebangsaan yang termasuk Dr Jeffrey Kitingan, Christina Liew dan Ansari Abdullah, diberi peluang memberi khidmat di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen PKR Sabah 2009 di Penampang semalam.

Dr Jeffrey, bila ditanya mengenai perkara itu, turut menyatakan bahawa semua perkara telah selesai.

Dalam dua bulan lepas, PKR Sabah bergolak selepas Dr Jeffrey mengumumkan peletakan jawatan sebagai naib presiden parti pada 28 Okt, kerana tidak puas hati dengan pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai pengerusi perhubungan negeri, oleh pucuk pimpinan pusat parti.

Sejurus selepas itu, Christina Liew turut meletak jawatan sebagai anggota majlis tertinggi (MT) PKR. Sabah mempunyai seorang lagi wakil di MT iaitu Ansari Abdullah.

Bagaimanapun, parti tidak menerima peletakan jawatan itu dan dalam laporan akhbar pada 14 Disember, Jeffrey mengesahkan beliau menerima pelantikannya semula.

Anwar dalam ucapannya, berkata walaupun pelantikan Ahmad Thamrin mencetuskan kontroversi, tetapi ini mandat diberikan kepada Ahmad Thamrin, sama seperti pucuk pimpinan pusat parti lakukan kepada bahagian-bahagian di Sarawak dan Semenanjung.

Beliau berkata rasionalnya ialah untuk mengangkat barisan pelapis ketika tokoh-tokoh veteran membantu membimbing mereka, seperti mana dilakukan di negeri lain seperti Kelantan, Terengganu dan Johor.

Anwar juga berkata Dr Jeffrey selaku naib presiden yang mengurus hal-hal parti itu di Sabah dan Sarawak, memerlukan kerjasama dari pucuk pimpinan parti kedua-dua negeri itu, begitu juga sebaliknya - bekerja sebagai satu pasukan.

"Dr Jeffrey sebagai naib presiden, kita tahu keupayaan dia... Jadi kita tidak mahu lagi orang pertikai (apa-apa keputusan), yang lepas biar berlalu, dan sekarang kita bergerak ke depan sebagai satu pasukan," kata Anwar.


Beliau memberi amaran bahawa parti tidak akan membiarkan anggota yang terlibat dalam pembentukan sebuah parti baru, atau memainkan sentimen perkauman atau menolak dasar perbezaan agama

Sunday, December 20, 2009

Anwar: Keadilan Untuk Semua Kaum Asas Perjuangan Pakatan

Semua kaum di negara ini perlu menolak fahaman perkauman sempit demi mempertahankan prinsip keadilan bagi semua, kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya orang Melayu dan Bumiputera perlu diberi keyakinan baru dalam mengikis sikap perkauman serta mengetepikan dasar meminggirkan golongan lain.

"Kita harus keluar dari kepompong perkauman dan ini adalah dasar perjuangan utama dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tidak akan menang (pilihan raya) sekiranya terus dengan semangat usang yang mempertahankan sudut perkauman," katanya ketika menyampaikan ucapan perdana pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada Sabtu.

Anwar berkata keadilan bermakna masyarakat miskin yang majoritinya orang Melayu, Bumiputera serta orang Cina di kawasan bandar dan India di estet harus diberi perhatian dan pembelaan.

Beliau juga berkata gagasan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti PKR, PAS dan DAP mengesyorkan supaya umur kelayakan mengundi dikaji semula daripada 21 tahun kepada 18 tahun melalui pendaftaran secara automatik.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan bahawa partinya akan sentiasa setia kepada perjuangan parti pakatan itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula memperkenalkan konsep anak Malaysia 5K iaitu keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

Katanya dasar Pakatan Rakyat telah dirangka dengan persetujuan semua pemimpin ketiga-tiga parti.

"Kompromi seperti ini adalah petanda baik bahawa kerjasama erat dalam Pakatan Rakyat adalah berdasarkan landasan perbincangan dan perundingan yang bernas tanpa didominasikan oleh sesuatu pihak, katanya.
 

Konvensyen itu telah dihadiri lebih 1,500 perwakilan serta Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

Dalam konvensyen yang sama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau merasa seperti berada di dalam dunia baru ekoran kerjasama PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat dalam Pakatan Rakyat.

Saya rasa berada dalam dunia baru, sesuai dengan pengajian dan akidah saya," katanya dalam ucapan rumusan pada Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat di sini hari Sabtu.

Beliau berkata sebelum ini PAS pernah bersama Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian dikhianati oleh UMNO.

Mursyidul Am PAS itu juga berkata beliau merasa jijik dengan UMNO apatah lagi selepas Perak yang sebelum ini di bawah Pakatan Rakyat diambil kembali oleh BN.

Bagaimanapun, beliau berkata mudah-mudahan tidak ada karenah yang bakal dihadapi PAS semasa bersama Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata parti itu menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pemimpin Umum Pakatan Rakyat.

Ekoran itu, katanya beliau akan menggunakan segala pengalamannya selama 40 tahun dalam bidang guaman untuk membela dan memastikan Anwar tidak dipenjarakan ekoran tuduhan yang dihadapi di mahkamah sekarang.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berhadapan dengan  tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan dan kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada awal tahun depan.

Saturday, December 19, 2009

Konvensyen Pakatan: Rumusan Atas Kertas Yang Hebat !!

Pakatan Rakyat melipatgandakan usahanya untuk menguasai Putrajaya dan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Sebagai respons kepada lawan politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.

Rumusan konvensyen juga turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.

Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.

Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana.

Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.

Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.

Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.

Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman.

Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.

Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.

Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.Dasar Pakatan Rakyat itu merangkumi empat perkara, iaitu demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; dan hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara.


Apakah Benar Datin Rosmah Mansor Liabilti Pada Najib atau BN?

TELAH berpanjangan: Datin Seri Rosmah Mansor teus diserang dan dicurah dengan pelbagai tuduhan dan tomahan.

Sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah tidak terlepas akan karenah-karenah ini dan akan terus menghadapi pelbagai tohmahan; sebelum berjawab, tuduhan dan tomahan berikutnya akan muncul.

Paling pelik setiap tuduhan dan tomahan yang diluntarkan tidak berjawab! apakah memang tiadanya jawapan untuk itu - apakah pihak yang kena tuduh atau yang turut terbabit seperti Perdana Menteri merasakan ia isu remeh dan tidak penting?

Sekali atau dua kali boleh tepis tetapi kalau sudah berlonggok-longgok, ia akan menimpa diri dan sukar untuk membebaskan daripadanya.

Bagi empunya diri boleh mengatakan dia ‘tidak kisah, tidak peduli atau tidak hairan’ namun hakikatnya kelak rakyat yang akan menentukan sokongan dan undi.

Tidakkah isu-isu seperti ini akan digunakan oleh pembangkang menjelang pilihan raya nanti? Betul atau salah tidak penting tetapi persepsi rakyat yang menentukan undi kepada Barisan Nasional (BN).

Najib perlu berdepan dan terpaksa menanggung sama jika ada masalah menimpa isteri atau pegawai-pegawainya, termasuk Setiausaha Politiknya.

Jika pasukan yang menjaga kepentingan publisiti dan imej Najib merasakan tuduhan – tuduhan liar atau berasas – merasakan perkara ini tidak penting, mereka adalah silap.

Selepas isu Altantuya, isu Rosmah dengan keluarga angkat, ‘bini puaka’dan banyak lagi, kali ini ahli parlimen PKR Tian Chua pula mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya dua hari lalu, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.

Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.

Saya berharap Perdana Menteri dan pegawainya jangan mengganggap isu atau tohmahan terhadap Rosmah sebagai kecil dan lekeh kerana mereka yang bertugas di bawah sukar menepis tuduhan ini, khususnya di kalangan rakyat.

Dengan kemudahan internet hingga ke keluar Bandar, media baru yang digunakan pembangkang cepat mengambil peluang di atas perkara seperti ini.

Najib sebagai Perdana Menteri yang menekankan kepada integriti dan kerajaan yang bersih perlu menepis dengan bijak isu yang melanda Wanita Pertama Malaysia.

Cakap-cakap semakin kerap dan suara semakin tinggi bahawa imej Najib bukan dicemarkan oleh dirinya sendiri tetapi oleh mereka di sekelilingnya, khususnya isteri dan pegawai-pegawainya.

Wahai pegawai Najib, tolonglah lekas bertindak.

Ia agar Najib yang berusaha memulihkan imej UMNO dan BN tidak dibebankan oleh masalah di sekelilingnya.

Jangan beliau nanti dipersoalkan.

Hapuskan segera tohmahan dan tuduhan! jangan jadikan Rosmah menjadi liabiliti kepada Najib dan BN. Berdiam hanya memperkuat persepsi bahawa tuduhan dan tomahan itu benar. Hapuskan persepsi bahawa semua tuduhan dan tomahan itu tidak benar dan jika perlu bertindak, bertindaklah segera kepada mereka yang membuat ‘tuduhan liar’itu.

Konvensyen Pakatan Satu Harapan?

SABTU bersamaan 19 Disember ini menjadi detik bersejarah. Harapan untuk perubahan akan dijelmakan oleh gabungan parti yang disebut PAKATAN RAKYAT.

Pemimpin akar umbi daripada tiga parti — PKR, PAS dan DAP — buat pertama kalinya duduk bersama meninjau kemungkinan menjadi sebuah gabungan rasmi hanya satu tujuan bertarung satu lawan satu dengan BN.

Gabungan parti dalam Pakatan akan cuba menjelmakan slogan sekian lama telah dilontar dan telah biasa didengar malah telah menjadi slogan demi slogan.

Telah tiga pilihan raya umum sudah berlalu sejak tercetusnya Reformasi 1998 menjadikan rakyat dan pendukung perjuangan reform mulai mengerti apa maknanya perjuangan dan "politik baru" yang sering dilaung-laungkan.

Prinsip menolak perjuangan politik yang berasaskan kaum, akan cuba diiinsafi, dengan itu pimpinan PR hari ini akan bergerak ke arah membentuk sebuah gabungan yang menolak faham perkauman sempit, assabiyah, dan pergeseran yang tidak perlu antara penganut agama.

PR mahu mencipa konsep berlainan dengan konsep UBN. PR mahu menjadi lain daripada UMNO-BN.

Seraya itu, sebelum sampai ke dewan konvensyen, tantangan kepada para pemimpin ketiga-tiga parti bagaimana mereka menghayati erti sebenar keadilan dan kebebasan. Bagaimana mereka melapaz ikrar bersama untuk memelihara prinsip-prinsip itu, tidak kira bila dan sampai bila-bila.

Lihat bagaimana kuasa politik telah begitu besar dan mencengkam kuasanya sehingga pinggan mangkuk majlis kahwin di kampung-kampung pun dicop dengan lambang parti politik.

Apakah PR jika sekiranya berkuasa nanti, akan melaksana kaedah politik yang mengongkong sedemikian rupa? Kalau begitu, sesungguhnya apa bezanya dengan Umno-BN?

Kelainan yang PR cari daripada Umno-BN adalah kelainan yang perlu; bukan sekadar untuk menjadi lain daripada yang lain. Kerana itu, prinsip keadilan sebagai objektif tertinggi tuntutan politik wajar diberikan perhatian, dan tidak boleh digalang ganti.

Esok PR akan berkonvensyen apakah mereka akan menolak cara politik Umno-BN atau akan menzahirkan lain daripada yang lain?

Isu besar yang dideritai dan menjadikan politik Malaysia sukar tumbuh dengan matang, antaranyanya, pembahagian wang peruntukan kepada wakil rakyat yang dipilih.

Tidak dapat dinafikan bagaimana kepayahan apabila ada calon menang di sesebuah negeri yang tidak diperintah oleh parti yang memerintah, maka wang peruntukan itu tidak diberikan oleh kerajaan yang memerintah kepada wakil rakyat pembangkang, demikian juga isunya kepada wakil BN di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan kedah. Balas membalas berlaku.

Lalu, adalah wajar kita mengetepikan cara politik tidak yakin diri begini. Kita kata, kita hormat keputusan rakyat.

Lalu, apabila diberi kesempatan memerintah di beberapa negeri, apakah PR akan tonjolkan prinsip keadilan yang sebenar dan apa kah akan merubah staus quo masa ini bahawa negeri-negeri yang diperintah Pakatan masih bercorak atau mengikuti amalan Umno-BN. Apakah melalui konvensyen esok semuanya ini berubah?

Apakah Kerajaan Pakatan Rakyat akan bertekad untuk kembalikan hak rakyat kepada rakyat?

Jika PR ingin merebut hati rakyat, maka para pemimpinnya harus berjanji bahawa akan memberikan peruntukan kepada wakil-wakil rakyat yang bukan di kalangan Pakatan, yang dipilih oleh rakyat kerana ia hak rakyat, sanggupkah para pimpinan PR menghormati prinsip ini dan akan berpegang kepada makna keadilan yang sebenar?

Apakah PerjuanganPR akan berjiwa besar dan penuh dengan kebijaksanaan?

Apakah keluhan kita selama ini tentang tender tertutup yang diamalkan oleh rejim lama akan PR warisi?

Mengapa tidak, mengapa terlalu sukar untuk Pakatan Rakyat mengamalkan kaedah politik baru bahawa tidak akan ada lagi tender tertutup seperti dahulu?

Tidak usah tunggu untuk sampai di Putrajaya...

Sekali lagi dengan kuasa di negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat, semua projek kerajaan negeri perlu melalui tender terbuka. Tidak kira berapa nilainya, kecil atau besar - itulah yang dinamakan ketelusan dan integriti. Persoalannya.. sanggupkah pimpinan PR lakukan ini semua? Sama-sama kita tunggu keputusan konvensyen PAS-PKR-DAP di Shah Alam Selangor.


Friday, December 18, 2009

SPRM Dapat Semula Kuasa Siasat Luar Masa Pejabat

Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.

Sebaliknya, ia memutuskan bahawa SPRM boleh berbuat demikian bagi tujuan memerangi jenayah rasuah.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hasan Lah, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam kanan persekutuan, Amarjeet Singh bagi pihak SPRM dan peguam Karpal Singh bagi pihak ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah (kiri).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu berkata Akta SPRM 2009 tidak menghadkan tempoh suruhanjaya itu merakamkan kenyataan dalam waktu pejabat sahaja.

Dalam keputusan sebulat suara, mereka memutuskan bahawa seksyen 30 (3)(a) Akta SPRM tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi SPRM menyoal siasat saksi.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggi melarangkan SPRM menyoalsiasat saksi selepas waktu pejabat.

Hakim Datuk Mohammad Ariff Md Yusof - ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Tan - memutuskan bahawa Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa pada SPRM untuk berbuat demikian.

Tan, 39, menyaman ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, penolong penguasa SPRM Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM, kerana mendakwa penahanan dan soalsiasat ke atasnya selamam 16 jam oleh SPRM adalah melanggar undang-undang.

Sementara itu, Karpal berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Menurutnya, keputusan Mahkamah Rayuan itu memberi kesan yang serius kerana ia bermakna SPRM "boleh mengheret sesiapa sahaja pada tengah malam untuk mendapatkan keterangan mereka".

Sepatutnya, kata beliau, saksi seharusnya dalam keadaan segar ketika mereka disoalsiasat dan tidak disoalsiasat hingga lewat malam.

Thursday, December 17, 2009

Lagi-Lagi Soal Datin Rosmah Mansor

Ahli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.

Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.

Sekelumit Isu-isu Panas Tahun 2009

Tidak perlu sebut tarikh dan masanya, yang penting isunya.

Jatuhnya kerajaan Pakatan Perak menjadi isu pembuka tahun. Nizar Jamaludin tersungkur, akibat perbuatan 3 ADUN Pakatan yang bertukar arah. Nizar terpaksa akur dengan kehendak majoriti, akur dengan permainan matematik, walaupun moralnya Nizar terus mempertikainya melalui mahkamah, demonstarsi jalanan, siding Dun bawah pokok, sidang Dun Hotel dan peristiwa enggan mengosongkan kerusi speaker oleh Sivakumar, speaker Pakatan.

Matinya Teoh Beng Hock selepas memberi keterangan kepada SPRM Selangor kerana dakwaan penyelewengan penggunaan peruntukan DUN Sri Kembangan mengakibatkan kerajaan membentuk inkues untuk mengetahui punca kematian setiausaha politik YB Ean Hin Yong, exco DAP itu. Hingga kini perungkaian kematian mendiang masih tercari-cari oleh mahkamah inkues.

Mengamuknya Nik Aziz kerana masalah beberapa kerat pemimpin Pas, yang dikatakan oleh Tok Guru Pas ini, menyebabkan JK Pusat Parti mengadakan mensyuarat tertutup dan membuat keputusan menyiasat PAS Selangor di bawah pimpinan PJ Dr Hassan Ali.

Terbatalnya niat naik haji oleh Tok Guru Nik Aziz akibat isu penajaan oleh syarikat yang mendapat kontrak daripada kerajaan negeri. Ekoran terbongkarnya penajaan ini, mengakibatkan menantunya terpaksa meletakan jawatan CEO GLC kerajaan Kelantan.

Pengundian bajet di parlimen yang memberi keputusan 66-63, hampir-hampir kerajaan kalah. Tidak ramainya ahli parlimen kerajaan yang hadir dalam dewan kerana dikatakan menghadiri pernikahan timbalan Pengerusi BBC- Datuk Bung Mohktar Radin yang '"berkahwin" seorang bintang filem.

Wednesday, December 16, 2009

Sindrom Kejayaan: Punca Pemimpin Hilang Pedoman

MEMBANGGAKAN kejayaan memerdekakan negara, menangani peristiwa hitam 13 mei, mengatasi krisis kewangan tahun 1997 serta krisis ekonomi tahun 1982 merupakan lirik para pemimpin negara dalam usaha menarik rakyat agar senantiasa menyokong kerajaan.

Persepsi bahawa rakyat tiada pilihan melainkan menyokong parti Barisan nasional, manakala kaum melayu tidak akan sanggup meninggalkan parti UMNO, demikian juga kaum cina dan india pasti menyokong MCA dan MIC mengakibatkan para pemimpin barisan nasional yang diketengahkan akar umbi menjadi alfa dan lupa daratan.

Tidak salah mengagungkan parti, tidak salah membangkitkan kejayaan parti, tetapi massa yang mengakibatkan parti itu kuat jangan sampai diketepikan.

Betul kata Datuk Najib bahawa sebahagian rakyat sekarang dilahirkan setelah merdeka. Rakyat yang dimaksudkan tidak mengalami dan tidak merasakan bagaimana rakyat terdahulu berjuang jiwa dan raga dalam proses menghilangkan belengu dan kongkongan penjajah dan seterusnya melahirkan negara berdaulat dan merdeka.

Rakyat dilahirkan pasca merdeka tidak perlu ikut cara-cara semasa proses memerdekakan tanah air, tetapi sekadar tahu sejarah adalah cukup memadai, kerana dipundak generasi sekarang terletak kesinambungan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Setiap pusingan waktu, mempunyai cabaran yang berbeda, jika dahulu rakyat mengalami kongkongan penjajahan secara fizikal, tetapi pada masa ini, penjajahan dalam bentuk lain pula-misalnya penjajahan dari segi ilmu, teknologi dan ekonomi serta budaya.

Rakyat pasca merdeka perlu menggunakan seluruh kebolehan yang ada bukan setakat jiwa dan raga tetapi mental, fikiran dan kreativiti dan juga pegangan agama.

Pemimpin kerajaan yang memerintah tidak seharusnya hanya mengalunkan lagu dengan lirik lama, tetapi perlu mencipta lagu dan lirik sesuai dengan perkembangan zaman.

Rakyat sekarang tidak lagi menggunakan biskal atau kereta lembu untuk ke pasar atau pekan, tetapi telah menggunakan kereta kedua untuk tujuan itu semua. Malahan ada sebahagian generasi pasca merdeka telah menggunakan alam maya untuk mendapatkan produk yang diinginkan.

Rakyat sekarang, bukan lagi tahu hanya bersepak raga atau bermain bola menggunakan “buah limau besar” tetapi telah menggunakan bola yang diperbuat dari kulit yang “haram” di sisi agama islam: dengan bantuan teknologi, apabila ditendang boleh mencecah kelajuan 100km sejam.

Rakyat sekarang tidak perlu lagi wayang pacak RTM yang ditayang secara percuma di kampung-kampung ( atas tajaan milo) tetapi siaran berbayar seperti ASTRO, walaupun masih ada yang berbentuk siaran percuma, yakni siaran RTM dan TV3. Walaupun pada suatu ketika, pelanggan ASTRO telah menjadi ukuran jabatan kebajikan dalam menentukan bantuan kepada rakyat daif dan orang kurangupaya (OKU).

Para pemimpin kerajaan umumnya dan khasnya UMNO masih terlalu teringat kejayaan lalu, berpaksi kepada kejayaan silam, maka kejayaan itu terus diulang-ulang sehingga membosankan sesiapa yang mendengarnya.

Memang diakui, bahawa suatu kejayaan atau kegagalan itu berpunca daripada pengalaman yang telah menjadi sejarah, kerana tiada manusia yang boleh meramal kejadian yang akan berlaku, walaupun berbagai keadah dapat digunakan untuk meramal.

Kerja meramal tetap merupakan ramalan, tidak mungkin menghasilkan sesuatu yang seratus peratus sama seperti yang diramalkan. Ambil contoh kejadian tsunami yang melanda Aceh, sebahagian semanjung, sri lanka dan pantai timur afrika, tidak dapat dikesan oleh teknologi terkini yang tersedia ada, demikian juga tsunami politik yang dialami barisan nasional di semanjung, tiada seorang pemimpin UMNO atau barisan nasional pun yang dapat meramal keputusan PRU-12.

Malah menjelang PRU-12, Dato Abdullah Badawi masa itu, pernah mengeluarkan kata-kata pedas kepada rakyat: Bahawa beliau pantang dicabar, jangan berdemonstari di jalanan, tetapi berdemonstrasi melalui peti undi, dan mengucapkan “who is Anwar Ibrahim”.

Berasaskan kepada tingkahlaku Dato Abdullah Badawi pada waktu itu, yakni sebelum PRU-12, menggambarkan bahawa BN dan UMNO begitu yakin akan menang besar, jika pilihanraya diadakan.

Oleh kerana keterbatasan manusia dalam kerja-kerja meramal, maka kita semua tahu, bahawa keputusan PRU-12, kerajaan persekutuan yang diketuai oleh UMNO hampir tersungkur, kalau tidak kerana bantuan ahli BN Sarawak dan Sabah.

Apabila disaksikan, setiap perhimpunan UMNO, setiap ada perjumpaan pemimpin dengan rakyat, atau semasa menyambut 31 Ogos, isu utama yang dilaungkan oleh pembuat perutusan adalah melaungkan kejayaan parti dalam usaha memerdekakan negara.

Setiap ada pilihanraya, isu utama yang dilaungkan adalah penekanan kepada parti, peranan rakyat tidak penting, yang penting adalah parti.

Rakyat dikelirukan, untuk memilih siapa saja yang diketengahkan oleh parti, kerana jika tidak maka ahli dianggap derhaka kepada parti.

Persepsi bahawa parti perlu diutamakan, tiada lagi pilihan lain, kecuali harus mengikut kehendak parti.

Persepsi ini lah yang menjadi penyebab kenapa individu-individu yang diketengahkan mengambil kesempatan dan berselindung atas nama parti.

Mereka terlupa bahawa mereka kelihatan kuat, kerana parti mendapat sokongan dan masih diterima oleh rakyat jelata.

Akibat anggapan yang menebal bahawa parti selamanya kuat seperti slogan yang dibuat stiker panjang yang melekat di kereta-kereta mewah milik ahli-ahli parti “Dulu, Kini dan Selamanya” mengakibatkan pemimpin yang diketengahkan naik tucang dan hanya tahu memandang ke langit, sehinggakan bumi yang dipijak tidak diketahui tinggi dan rendahnya.

Pemimpin terbuai dengan kejayaan yang dicuri dan dirampas dari rakyat, sehingga rakyat terlupakan.

Pemimpin tidak perlu tahu apakah rakyat yang dirampas kejayaannya: cukup makan, ada tempat berteduh, ada kemudahan kesihatan, ada kemudahan air bersih, ada kemudahan lampu, ada kemudahan untuk mencari rezeki dan kemudahan-kemudahan sebagai insan merdeka.

Telah menjadi lumrah, apabila kejayaan bukan berpaksi kepada hasil titik peluh, maka penghargaan kepada kejayaan itu tidak mempunyai nilai yang kental, tidak sama dengan kejayaan yang diperoleh melalui titisan keringat dan usaha sendiri.

Kejayaan yang dirampas- dicuri atau mungkin ada yang dipinjam dimanafaatkan seluas-luasnya untuk membangun empayer sendiri, membangun ekonomi sendiri berserta saudara terdekat atau macai-macai, kerena sebagai perampas kejayaan, mereka tahu benar-bahawa kejayaan tidak selamanya dimiliki dan akan hilang semula.

Tidak hairan, apabila ada pemimpin baru yang muncul dan menjadi wakil rakyat, apatah lagi dilantik menteri, sekonyong-konyong jadi jutawan, punya rumah bungalow, punya kereta berjenama berbuah-buah, dan cuma bersarapan di hotel-hotel mewah.

Jika dahulu, mudah didekati, mudah dihubungi, mudah ditemui, suka ke majlis perkhawinan rakyat biasa, suka ziarah apabila ada kematian atau sakit, sekarang tidak lagi.

Kalaupun melakukan akitiviti ini, tetapi tertakluk kepada darjat dan bulu serta aktiviti keraian yang bersifat “moden”.

Cara berpakaian telah berubah, jika dahulu baju atau seluar tempahan adalah memadai, tetapi sekarang telah bertukar kepada jenama glamour dan bertrade mark di kocek baju dan seluar.

Jika dahulu sebelum disapa, telah mengucapkan salam terlebih dahulu, sekarang telah berubah. Jika dahulu menyalam mengenggam erat telapak tangan, sekarang sekadar meluruskan jari dan menyentuh telapak tangan pihak yang di salam.

Cara pergaulanpun telah berubah, jika dahulu terbuka, sekarang berubah hanya bergaul dengan kelompok elit dan kontraktor-kontraktor kelas berat,kalaupun bergaul dengan pegawai-pegawai kerajaan, hanya terhad kepada pengarah maupun pegawai daerah.

Kejayaan atau kuasa yang diperoleh kena berlagak seperti yang berkuasa, agar supaya kelihatan ada status dan kuasa. Kena berlaga sebagai orang kenamaan, kerana memangpun orang kenamaan menurut versi mereka.

Rakyat pada masa ini telah muak dan jelak dengan karenah ini, kerana itu lah apabila ada parti alternatif yang mereka anggap boleh bersaing dengan kerajaan pemerintah, tanpa silu segan mereka memberi sokongan.

Pimpinan alternatif, tidaklah sekuat sangat, tidaklah sebaik sangat, disebabkan oleh pemimpin penaraju kerajaan yang memuakan dan memualkan, rakyat sangup berpatah arang demi memberi pengajaran kepada pimpinan yang hilang pedoman dan arah.

Pimpinan yang telah alfa asas perjuangan, pimpinan yang telah lupa dan tidak mahu tahu, bahawa asas kekuatan dan kejayaan mereka adalah masyarakat biasa yang kadang-kadang dianggap seperti melukut di tepi gantang, dianggap kehadiran dan keberadaan atau absente mereka tidak signifikan di mata para pimpinan yang telah buta, tuli dan bisu ini.

Tuesday, December 15, 2009

Akhirnya Kita Terbangun: Semangat Sukarela Rupanya Perlu

Perkembangan dalam negara di akhir-akhir ini benar-benar memerlukan makna perpaduan. Ungkapan perpaduan perlu diamalkan bukan hanya sekadar retorik, impian indah dalam tulisan atau talk show di televisyen.

Apabila perpaduan semakin menipis dan terhakis dalam negara maka akan nampaklah defisit moral dan defisit empati di dalam masyarakat.

Hanya melalui kekuatan 'roh perpaduan' dapat kita lahirkan semangat patriotisme dan jiwa besar rakyat merdeka, sedang teras patriotisme pula adalah rasa keprihatinan mendalam di antara sesama warga.

Kita mestilah menyedari bahawa landasan demokrasi adalah berasaskan konsep empati, keprihatinan mendalam terhadap sesama kita dan bertindak secara bertanggungjawab.

Berdasarkan pemahaman dan kesedaran bahawa betapa perlunya kita memelihara kestabilan negara dan kemajuan generasi masa depan, maka sangat penting bagi kita menyediakan teladan yang cemerlang untuk dicontohi oleh anak cucu kita.

Prinsip kebebasan, keseimbangan dan keadilan mestilah dapat memberi nilai murni sejagat pada kehidupan kita.

Melalui konsep empati kita akan mampu dan merasai serta akan memahamikeadaan seseorang dari sudut kaca mata orang tersebut.

Justeru rasa empati sangat penting untuk disuburkan terutama di kalangan anak-anak kita. Kegagalan kita untuk mendidik rasa empati pada mereka akan melahirkan generasi yang tidak prihatin dan peduli pada orang lain kecuali diri sendiri. Ini akan melahirkan pula kerajaan atau penguasa masa depan yang tidak peduli rakyat jelata.

Atas kesedaran ini DS Najib telah memberi jaminan bahawa kepimpinannya akan memikul tanggungjawab amanah (moral mission) untuk:-

i. Melindungi rakyat jelata (protection).

ii. Memberi peranan dan tanggungjawab (empowerment) pada rakyat jelata.

iii. Meluhurkan etika kecemerlangan di kalangan rakyat. Pemberdayaan kerajaan (government empowerment) dalam bentuk kemudahan infrastruktur, pembangunan fizikal seperti jalan raya, jambatan dan lain-lain serta pembangunan mental dan rohani seperti pendidikan di sekolah dan di masjid serta institusi pendidikan lain adalah penting untuk kesejahteraan rakyat.

Melindungi rakyat daripada jenayah, kemiskinan, kejahilan dan dari segala penyakit sosial juga adalah misi moral kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.Rasa peduli atau prihatin amat penting untuk melahirkan rasa kasih sayang sesama sendiri.

Oleh itu menyuburkan semangat kesukarelaan (volunteerism) dalam setiap profesion dan di kalangan kita akan menimbulkan rasa kebersamaan (esprit de corps) yang kukuh dalam perpaduan bangsa yang kita kehendaki.

Antara isu yang mesti kita tekankan:

i. Kita perlu pada amalan sukarela (volunteer) bagi mengukur patriotisme rakyat.

ii. Kita perlu pada amalan sukarela untuk membentuk kehidupan rakyat.

iii. Kita perlu ada amalan sukarela sebagai komitmen kita kepada negara, bangsa dan agama. Kita juga akui bahawa memang terdapat hambatan dan had kepada kerajaan bagi memberdayakan dan melindungi rakyat, namun kita yakin bahawa semangat kesukarelawan inilah yang nantinya akan menyempurnakan peranan kerajaan demi manfaat kepada rakyat.

Kesukarelawan sebenarnya adalah suatu semboyan atau bentuk panggilan demi berkhidmat untuk negara. Tidak syak lagi ini dapat dilakukan di bidang pendidikan dan pembelajaran, perlindungan kesihatan, membendung penyakit yang menjalar, jenayah, fenomena keruntuhan moral dan lain-lain.

DS Najib merasakan bahwa sudah sampai masanya kita suburkan semangat kesukarelawan dan kita buka peluang seluasnya untuk rakyat turut ikut serta dalam mengamalkan usaha-usaha baik ini.

DS Najib yakin dengan misi tersebut yakni tanggungjawab moral kerajaan dan digabung pula dengan semangat kesukarelawan rakyat maka kita akan dapat mencipta nilai bangsa yang gilang-gemilang dan membangun tamadun kemanusiaan yang disegani.

Sering juga diperkatakan orang bahawa kesejahteraan hidup akan bertambah baik jika pendidikan, kesihatan, lingkungan serta pendapatan rakyat semakin baik.

Jika ini berlaku, bermakna amanah (trust) telah terlaksana, tanggungjawab sosial (social responsibility) telah berjaya merentasi tanggungjawab individu (individual responsibility).

Inilah semangat dan arah yang ingin DS Najib jadikan pedoman untuk perpaduan negara melalui nilai-nilai yang murni. Inilah gagasan 1Malaysia yang cuba kita jadikan satu kenyataan bahawa hanya dengan perpaduanlah maka kita mampu cipta keamanan dan kestabilan.

Namun bagi DS Najib, beliau sangat sedar bahawa rakyat terpaksa berhadapan dengan kegawatan pemikiran yang bersimpang-siur kerana terlalu banyak pembohongan, kepalsuan, fitnah, pengkhianatan, keruntuhan adap sopan dek lantaran salah guna kebebasan, mengkhianati tanggungjawab dan salah guna hak sehingga mengorbankan nilai luhur kemanusiaan dan kewarganegaraan yang baik.

Akibatnya keharmonian sosial tergugat, kestabilan negara terancam, kesejahteraan hidup menurun. Malah kesan daripadanya timbul pula berbagai kegelisahan yang meruncing yang sebenarnya tidak patut berlaku.

Atas pemahaman inilah timbul pernyataan seperti "In the cultural war the battle field is in the brain." Di era ini adalah penting untuk kita memiliki kemahiran berfikir, bertutur dan bertindak (think, talk and act).

Amalan demokrasi yang 'juling' pada hari ini kian menjadi bahaya jika berakar pada sikap kegelojohan merebut wang, kuasa dan tempat dalam struktur sosial malah fakta sejarah sanggup diselewengkan.

Semua kegelojohan dan kegawatan ini adalah bersumber dalam otak dan pemikiran manusia-manusia atau kelompok manusia yang rakus dan tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya kita sebagai rakyat tidak hanya menghadapi dilema dalam jurang kebendaan atau sentimen suku kaum atau agama atau siapa yang menguasai kuasa, tetapi paling teruk kita tenggelam dalam jurang pemikiran (Brain Divide).

Dari pandangan sains kognitif, tingkah laku kita ditentukan oleh pemikiran bawah sedar (subconscious). Kita terlalu dipengaruhi oleh saduran kepalsuan maklumat yang tersimpan dalam pemikiran bawah sedar (deep narrative frames) yang dibuat secara berulang kali, merasuk kita sehingga terjadi banyak sekali kepalsuan yang telah dianggap sebagai kebenaran!

Sebagai alasan rapuh kita sendiri katakan bahawa amat sukar untuk mengurus persepsi orang lain walhal kitalah yang membentuk persepsi buruk dan dihidang pula kepada masyarakat.

Sebab itulah peranan penulis apakah penulis blog, wartawan, penulis buku, pakar motivasi , para pembicara agama dan sebagainya sangat penting dalam membimbing pemikiran khalayak ramai (massa).

Apabila MEDIA disalahgunakan untuk menyebar maklumat yang merosakkan (wrong narrative) nilai-nilai murni yang sebutkan di atas, maka akan berlakulah gejala-gejala yang tidak diingini.

Sunday, December 13, 2009

Apa Maksud Tengku Razaleigh? Malaysia Negara Sumpahan Minyak

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Ahli Parlimen Gua Musang tersebut merasa terkilan mengenai halatuju Petronas kini yang telah menyimpang daripada tujuan asal penubuhan Petronas.

Bagi Kuli anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Bagi Kuli Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

Namun bagi Kuli hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Majalah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

Thursday, December 10, 2009

MP Taiping Biadap: Perkasa

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming sebagai biadap dan cuba menyalakan api dalam sekam apabila mengungkit perbelanjaan kerajaan membina masjid dan mendesak kerajaan memberi peruntukan lebih kepada rumah ibadat bukan Islam.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali seperti yang dipetik berkata Nga daripada DAP telah menyentuh hal ehwal agama Islam yang terletak di bawah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Ibrahim Ali juga menyifatkan bahawa Nga boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

Semasa ditanya di lobi Parlimen mengenai kenyataan Nga, Presiden Perkasa itu berkata bahawa kenyataan Nga boleh menimbulkan pergaduhan agama.

Ibrahim berkata tiada sesiapa pun yang berhak membangkitkan soal perbelanjaan yang diperuntukkan untuk membina masjid walaupun dengan tujuan untuk meminta peruntukan yang lebih bagi aktiviti agama lain.

Semalam, Nga mengeluarkan kenyataan mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa yang sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.

Ibrahim berkata jika kenyataan itu dibuat ketika perbahasan dalam Parlimen sekalipun, ianya dilarang kerana bukan semua perkara boleh dibangkitkan sewenang-wenangnya atas nama kekebalan Anggota Parlimen.

Katanya Perkasa akan mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu itu.
sila klik juga

Beri Sokongan Kerana Budaya: Pemimpin Tahu Permainan Akan Terus Menang!

Umno telah berubah! Cara pemilihan kepimpinan Umno telah diubah daripada 2,500 ahli kepada 146,500.Pertambahan jumlah pemilih yang ramai untuk memilih pemimpin dalam system yang sama dalam operandi yang sama.

Tujuan perubahan ini untuk mengekang poltik wang, kerana jumlah pemilih 2,500 diperkirakan boleh dijangkau dengan wang, manakala 146,500 diperkirakan sukar dijangkau kerana menurut hemat para pemimpin Umno, jika pun ada pemimpin yang cuba menjangaunya diperkirakan tidak berbaloi. Jika dahulu berpaksikan kepada 2,500 ahli pemilih, maka seseorang naib presiden memerlukan sekurang-kurangnya RM1,250,000 akan tetapi untuk 146,500 ahli pemilih diperlukan sekurang-kurangnya RM73,250,000.

Namun diperingkat bahagian,tidak banyak perubahan atas sebab apa? Jumlah perwakilan tidak banyak berubah, kerana jumlah perwakilan hampir sama, atas sebab, perwakilan ditentukan oleh jumlah ahli setiap cawangan.

Dalam merebut kepimpinan peringkat bahagian boleh dikatakan tidak banyak berubah, kerana yang memilih adalah orang-orang yang sama, pada jumlah yang sama.

Sebagai contoh Umno Bahagian Kota Belud. Jumlah perwakilan adalah 680 ahli. Jumalah ini akan akan tetap sama, jka proses penambahan ahli atau pembukaan cawangan baru tidak terjadi. Bagi merebut ketua bahagian misalnya, sekurangnya seseorang calon ketua bahagian memerlukan RM340,000 satu jumlah yang biasa, ertinya merebut ketua bahagian pada kebiasaannya seseorang calon ketua bahagian memerlukan wang untuk perbelanjaan sekurang-kurangnya RM 1 juta hingga 2 juta.

Jumlah ini diperkirakan akan terus bertahan pada pemilihan akan datang, dimana diperkirakan pada oktober 2011. Penghapusan politik wang dalam Umno sukar dilenyapkan,kerana system itu telah membudaya telah berakar umbi dan telah menjadi keharusan.

Baru-baru ini semasa upacara penyerahan tukun tiruan oleh pembantu menteri pertanian dan asas tani Sabah, Datuk Musbah Jamli misalnya, orang awam yang dijemput menghadiri upacara tersebut, selain makan minum disediakan, malah ramai yang datang merengek kepada pengajur untuk meminta habuan tambang dan wang hadir. Bagi rakyat, perbuatan ini bukan lagi perbuatan luarbiasa, akan tetapi merupakan budaya.Bagi mereka apapun yang melibatkan kerajaan, maka keikutsertaan mereka merupakan tambahan pendapatan.

Berbalik kepada pemilihan parti, bermula dari sekarang telah kedengaran, perorangan yang bercita-cita merebut kedudukan dalam parti selain mula berjinak-jinak dengan para ahli cawangan dalam acara kunjungan sosial atau turun padang,akan tetapi mula mengumpul wang untuk digunakan sebagai belanja semasa pemilihan bahagian pada tahun 2011.

Bagi ahli-ahli Umno yang bercita-cita menjadi pemimpin, mereka telah faham, bahawa tanpa wang, tidak mungkin mereka terpilih.Manakala bagi pemilih pula, masa memilih pemimpin itulah masa mereka dapat menikmati kekayaan yang diperolehi calon-calon pemimpin melalui hasil penjualan projek-projek yang mereka perolehi melalui laluan kabel yang mana kesemuanya itu tanpa susah payah atau memeras keringat.

Blog Archive