Monday, August 31, 2009

Seronok jadi rakyat: Hadiah Hari Jadi Harga Minyak Naik

Kemungkin Ismail Sabri kan umumkan bahawa esok 1 September harga minyak yang baru Ron-95 akan naik 5 cents menjadi 1.80 seliter, manakalah Ron-97 akan naik dari 1.80 kepada 2.00 seliter.

2 bulan lalu memang ada ura-ura kerajaan akan menukar struktur harga minyak negara. Telah diumumkan sebelumnya, bahawa Ron-95 akan dijual lebih murah di banding harga 1.80, manakala Ron-97 akan dinaikkan kepada 2.00. Ada sedikit pembohongan di sini?

EGM MCA: Malapetaka bagi Ong Tee Kiat

Tercium oleh Ong Tee Kiat usaha penyokong Chua Loi Lek yang dipecat untuk mengadakan EGM MCA, dengan tangkas Ong Tee Kiat pula akan mengadakan EGM dalam tempoh 30 hari.

EGM MCA kali ini adalah bertujuan untuk mengesahkan keputusan majlis presiden MCA memecat Chua Loi Lek.

Namun berasaskan maklumat akar umbi, EGM itu berkemungkinan besar menjadi malapetaka bagi Ong Tee Kiat. Kemngunkinan besar EGM itu akan mencadangkan untuk memecat beliau dan seterusnya mengembalikan kedudukan Chua Loi Lek.

Sunday, August 30, 2009

Benarkah Tuduhan Anwar IGP Musa Hassan pelindung Mafia dan ganster?

Dalam blognya Anwar mendakwa jika jawatan Musa Hassan yang tamat pada 14 September ini di sambung oleh kerajaan, maka gangster dan mafia kaum cina akan berpesta pora. Tuduhan Anwar itu boleh di ikuti disini
http://anwaribrahimblog.com/2009/08/30/bye-bye-igp-happy-retirement/

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: SPRM sembunyikan taktik

Mohd Asharaf Mohd Yunus saksi-19 memberitahu inkues bahawa dia belum didedahkan dengan teknik yang kasar dalam usaha mendapatkan maklumat. Lagipun katanya, untuk Teoh Beng Hock, kekerasan tidak perlu, kerana hanya melibatkan semakan dokumen.

Gobind Singh Deo melalui inkues hari-16 ada memberitahu Koronor Azmil mutapahna Abas bahwa dia mempuyai skasi yang sukarela tampil dalam inkues kematian TBH untuk menjelaskan kekejaman sprm negeri Selangor.

Perbuatan Asharaf, seperti perbuatan burung unta, menyorokkan kepala, disangka tiada yang nampak, namun badan besar terpampang di luar.

Cara pegawai sprm itu yang juga saksi-19 akan menambah kesangsian pemerhati dalam isu merungkai kematian TBH ini.

Menunggu Fatwa Nik Aziz kes Kepala Lembu

Anwar Ibrahim maun Najib Razak serta Lim Kit Siang telah memberi reaksi tentang kepala lembu yang di arak ke pejabat SUK Kerajaan Selangor semalam.

Anwar ibrahim melalui blognya mengatakan pakatan menetang perakaran kepala lembu tersebut, manakala Najib mengarahkan IGP Musa Hassan membuat siasatan mengenai perarakan tersebut.

Lim Kit Siang pula mengatakan ini lah titik hitam menyambut kemerdekaan tahun ini.

Reaksi yang ditunggu-tunggu adalah dari Nik Aziz. Untuk sementara Nik Aziz belum membuat fatwa mengenai tindakan sekelompok masyarakat islam di Seksyen 23 Shah Alam yang mengarak kepala lembu yang masih berdarah, tanda simbolik kebodohan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pengajur perakaran tersebut telah memberi tahu, bahawa maksud membawa kepala lembu itu (walaupun sumber kepala lembu tersebut tidak diketahui) adalah menunjukkan kebodohan kerajaan Selangor, bukan bermaksud menghina agama tertentu.

Walau bagaimana pun reaksi Nik Aziz mengenai perkara ini masih di tunggu-tunggu.

Saturday, August 29, 2009

Inkues kematian Teoh Beng Hock: 2 DNA misteri siapa punya

Siapa yang terakhir bersama TBH pada 3.45 pagi 16 julai. Mohd Anuar Ismail kata, dia tidur hingga pukul 8.30 pagi 16 julai. Perakaman percakapan terakhir TBH dilakukan oleh Mohd Radzi, ertinya Mohd Radzi adalah orang terakhir bersama TBH. Akan tetapi saksi ke-19 Mohd Asharf mengatakan bahawa dia sempat memberikan segelas air kepada TBH pada kira-kira 4.45 pagi. Kalau dikatakan Mohd Ashraf ada lah orang terakhir bersama TBH, ada lagi yang melihat TBH pada pukul 5- 5.30 pagi. Kemudian Tan Boon Wah ada melihat TBH di pantry pada pukul 6.10 pagi. Jika tiada sesiapa lagi melihat TBH hidup setelah itu, maka Tan Boon Wah orang terakhir melihat TBH masih hidup.

Kalau bukan Tan Boon Wah menyebabkan TBH mati? siapa? Tan Boon Wah ternyata bukan, pembunuh TBH kerana DNA Tan Boon Wah tidak sepadan dengan salah satu DNA misteri yang belum terungkaikan hingga hari ke-16 inkues kematian TBH.

157 swab untuk tujuan analisis DNA tiada seorangpun yang sepadan dengan DNA misteri tersebut, termasuk Timbalan Pengarah Sprm Selangor yang dihebohkan melalui surat layang.

Persoalannya sekarang, siapa orang terakhir bersama TBH? Ada orang lain kah, mungkin kah ada pembunuh upahan berada dalam bangunan sprm? kalau ada, kenapa tidak terakam melalui CCTV semasa masuk pejabat?

Sepatutnya merungkai DNA misteri ini lah yang menjadi tugas inkues ini, di banding anggapan ada kekejaman dilakukan kepada mendiang TBH.

Pihak sprm perlu memberi fokus kepada isu DNA misteri ini, ada sesiapa kah mempunyai konspirasi untuk tujuan tertentu, agar sprm menjadi mangsa bagi mengalih pandangan isu yang lebih besar?

Setelah munculnya isu kematian TBH, isu yang sebelumnya mendapat perhatian umum adalah kes liwat DSAI, namun setelah kes kematian TBH, seolah-olah isu liwat DSAI hampir terlupakan.

Inkues ini perlu melihat kepada individu-individu yang kemungkinan berada dalam pejabat sprm pada jam 6.10 pagi hingga 7.15 pagi 16 julai. Rekod individu tersebut tentu ada pada pihak polis, seharusnya inkues ini memberi fokus kepada individu tersebut apabila di sambung lagi pada 8 September ini.

Inkues kematian Teoh Beng Hock: Isu ugutan dan kekerasan tidak relevan

Doktor pakar pathologi yang menjalankan postmortem terhadap mayat mendiang TBH telah mengesahkan tiada kesan kecederaan fizikal, selain 22 kecederaan akibat impak semasa jatuh.

Demikian juga TBH tidak ditorture atau dikasari atau diugut semasa proses merakamkan percakapannya. Saksi ke-19 Mohd Asharaf memberitahu inkues, bahawa TBH sempat minta air pada kira-kira 4.45 pagi 16 julai. TBH hanya kelihatan gelisah pada masa tersebut.

Saksi ke-19 ini juga memberi tahu inkues, bahawa TBH memberi kerjasama semasa disiasat oleh Arman Alies antara 10.40 malam 15 Julai hingga 12.40 16 julai yang berkisar tentang dokumen yang dijumpai di laptop dan cpu TBH.

Isu laporan polis tentang kekasaran pegawai sprm seperti yang ditimbulkan oleh Gobind Singh Deo tidak releven dalam inkues kematian TBH. Kerana sebelum ini telah dinyatakan, bahawa TBH mati disebabkan impak jatuh, bukannya kecederaan minor seperti ditempiling, dipukul dengan benda tumpul dan sebagainya.

Kematian TBH sangat releven dengan kes penyelewengan peruntukan adun sri kembangan. Terbongkarnya kes salah guna peruntukan tersebut membuatkan TBH tertekan dan gelisah.

TBH telah gelisah dan tertekan sejak awal-awal semasa TBH dijemput untuk hadir ke pejabat sprm pada petang 15 Julai. TBH memasuki pejabat sprm seperti rakaman cctv pada pukul 18:08:55 15 julai.

Sekiranya TBH dicederakan atau diugut adalah pasti TBH sekurang-kurangnya memberi tahu Tan Boon Wah, kerana Tan Boon Wah terlihat TBH berada pada pantry pejabat sprm pada pukul 6.10 pagi 16 julai.

Selama 16 hari inkues kematian TBH berjalan, tiada siapapun mengatakan bahawa TBH diugut atau dicederakan, termasuk mayatnya tiada kesan kecederaan termasuk pergelutan.

Konsep 1Malaysia Najib tercabar: Segelintir orang islam menghina Hindu

Konesp 1Malaysia Najib tercemar kerana perbuatan segelintir orang islam menghina agama hindu. Konsep yang dilaung-laungkan di kaca tv, iklan-iklan maupun slogan tersebut tercalar semalam, kerana sekitar 50 orang berarak dengan membawa kepala lembu ke pejabat setiausaha kerajaan negeri Selangor.

Implikasi kepada perarakan ini cukup besar, kerana seolah-olah islam itu mengajar penganutnya tidak menghormati agama lain. Dalam rukun negara telah tertulis dengan jelas sejak negara ini wujud, bahawa sila pertama adalah kepercayaan kepada tuhan. Ertinya setiap negara ini perlu menghormati sila itu sebagai asas bernegara dalam negara yang berbilang kaum dan agama ini.

Konsep 1Malaysia benar-benar teruji dan tercabar, apa kah konsep ini boleh bertahan dalam jangka panjang, kerana walaupun RUKUN NEGRA telah wujud seusia negara, pun demikian masih tidak difahami dan dihormati. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran.""Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain.

Friday, August 28, 2009

Kekalutan dan tekanan yang tak terkawal punca Teoh Beng Hock bunuh Diri!!!

Rakaman percakapan Teoh Beng Hock yang bermula pukul 10.40 malam 15 Julai dan berakhir kira-kira 3.45 pagi 16 julai masih bersifat sukarela. Rakaman percakapan tersebut bukan berbentuk beramaran, kerana TBH belum ditahan reman menurut seksyen 117 acara jenayah.

Unsur paksaan tidak wujud dalam rakaman percakapan sukarela, kerana rakaman tersebut masih bersifat meniliti dokumen-dokumen yang disyaki ada unsur jenayah rasuah. Dokumen-dokumen tersebut perlu diteliti apa kah ada unsur jenayah, walaupun melalui rakaman percakapan terdapat unsur jenayah, akan tetapi pendakwaan akan berpaksi kepada dokumen-dokumen yang ditemukan. Hakim tidak akan membuat keputusan berasaskan hear say, melainkan berasaskan bukti-bukti yang dikemukakan di hadapannya.

Rakaman percakapan TBH pada masa-masa tersebut, tersalah anggap oleh TBH,kerana mungkin dalam fikirannya, beliau dan konco-konconya akan didapati bersalah, kerana dokumen-dokumen yang ditanyakan kepadanya semuanya palsu.

Kerana TBH tahu benar bahawa tuntutan yang tersimpan dalam laptop dan cpunya adalah tuntutan-tututan palsu, kerana itu lah dari awal-awal lagi TBH merasa gelisah, tertekan dan ketakutan.

Ketakutan yang amat sangat, kegelisahan yang amat sangat, serta tekanan yang amat sangat membuatkan orang hilang pertimbangan. Keadaan ini lah yang terjadi kepada TBH. TBH pada awal-awalnya telah mencuba menghubungi beberapa orang rakannya melalui telepon bimbitnya, namun hingga jam 3.45 pagi tiada seorang pun muncul menolongnya. Kekalutan yang amat sangat ini membuatkan TBH sangat gelisah dan tertekan, kerana itu ada orang ternampak bahawa TBH mundar-mandir di ruangan tamu pejabat sprm antara pukul 5-5.5.30 pagi 16 Julai. Saksi ke-19 Mohd Asharf Mohd Yunus sempat memberikan segelas air kepada TBH pada kira-kira 4.45 pagi 16 Julai, saksi ke-19 ini mengesahkan bahawa pada masa itu tidak ada sesiapa berada di ruangan tetamu pejabat sprm melainkan TBH seorang.

Merasa keseorangan (walaupun sebelum ini dikatakan Tan Boon Wah bersamanya) membuatkan TBH putus harapan. Putus harapan ini lah yang bermain-main di kepala TBH masa itu, mungkin demi menghilangkan segala kekalutan tersebut, TBH teringat sifat orang jepun, yakni harakiri, bunuh diri demi menebus maruah!.

TBH kemungkin bunuh diri demi menebus maruah, walaupun ada 2 orang tidak dikenal cuba menyelamatnya dengan menggapai jaket dan tali pinggangnya. Gapaian 2 orang asing ini, tidak mampu mencegah TBH jatuh, kerana berat badan TBH yang di katakan 70kg, ditambah dengan tarikan graviti, akan mencapai 5 kali lebih berat, dan hingap di impak akan mencecah 10 kali ganda berat badan.

Berjayakah inkues ini membuktikan bahawa TBH bunuh diri kerana harakiri?? Teori penguam pemerhati keluarga TBH Gobind Singh Deo yang mengaitkan ada unsur penyiksaan tidak timbul, kerana semasa perakaman percakapan TBH masih bersifat sukarela, belum ke tahap beramaran, kerana TBH belum ditahan reman!.

Inkues kematian Teoh Beng Hock: alasan TIDUR Mohd Anuar Ismail suatu alibi???

Inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock berlabuh hari ini setelah masuk hari ke-16 dan akan disambung semula pada 8 September.

Selama mendengar inkues selama 16 hari, terlalu sedikit maklumt yang dapat merungkai punca TBH bunuh diri atau dibunuh.

Mahkamah inkues, tidak seluruhnya diisi dengan mencari fakta punca TBH bunuh diri atau di bunuh, akan tetapi mahkamah jadi politiking antara Datuk Abdul Razak Musa dan Gobind Singh Deo.

Inkues ini selain mendapati ada percangahan maklumat antara pegawai sprm sendiri, juga terdapat banyak loop hole semasa menjalankan siasatan kepada TBH.

Sebagai contoh apabila saksi ke-19 mengambil tempat sebagai saksi, bahawa beliau tidak pernah memberi soalan kepada TBH, sebaliknya kehadiarannya sebagai tukang pukul, kerana pegawai yang menyiasat TBH ada lah rakan Mohd Ashraf, Yakni Arman Alies. Semasa ditanya, siapa yang akan beri laporan kepada ketua mereka Hairul IIlahm Hamzah, Asharf dengan sigap berkata Arman!.

Kehadiran Asraf di bangunan sprm sehingga 5.06 pagi (punch card) dan 5.12 pagi (cctv) 16 julai apakah hanya sekadar memberi segelas air pada TBH pada kira-kira pukul 4.45 pagi.

Kenapa kah fakta-fakta misteri seperti jam 5-5.5.30 pagi tiada pegawai yang ditugaskan dapat melihat gelagat TBH, kalau pun ada, yaitu pegawai penyiasat kes ini, Mohd Anuar Ismail sendiri, malangnya katanya: dia tidur di dua tempat sehingga 8.30 pagi 16 julai. (alasan tidur apakah satu alibi??).

Fakta yang mencurigakan terhadap Mohd Anuar Ismail adalah: Telah 2 orang pegawai sprm mengesahkan bahawa tiada pergaduhan berlaku antara pukul 2-2.30 pagi 16 julai.

Fakta yang ganjil adalah: Mohd Anuar Ismail tahu bahawa TBH adalah saksi utama sprm, kenapa kah pegawai ini tidak terus membuat laporan polis sebaik mengetahui kematian TBH.

Ada kemungkinan kah Mohd Anuar mengetahui apa yang berlaku antara 5 hingga 7.15 pagi 16 julai, kita tunggu apa kah inkues ini mampu merungkainya.

Banyak Fakta bercanggah tentang kematian Teoh Beng Hock: kes bertambah misteri

Saksi ke-17 Mohd Anuar Ismail yang juga pegawai penyiasat kematian Beng Hock memberitahu inkues, bahawa Bulakani Paharuddin ada mendengar Tan Boon Wah bertengkar dengan Beng Hock di tandas pada pukul 2 pagi 16 Julai. Manakala saksi ke-18 Mohd Najieb Walad, tidak mendengar ada pergaduhan, kerana waktu itu keadaan cukup tenang. Jika ada pergaduhan, confirm Najieb berlari untuk cek.

Hari ke-16 inkues kematian TBH, saksi ke-19 mengatakan bahawa antara pukul 4.45 -5.06 pagi 16 julai TBH tidak ditemani oleh sesiapa, kerana Mohd Asraf kebetulan memberi 1 glass air kepada TBH. Mohd Asraf keluar pejabat sprm 5.12 pagi 16 julai.

Selama disiasat, TBH sangat berkerjasama, walaupun ada beberapa soalan TBH tidak boleh menjawab. Sisastan yang dikendalikan oleh kawan mohd asraf, Arman alies bermula pada pukul 10.40 15 Julai dan berakhir 12.40 pagi 16 julai.

Pilihan HARAKIRI Balai Polis atau pejabat sprm:Ganjil bukan!! DI Kuala Kangsar seorang lagi terjun bunuh diri

Teoh Beng Hock memilih pejabat sprm untuk bunuh diri. Akibat kematian mendiang, satu inkues ditubuhkan, dan sekarang telah masuk hari-15. Berbagai teori dikemukakan, dari pakar perubatan, polis maupun para penganalisis jenayah. Namun hingga kini belum dapat merungkai kematian Teoh Beng Hock.

Pagi tadi dikejutkan lagi dengan kematian Kwek Lee May, 20 tahun, yang dijumpai pada kira-kira 8 pagi dipercayai terjun bunuh diri dari bangunan polis Kuala Kangsar. Untuk sementara, kematian Kwek Lee May diklsifikasikan sebagai bunuh diri.

Dengan memilih balai polis atau pejabat sprm sebagai tempat bunuh diri merupakan keganjilan untuk sementara. Apa kah kelemahan kerajaan terlalu mudah menubuhkan inkues lah, suruhanjaya lah, membuat kan orang yang bertendensi bunuh diri memilih pejabat penguatkuasa undang-undang seperti balai polis dan pejabat sprm, agar supaya penguatkuasa undang-undang ini menjadi kambing hitam?

Tetapi yang menghairankan hingga kini belum ada lagi anggota penguatkuasa undang-undang terjun bunuh diri di bangunan sendiri. Trend apa kah ini? apa kah masyarakat negara ini terjangkit harakiri jepun?

Tan Boon Wah tidur di pejabat sprm tujuan apa??

Dalam sidang akhbar pada 17 Julai setelah diketahui bahawa Teoh Beng Hock dijumpai mati di tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, Tan Boon Wah mengatakan bahawa beliau malas pulang ke Kajang, kerana ada sesi kedua soal jawab dengan pegawai sprm. Ternyata dakwaan Boon Wah ini betul, kerana memang benar bahawa sesi soaljawabnya dengan pegawai sprm bermula pada 11 pagi 16 julai.

Pertanyaan kenapa Tan Boon Wah sanggup diam di pejabat sprm dari 1.30 pagi hingga 10.59 pagi 16 Julai, bukan kah jangka masa ini cukup untuk Tan Boon Wah pulang dan berehat! Apa kah ada misi tertentu Tan Boon Wah, kerana dia tahu, bahawa Teoh Beng Hock masih dalam proses merakamkan percakapan.

Tidak mungkin kalau Tan Boon Wah tidak terjumpa TBH dalam ruangan pejabat tersebut,kerana Tan tidak keluar pejabat sprm sehingga lah sesi ke-2 selesai.

Keterangan saksi ke-18 Mohd Najieb Ahmad Walad, bahawa beliau tidak mendengar suara pertengkaran antara jam 2-2.30 pagi 16 Julai adalah meragukan, walaupun suasana masa itu tenang, kerana Mohd Anuar Ismail (saksi ke-17) tidak mendengarnya,kerana yang mendengar adalah Bulkani Paharudin, kerana Bulakni kebetulan bersama-sama TBH dan Tan Boon Wah di dalam tandas Sprm.

Tan Boon Wah berada dalam pejabat sprm, menunggu TBH selesai merakamkan percakapan. Sesi perakaman percakapan TBH selesai pada 3.45 pagi, kemudian TBH lepak di sofa, tidur-tidur ayam di situ. Jam 5-5.30 pagi, seseorang melihat TBH mundar mandir, masa itu lah Tan Boon Wah muncul. Untuk mengelak kekecohan di dengar, maka Tan Boon Wah membawa TBH ke tingkap, di mana TBH terjun.

Sebenarnya Tan Boon Wah tahu benar punca kematian TBH, kerana masa itu Tan Boon Wah bersama-sama TBH di tingkap yang bermasalah tersebut.

Thursday, August 27, 2009

Bapa binatang Di Terengganu: Rahsianya terbongkar!!!

Utusan Malaysia memuatkan berita tentang seorang bapa di Terengganu yang telah jadi binatang kerana menjadikan 4 orang anak perempuannya sebagai pemuas nafsu sexnya.

Gambaran yang boleh dibuat hanya kejam dan tidak berperikemanusiaan. Hanya perkatan itu yang sesuai digambarkan buat seorang lelaki yang sanggup menjadikan empat anak perempuannya sebagai tempat pemuas nafsu.

Lebih malang, perbuatan kejam itu hanya terbongkar setelah mereka menjadi mangsa sejak 16 tahun lalu.

Kehidupan malang empat beradik itu bermula apabila kakaknya, yang kini berusia 23 tahun mula menjadi mangsa rogol bapanya sejak berusia tujuh tahun di rumah mereka di Kampung Pak Mentosa, Tembila, Besut.

Selepas beberapa tahun kemudian, suspek melakukan perkara sama terhadap adik-adik mangsa.

Sementara itu, ibu mereka yang menjadi tempat mengadu tidak dapat berbuat apa-apa apabila diugut untuk dicederakan.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk suspek terbongkar apabila dia cuba merogol anaknya yang berusia 15 tahun, April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri, berkata, berikutan itu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, Sabtu lalu.

''Berdasarkan laporan yang diterima, pihak polis kemudiannya mengambil keterangan tiga kakak mangsa dan mengesahkan perlakuan kejam suspek.

''Pihak polis kini sedang memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol,'' katanya.

Hukuman berat yang dijalankan di negara ini termasuk sebat dan penjara, tidak dapat membendung perbuatan incest ini, apa kah kaedah yang lebih sesuai kepada manusia binatang ini? Adalah dirasakan, perbuatan seumpama ini, hanya hukuman mati sahaja yang sesuai, kerana hukuman sebat dan penjara, nampaknya tidak cukup dan kurang berkesan.

Tuntutan Palsu: punca Teoh Beng Hock Terbunuh

Semasa di minta memanggil YB Ean Yong Hin Wah ADUN Seri Kembangan, pada petang 15 Julai semasa TBH diminta datang ke pejabat sprm bersama laptop dan cpu yang mengandungi maklumat tuntutan palsu yang TBH lakukan yang berkaitan dengan peruntukan tahunan adun di bawah kawalan ADUN Seri Kembangan, TBH nampak gementar dan seolah-olah takut.

Saksi ke-18 Najieb memberitahu inkues, bahawa TBH sangat khuatir tentang kandungan laptop dan cpunya tersebut. Namun, semasa membuka laptop dan cpu, TBH secara sukarela membuka laptop dan cpu tersebut untuk mengestrak beberapa dokumen yang ada kaitan dengan tuntutan-tuntutan yang dicuragi palsu.

Dokumen-dokumen tuntutan palsu ini samada secara langsung YB Ean Yong tahu atau pun tidak terpaksa dirungkai melalui inkues ataupun perbicaraan rasuah.

Jika sekiranya YB Ean Yong tidak mengetahuinya, maka kerja-kerja menipu ini ada kemungkinan kerja kolobrasi antara TBH dan Tan Boon Hwa. Tan Boon Hwa bertugas mencari syarikat-syarikat dummy, dimana dapat digunakan untuk membuat tuntutan palsu.

Melalui siasatan sprm, TBH telah mengetahui, bahawa seluruh pekong akan terbongkar, kerana itu selama proses soaljawab dan rakaman percakapannya, TBH nampak gelisah dan tertekan.

Perasaan tertekan TBH bertambah-tambah lagi, apabila soalan-soalan yang berhubungkait dengan dokumen-dokumen yang diekstrak melalui laptop dan cpunya, TBH tidak dapat memberi penjelasan jitu.

Perasaan bersalah bermain-main di kepala TBH selama proses soal jawab maupun dalam rakaman percakapan.

Sementara itu, Tan Boon Hwa yang juga dikatakan sebagai saksi dalam tuntutan palsu ini, telah selesai soaljawab dengan pegawai sprm pada kira-kira 1.30 pagi 16 Julai. Walaupun, telah selesai, Tan Boon Hwa enggan pulang, kerana khuatir akan pembocoran maklumat yang akan dilakukan oleh TBH. Kerana itu, apabila Tan Boon Hwa bertembung TBH dalam tandas pejabat sprm pada kira-kira jam 2 pagi, telah terjadi pertengkaran, kerana TBH ada kemungkinan berkata kepada Tan Boon Wah, bahawa rahsia semua terbongkar, dan kemungkinan akan membabitkan Tan Boon Wah sendiri.

Mungkin juga dalam pertembungan antara TBH dan Tan Boon Wah, Tan telah memberitahu TBH, bahawa TBH terpaksa tanggung sendiri kerja-kerja penipuan tersebut dan jangan sesekali melibatkan YB Ean Yong. Akan tetapi kemungkinan TBH ada memberi tahu, bahawa mendiang terpaksa membongkar seluruh rahsia, samada yang melibatkan YB Ean Yong maupun Tan Boon Wah sendiri.

Sementara TBH menyambung rakaman percakapannya, Tan Boon Wah telah berhubung dengan YB Ean Yong, dan ada kemungkinan Tan Boon Wah ada menerima ARAHAN sulit, yang mungkin menyebabkan kematian Teoh Beng Hock.

Jangan lupa bahawa pada 12.52 pagi ada 2 orang cina yang tidak diketahui siapa, telah masuk ke dalam bangunan sprm, ada kemungkinan berjumpa Tan Boon Wah, kerana itu lah Tan Boon Wah enggan pulang, walaupun mendapat tawaran daripada pegawai sprm, bahawa pegawai tersebut sanggup menghantarnya pulang ke Kajang, akan tetapi Tan Boon Wah tetap enggan pulang, muslihat apa kah sehingga Tan Boon Wah beria-ia sangat untuk tinggal di ruangan pejabat sprm?

Teoh Beng Hock telah siap merakamkan percakapannya pada kira-kira 3.45 pagi 16 Julai, namun tidak terus pulang, akan tetapi minta berehat sebentar. TBH berbaring di sofa pejabat sprm dan telah tidur-tidur ayam di situ. Pada kira-kira 5-5.30 TBH kelihatan begitu gelisah dan mundar mandir, akan tetapi antara jam-jam tersebut sehingga 7.15 pagi 16 julai, tiada sesiapa yang tahu, apa yang diperbuat oleh TBH. Orang yang pasti tahu apa yang terjadi pada TBH pada jam-jam tersebut adalah Tan Boon Wah sendiri, kerana Tan Boon Wah pernah mengaku, bahwa beliau nampak TBH di pantry pada jam 6.10 pagi 16 julai.

Ada kemungkin kah bahawa pada jam-jam tersebut, Tan Boon Wah ditemani oleh 2 orang yang dikenali TBH, mendekati TBH dan mengajaknya ke tingkap, di mana TBH terjun bunuh diri. Jika teori ini betul, maka untuk merungkai kematian mendiang TBH, Tan Boon Wah lebih tahu. Seharusnya melalui inkues ini, Tan Boon Wah perlu ditanya, kerana Tan Boon Wah difikirkan tahu akan kematian TBH.

Kematian Teoh Beng Hock mungkin Tan Boon Hwa tahu

Inkeus hari pertama seorang pegawai keselamatan ada memberitahu, bahawa pada 12.52 pagi 16 Julai ada seorang pegawai SPRM bersama 2 orang cina yang tidak dikenali telah masuk bangunan SPRM. Siapakah 2 orang itu? Apakah Tan Boon Hwa kenal mereka atau individu tertentu yang dipanggil Tan Boon Hwa untuk membawa dokumen-dokumen penting yang ingin diserahkan kepada SPRM?

Tan Boon Hwa telah selesai sesi pertama soal jawab pada 1.30 pagi 16 Julai, kemudian Boon Hwa tidak mahu pulang, walapun dibenarkan pulang. Antara pukul 3.45 pagi hingga 10.59 pagi 16 Julai, apa yang Tan Boon Hwa lakukan dalam pejabat SPRM tersebut. Sebagai catitan mendiang Teoh Beng Hock dipercayaai mati antara 7.15 pagi ke 11 pagi 16Julai, berasaskan keterangan pakar pathologi Dr Prashant Samberkar.

Penumpuhan siasatan ini seharusnya kepada Tan Boon Hwa dan 2 orang lelaki cina yang masuk pada 12.52 pagi 16 Julai lalu. Seorang pegawai sprm menyaksikan bahawa terjadi pertengkaran antara Tan Boon Hwa dan TBH pada pukul 2 pagi 16 julai di tandas lelaki bangunan sprm.

Cahaya menyingkap penyebabkan TBH jatuh dari tingkap T-14 pejabat SPRM ada pada DNA yang dijumpai pada sebelah luar jaket dan tali pinggang TBH. Proses merungkai DNA ini, boleh dikorek melalui Tan Boon Hwa, kerana asasnya adalah Tan Boon Hwa berada dalam bangunan SPRM tanpa tujuan jelas saat mana TBH dipercayaai mati akibat jatuh.

Perjuangan Lim Guan Eng untuk kaum cina di Kedah berjaya dengan perlantikan Lim Soo Nee mengantikan Mohd Radzi Salleh

Datuk Azizian Abu Bakar menteri besar kedah mengatakan bahwa sultan Kedah telah memperkenan perlantikan ADUN Kulim Lim Soo Nee untuk menggantikan Adun Lunas Mohd Radzi Salleh yang mengistiharkan dirinya sebagai DUN Bebas diambang pengundian di PRK Pematang Pasir.

Pengantian Mohd Radzi Sallleh sebagai Exco kaum melayu dengan exco kaum cina merupakan kejayaan kerajaan Pakatan membawa imej Malaysia seperti yang diinginkan oleh Setiausaha Agong Dap Lim Guan Eng.

Mohd Radzi Salleh terpaksa mengistiharkan dirinya sebagai DUN bebas, kerana beliau tidak tahan lagi dengan kerja cabar mencabar antara exco Pakatan di bawah pentadbiran Datuk Azizian Abu Bakar. Keluarnya Mohd Radzi daripada Pakatan, seperti mengatuk di sorongkan bantal bagi Lim Soo Nee, kerana sebelumnya YB ini sangat bercita-cita menjadi exco.

Ini lah perjungan sebenar Pakatan, kalau boleh exco di setiap negeri di seimbangkan jumlahnya antara kaum melayu, cina dan india, tanpa mengira komposisi kaum itu sendiri.

Wednesday, August 26, 2009

Faktor-faktor penyebab Teoh Beng Hock bunuh diri

Terbongkarnya rahsia penipuan yang dilakukan oleh TBH, sudah tentunya berkerjasama dengan beberapa syarikat dummy, dimana Tan Boon Hwa, Lee Wye Wing dan YB Ean Yong Hin Wah tahu tentang penipuan ini.

Teoh Beng Hock tahu benar bahawa penipuan yang dijalankan sejak mac 2008 hingga julai 2009, pasti akan terbongkar, dengan disitanya laptop dan cpunya oleh sprm. Kegelisahan dan tertekannya TBH telah terserlah bermula dari perjalanan dari pejabat ke Plaza Masalam di mana pejabat sprm terletak. Reaksi TBH ini digambarkan oleh pegawai sprm yang ditugaskan membawa TBH ke pejabat sprm bersama laptop dan cpunya pada 15 julai 2009.

Pegawai yang ditugaskan membawa TBH, laptop dan cpu milik TBH, Mohd Azar Abang menteri memberitahu inkues, bahawa TBH sangat tidak tenang, baik semasa perjalanan ke pejabat sprm maupun di pejabat sprm. Mohd Azhar, nampak TBH selalu menggunakan telepon bimbitnya memanggil seseorang berbangsa cina.

Gelagat TBH yang gelisah tersebut dapat dirasakan oleh Mohd Azar, sehingga pukul 10 malam 15 julai. Keadaan ini juga di gambarkan oleh pengawai penyiasat Mohd Anuar Ismail(MAI) semasa beliau menjalankan soal jawab, terlalu nampak sangat kegelisahan TBH. Semasa sesi soal jawab tersebut, MAI memberitahu inkues, bahawa maklumat tuntutan yang dijumpai dalam laptop dan cpu TBH, kebanyakkanya TBH tidak dapat memberi penjelasan.

Pegawai sprm yang diberi tugas untuk merakam percakapan TBH MOhd Nadzri Ibrahim, juga mengatakan bahawa selama perakaman percakapan TBH, TBH tidak tenang dan merasa sangat tertekan.

Sebelum rakaman percakapan TBH selesai dibuat, seorang pegawai sprm yang bernama bulkani paharudin ada menyaksikan bahawa pada kira-kira pukul 2 pagi 16 julai, TBH bergaduh dengan Tan Boon Hwa di tandas lelaki di pejabat sprm. (Tan Boon Hwa,walaupun sesi rakaman percakapannya telah siap pada 1.30 pagi, tetapi enggan pulang, dan mahu tinggal dalam pejabat sprm).

Rakaman percakapan TBH telah selesai dibuat pada kira-kira 3.45 pagi 16 julai, namun TBH tidak terus pulang, akan tetapi berehat di sofa pejabat sprm. TBH tidur-tidur ayam di sofa tersebut, sehingga pukul 5-5.30 pagi, TBH kelihatan mundar mandir di ruangan pejabat sprm.

Mohd Anuar Ismail, sebagai pegawai penyiasat kes ini, tidak dapat mengetahui apa yang diperbuat oleh TBH, kerana pegawai ini tidur sehingga 8.30 pagi 16 julai, 2009.

Antara pukul 5-5.30 pagi hingga 7.15 pagi 16 julai, ada kemungkin kah Tan Boon Hwa untuk kali kedua membuat provikasi kepada TBH? Mungkin dalam provikasi tersebut, Tan Boon Hwa ada memberi tahu, bahawa jangan babit kan sesiapa terutama YB Ean Yong Hin Wah, dan sebaliknya terpaksa tanggung sendiri, membuatkan TBH tambah tertekan lagi. Ada kemungkin kah pada jam-jam tersebut selain TBH, Tan Booh Hwa, ada lagi 2 orang asing yang TBH kenal,kerana itu, dr Khairul Azman Ibrahim sebelum ini ada memberi tahu inkues, bahawa tiada tanda-tanda pergelutan pada badan TBH semasa postmortem dijalankan.

Ada kemungkin kah pada jam-jam tersebut TBH mengancam untuk terjun, kerana desakan Tan Boon Hwa dan 2 orang asing tersebut? TBH dalam keadaan tertekan, duduk di tingkap T-14 di mana TBH terjun. Semasa duduk tersebut, TBH ditolak oleh seseorang, dan seorang lagi coba menyelematkannya dengan cara memegang tali pinggang dan rantai jam tangannya? Namun kerana berat badan TBH yang dikatakan 70 kg, tali pinggang dan rantai jam tidak mampu menampung beban tersebut.

Pada masa ditolak tersebut seluar TBH tersangkut dan terkoyak seperti dipotong. Berasaskan kepada teori ini, ada 2 kemungkinan apa yang terjadi, pertama TBH di tolak dan coba diselamatkan, kedua memang terjun dengan sukarela dan coba diselamatkan. Apa kah teori ini dapat dirungkai melalui inkues ini? sama-sama kita tunggu perjalanan inkues ini esok, dengan mendengar saksi ke-17 Mohd Azhar Abang menteri.

Tuntutan Palsu Punca Teoh Beng Hock Bunuh Diri

Tuntutan palsu yang dijumpai melalui laptop dan CPU TBH merupakan puncaTBH bunuh diri. Pegawai penyiasat sprm Mohd Anuar Ismail memberitahu inkues semasa memberi jawapan kepada soalan yang dikemukan oleh peguam Sprm Datuk Abdul Razak Musa semalam, bahawa TBH sangat gelisah, tidak tenang dan sering mundar mandir sambil membibit beg sandangnya serta telepon bimbitnya. Pada suatu ketika TBH kelihatan menelepon seseorang dan bercakap dalam bahasa cina, menambah lagi sifat kegelisahan TBH.

TBH adalah orang yang bertanggungjawab menyediakan tuntutan dan mengesahkan tuntutan peruntukan untuk Ean Yong Hin Wah, yakni sebanyak 500 ribu ringgit setahun. Dalam rakaman percakapan antara Mohd Razdi pegawai sprm yang ditugas merakam percakapan TBH, TBH tidak dapat memberikan jawapan terhadap tuntutan-tuntuan yang dijumpai dalam laptop maupun CPUnya.

Mungkinkah kerana tuntutan-tuntutan palsu yang dilakukan oleh TBH telah membuatnya begitu runsing, sehingga perkara tersebut menghantuinya? Kebenaran ini tentu ada, kerana selepas sahaja TBH selesai merakam percakapan pada 3.30 pagi 16 Julai, sebenarnya TBH dibenarkan pulang, akan tetapi TBH enggan pulang, akan tetapi terus berdiam di dalam bangunan sprm dan lepak di sofa. Atas kegelisahannya tersebut, maka seseoarang nampak TBH mundar mandir pada jam 5-5.30 pagi, dan seterusnya Tan Boon Hwa ternampak TBH pada 6.10 pagi sedang berada di pantry.

Mungkinkah Tan Boon Hwa ada bercakap dengan TBH semasa di pantry berkaitan dengan rakaman percakapan yang diberikan TBH? Jika percakapan terjadi, maka kegelisahan dan kerusingan TBH bertambah berkecamuk, sehingga TBH hilang pertimbangan, lalu terjun melalui tingkap di T-14 Plaza Masalam, di mana pejabat sprm terletak.

Kemungkinan TBH bunuh diri telah dijelaskan oleh dua pakar pathologi yang telah memberi keterangan sebelum ini, yakni Dr Khairul dan Dr Prashant. Kedua-dua pakar ini mengakui, bahawa TBH masih sedar ketika sampai ke impak di luar T-5 Plaza Masalam.

Selain itu, Dr Kharul juga ada mengatakan, bahawa TBH sangat suka kepada kerjanya, kerana itu, apabila celah dan pekong terbongkar, maka TBH tersangat gelisah dan putus harapan. Faktor putus harapan ini lah membuatkan TBH memilih bunuh diri. Apa kah teori ini dapat terungkai melalui inkues kematian TBH, sama-sama kita tunggu kelibat para peguam, baik yang mewakili kerajaan, sprm maupun peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock Gobind Singh Deo.

Pakatan siap sedia ambil kerajaan persekutuan: Mahfuz Omar

Naib presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menzahirkan bahawa Pakatan bersiap sedia mengambil kerajaan persekutuan, jika pilihanraya umum diadakan. Bercakap setelah mengetahui bahawa Pakatan berjaya mempertahankan Permatang Pasir di mana calon Pakatan Salleh Man berjaya mengalahkan Rohaizat Othman, yang dikatakan calon bermasalah.

Memontem kemenangan pakatan ini terserlah, apabila 7 PRK di Semenanjung kesemuanya dimenangi oleh Pakatan.

Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyangkal, bahawa Pakatan adalah pakatan yang rapuh, sebaliknya LGE berkata, bahawa kemenangan calon Pakatan menunjukan imej Malaysia sebenar dibanding imej BN yang berpaksi kepada imej perkauman yang sempit.

Apakah pengakuan kedua-dua pemimpin pakatan ini untuk sementara mempunyai kebenaran? akan tetapi berasaskan kepada fakta keputusan pilihanraya, pengakuan kedua-dua pemimpinan Pakatan ini mempunyai kebenaran.

Apa kah rakyat akan menyokong kebenaran ini? kemungkinan itu ada, kerana berasaskan memontem, sokongan kepada pakatan senantiasa di atas angin di banding Bn.

Mampukan Bn mempertahankan kerajaan persekutuan? atau kah Ds Najib merupakan PM terakhir Bn? sama-sama kita tunggu Pru atau Prk yang akan datang.

Tuesday, August 25, 2009

Teoh beng Hock memang terjun bunuh diri?

Rakaman percakapan yang diberikan mendiang Teoh Beng Hock kepada sprm yang membabitkan bosnya Ean Yong Hian Wah membuatkan TBH gelisah. Maklumat yang diperoleh melalui laptop TBH yang membabitkan 4 sebut harga dan tuntutan Ean Yong Hin Wah yang sepatutnya dilindungi oleh TBH terpaksa terbongkar, kerana hasil sisatan sprm.

Kenapa kah TBH gelisah dengan rakaman percakapan tersebut? Kegelisahan TBH ini terpancar apabila dia kelihatan mundar mandir di pejabat sprm antara jam 5-5.30 16 julai yang lalu.

Sebelum ini dr khairulAzman Ibrahim ada memberitahu inkues, bahawa TBH adalah seseorang yang sukakan kerja yang perfect, jika ada kesilapan yang berlaku, TBH akan merasa tidak puas hati dan tertekan.

Ada kemungkinan kah, dengan terbongkarnya maklumat melalui laptopnya, maka TBH merasa sangat runcing, sehingga membuatkan fikirannya buntu dan kehilangan pertimbangan.

Kehilangan pertimbangan ini membuatkan TBH membuat keputusan terjun bunuh diri melalui tingkap T-14 Plaza Masalam Shah Alam di mana terletak pejabat Sprm. Jika sekira demikian, maka proses inkues ini yang sebelumnya digembar gemburkan oleh pihak Pakatan, bahawa sprm terlibat membunuh TBH akan terungkai melalui inkues ini, bahawa TBH memang terjun bunuh diri.

Tindakan TBH bunuh diri adalah bertujuan agar semua maklumat yang diketahui diharapkan akan lenyap dengan sendirinya ekoran saksi yang mengetahui maklumat tersebut telah tiada. Kemungkinan besar ini lah yang bermain-main di kepala TBH sebelum membuat keputusan terjun. Akan terbukti kah teori ini melalui inkues ini? kemungkinan itu ada kerana, sebelum inkues diberitahu bahawa, semasa TBH sampai ke impak di tingkat 5 Plaza Masalam, TBH masih sedar, berasaskan temuan pakar pathologi.

Walau bagaimanpun, sama-sama kita tunggu keputusan inkues ini.

Inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock: Statement kepada Sprm Merungkai Emosinya

Peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock Gobind Singh Deo membantah dikemukakan statemnet TBH yang diberikannya kepada sprm untuk merungkai peringkat emosinya sebelum mati bunuh diri.
.
Akan tetapi peguam pemerhati bar council Rajpal Singh menghendaki agar semua statement yang diberikan oleh TBH melalui pegawai-pegawi lain hendaklah juga dikemukakan, jangan berasaskan kepada satu statement sahaja seperti cadangan Datuk Abdul Razak Musa peguam sprm.
.
Boleh kah merungkai state of mind seseorang melalui statement yang dibuat? kaedah apa yang boleh diguna pakai? kerana statement selalunya ditulis dan dikarang sendiri oleh pegawai penyiasat yang ditugaskan mencatit keterangan/statement, sedang si orang kena tuduh (okt) atau saksi biasanya hanya membaca cacitan-catitan dan kalau setuju, maka tanda tangan.
.
Inkeus kematian TBH akan disambung esok dengan kehadiran bos TBH Ean Yong Hian Wah.

Inkues kematian Teoh Beng Hock: Corak siastan banyak Loop Hole??

Bukan amalan Sprm membenarkan orang lain untuk bermalam di bangunan sprm. Tetapi pada pagi 16 julai ada beberapa orang yang bukan pegawai sprm termasuk TBH bermalam di bangunan sprm, akan tetapi pegawai yang bertugas , kerjanya hanya tidur sahaja.


Kemudian setelah mayat mendiang dijumpai, pegawai penyiasat sprm tidak segera membuat laporan polis, sedangkan yang mati adalah saksi utama mereka, dan juga seseorang yang masih dalam bangunan sprm.
.
Dr Khairul Azman Ibrahim memberitahu inkues lalu, bahawa berasaskan maklumat daripada keluarga TBH, Teoh sebelum mati tidak ada masalah psiokologi. Oleh sebab, tiada masalah itu, maka kemungkinan terjun bunuh diri, bukan merupakan punca TBH terjatuh di T-14 Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai yang lalu.
.
Menurut versi polis, mayat TBH dijumpai kira-kira 1.30 petang pada 16 julai, kemudian mayatnya tiba di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang kira-kira 21.45 hours tarikh yang sama.
.
Kerja-kerja postmortem dijalankan oleh 2 orang doktor pakar, termasuklah Dr Khairul Azman Ibrahim (51). Melalui postmortem tersebut, didapati bahawa kematian TBH disebabkan 22 kecederaan akibat impak terjatuh dari tempat tinggi.
.
Dalam inkues hari ke-9 , Dr Khairul ada memberitahu, bahawa beliau diberitahu bahawa pada kira-kira jam 5- 5.30 pagi 16 Julai, TBH didapati mundar mandir di ruang pejabat SPRM di T-14. Apakah dalam masa ini, ada 2 orang lelaki muncul, lalu mencampak TBH ke luar tingkap T-14 dengan cara memegang jaket dan talipinggang mangsa. Dalam masa yang sama, seluar TBH tersangkut. Oleh kerana beban berat badan TBH, seluar mendiang terkoyak, lalu jatuh di luar T-5 Plaza Masalam, Shah Alam.
.
Mohd Anuar Ismail pegawai penyiasat SPRM tidak dapat mengsahkan apa-apa kerana tugasnya hanya tidur sehingga 8.30 pagi.
.
Teori ini perlu dirungkai melalui inkues kematian TBH ini.

Monday, August 24, 2009

Pukul 5 pagi ke 7.15 pagi 16 Julai masa kritikal merungkai kematian mendiang Teoh Beng Hock

Pegawai penyiasat Sprm Mohd Anuar mengesahkan, bahawa Teoh Beng Hock adalah saksi Sprm. Sebagai saksi adalah wajar, TBH diberi perlindungan yang sewajarnya. Akan tetapi TBH selepas sahaja disoal siasat, perlindungan terhadapnya tidak diberikan.Malah selepas disoal dibiarkan lepak di sofa.
.
Mohd Anuar malah tidur di Surau sehingga pukul 5 pagi dan meneruskan tidurnya di ruang tamu sehingga 8.30 pagi. I/O ini malah sempat melihat beg TBH terletak di sofa di mana TBH dikatakan berbaring pada pukul 9 pagi 16 julai. I/O ini dikatakan telah masuk pejabat pada 8.22 pagi 15 julai dan berada di situ sehingga 18 julai.
.
Pegawai penyiasat ini tidak mengambil tindakan previntif, kerana beliau tahu benar bahawa di pejabat sprm ada 4 orang tetamu asing, yakni Tan Boon Hwa dan Lee Wye wing berserta 2 orang lelaki cina yang masuk bersama Mohd Asraf pada 12.52 pagi 16 Julai.
.
Pada pukul 5pagi hingga 5.30 pagi ada yang ternampak TBH begitu gelisah dan mundar mandir di ruangan pejabat Sprm. Sementara itu Tan Boon Hwa juga mengaku melihat TBH di bahagian pantry pada 6.10 pagi.
.
Antara pukul 5 pagi hingga 7.15 pagi 16 julai adalah masa-masa kritikal mengetahui gelagat TBH, kerana pada masa itulah, kemungkin TBH bermasalah, kerana Dr Prashant memberi tahu, bahawa pada jam-jam itulah kemungkinan TBH mati.
.
Satu persoalan yang perlu dicari adalah, Mohd Anuar adalah seorang perokok, malangnya pada masa-masa itu, beliau tidak ke tingkap yang dipertikaikan untuk merokok, di manakah tempat Mohd Anuar merokok kali ini? Apa kah, memang ada satu muslihat, bahawa ada orang-orang tertentu berada di tingkap tersebut, sehingga Mohd anuar segan ke situ?
.
Antara pukul 5 pagi hingga 7.15 pagi 16 julai, dimanakah Tan Boon Hwa berada? kemudian 2 orang asing yang tidak diketahui itu berada dimana? Untuk merungkai kematian TBH ini, penumpuhan pada masa-masa ini sangat penting, kerana di temukannya 2 DNA asing satu di jaket dan tali pinggang TBH.
.
Dalam inkues ini juga, timbalan pengarah sprm di mana namanya disebut dalam surat misteri, perlu disiasat, kerana pegawai kanan ini masih berada dalam bangunan sprm pada masa-masa tersebut, kerana beliau dipercayai keluar pada 6.26 pagi 16 julai.

Teoh Beng Hock: Bunuh diri atau terbunuh

Teoh Beng Hock adalah seseorang yang sangat suka akan kerja dan tugasannya. Kerana itu satu kesilapan atas kerja atau tugas yang diberikan kepadanya sangat menganggu pemikiran dan emosinya. Keseimpulan ini diperolehi oleh Dr Kahirul Azman Ibrahim semasa menemubual keluarga TBH termasuk tunangnya.

Semasa temubual tersebut, Dr Khairul dapat menyimpulkan bahawa tiada tanda-tanda bahawa TBH ada kecenderungan membunuh diri, walaupun teorinya tersebut tidak mencukupi untuk membuat suatu kesimpulan muktamad.
.
TBH telah diambil keterangannya oleh pihak SPRM antara 3-3.30 pagi 16 Julai lalu, dan lepas itu dibenarkan pulang. Namun TBH tidak terus pulang sebaliknya berbaring atas sofa di ruangan pejabat SPRM. Antara 5-5.30 pagi 16 Julai, ada seseorang yang nampak TBH sangat gelisah dan mundar mandir dalam ruangan pejabat SPRM.
.
Ada hubungan kah kematian TBH ini dengan ganguan emosinya, kerana tugas dan kerjanya telah terencat, akibat siasatan SPRM, kerana itu tidak berapa lama setelah selesai memberikan keterangan kepada SPRM, TBH begitu gelisah. Kegelisahan tersebut, ditunjukan oleh tingkah lakunya yang mundar mandir. Kegelisahan TBH bertambah mempuncak lagi, apabila ada seseorang yang dia kenali menyalahkannya kerana berkerjasama dengan SPRM dan sanggup pula jadi saksi utama. Akibat buntuh fikiran ini, maka TBH tanpa terfikir apa-apa lagi, lalu terjun dan mati.
.
Apa kah teori ini akan terbukti melalui inkues TBH yang akan masuk hari ke-12 hari ini, sama-sama kita tunggu.

Sunday, August 23, 2009

Kedah jadi Perak Ke-II: Kerajaan Kedah tunggu masa Jatuh!

Adun Lunas keluar PKR, dan menyokong kepimpinan DS Najib. Adun ini secara otomatik keluar pakatan. Dengan keluarnya ADUn Lunas ini, ini bermakna kedudukan Pakatan-BN adalah 20:16; 2 ADUN Pakatan kelaur, kedudukan akan seimbang.
.
Ada kemungkinan kah Kedah jadi Perak ke-II? Jika trend sekarang dianalisis,kemungkian itu ada. Kerajaan Kedah akan jatuh bila-bila masa.
.
Rakyat merasa tertipu dengan janji Pakatan pada PRU-12 dan melalui janji-janji mereka melalui PRK. Rakyat telah bosan dengan janji, janji Pakatan adalah janji palsu. Kerana dasar janji palsu ini, ADUn mereka tidak mahu termasuk golongan penipu, kerana itu sebelum tamat tempoh, mereka keluar kerajaan yang hanya tahu menabur janji, tetapi tindakan tiada.
.
Pada PRU-12 berbagai janji Pakatan, tiada yang tertunaikan, malah di Selangor, wang zakat hendak dikebas.Kalau bukan batahan Sultan Selangor, adalah pasti wang zakat untuk penduduk islam itu akan disebat.
.
Jadi menegak kan syiar islam,habuk pun tak ada, malah islam terus dihina oleh parti yang bergabung dalam pakatan. Dap menghina Islam, bukan mendapat pembelaan dari Nik Aziz, malah mendapat sokongan. Nik Aziz kata, Dap boleh hina islam, kerana Dap itu bukan islam. Sama lah isreal boleh bunuh rakyat palestin, kerana isreal itu bukan islam, tetapi yahudi.
.
Keluarnya Adun Lunas, dipastikan kerajaan pakatan akan menuduh angkara UBN, tetapi mereka lupa, adun ini merupakan exco kerajaan, bukan calang-calang wakil rakyat. Disebabkan,kerajaan tidak dapat berbuat apa memajukan negeri, maka sebelum terlambat dan terus merasa menipu rakyat, adalah lebih terhormat keluar, dan sokong kerajaan UBN, kerana UBN mempunyai misi yang telus dalam membangun rakyat dan negara.
.
Sampai bila kah kerajaan Kedah boleh bertahan,kita tunggu dalam tempoh masa terdekat, bergantilah kerajaan itu.

Siasatan Surat Misteri Kematian Teoh Beng Hock: Apa perkembangannya?

Telah 4 hari berlalu, sejak munculnya surat misteri bertarikh 5 Ogos, yang melibatkan mantan Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo bersama timbalan pengarah SPRM Selangor terhadap perjalanan inkues kematian mendiang TBH.
.
Hari inkues ke-11, Koronor telah mengarahkan agar pihak polis menjalankan siastan terhadap kebenaran isi kandungan surat misteri tersebut.
.
Sebelumpun pihak polis menjalankan siastan terhadap dr Khir Toyo, Mantan MB Selangor itu telah pun menafikannya melalui blognya, bahawa kandungan surat misteri tersebut adalah tomahan dan palsu.
.
Walaupun dr Khir telah menafikan, dan pada masa ini dr Khir berada di Makkah, kerana umrah, apakah arahan koronor Azmil Mutphana Abas agar siasatan terhadap surat tersebut kepada pihak polis, belum dapat dijalankan. Jika siasatan ini belum complete, apakah surat misteri boleh digunapakai sebagai bahan pada inkues TBH yang akan di Sambung esok? Kalau surat ini tidak dapat digunakan, apa kah berbaloi untuk menyiasatnya, kerana menyiasat kandungan surat ini tentunya memerlukan masa.

Parti PKR dalam runcing: Pemimpin keluar kerana hilang keyakinan

Apa kah ini yang dikatakan reka menanti pecah. Para pemimpin PKR satu per satu keluar parti kerana dikatakan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.
.
Adun Lunas Mohd Radli Salleh keluar PKR dan mengistiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas. Sementara itu Ketua Bahagian PKR Pedang Serai Jamaludin Abu Hassan mengistiharkan keluar PKR dan seterusnya membubarkan bahagian tersebut.

Tidak dapat dipastikan penyebab apa kedua-dua pemimpin PKR ini keluar parti, kerana telah ,menjadi kebiasan para pemimpin parti itu, apabila ada pilihanraya kecil, ada sahaja yang berlakon sebagai pemberontak, akan tetapi semua itu adalah sandiwara, apabila PRK akan melabuhkan tirainya, mereka akan bersatu semula.
.
Ada kemungkinan kali ini benar-benar berlaku, kerana para pemimpin ini telah yakin benar bahawa puncuk pemimpin PKR bermasalah. Jika demikian halnya, ada lagi kah pemimpin PKR akan ikut jejak, sama-sama kita tunggu pekekembangannya.
.
Akan tetapi Permainan Pakatan ini, telah berulang kali berlaku, sedikit masa dulu, DAP mengistiharkan dirinya Adun bebas, berberapa hari kemudian, tarik balik, kerana kerajaan PAS Kedah Patuh kepada demand Dap! kerana itu, bagi pengamat politik PKR atau Pakatan, jangan mudah terperangkap! terlalu banyak keganjilan mudah berlaku.

Saturday, August 22, 2009

Kematian Teoh Beng Hock: Apa kaitan dengan Khir Toyo?

Fitnah kata Khir Toyo. SPRM Putrajaya yang menyiasat saya mengenai Banglo, bukan Timblan pengarah SPRM Selangor. Lagi pun apa keuntungan saya berkonspirasi dengan TP tersebut. Bagi Khir Toyo, beliau lebih suka kerajaan Pakatan terus bertahan sehingga Pru-13, agar supaya rakyat dapat memberi perbandingan. Mana kah yang lebih baik kerajaan BN ke Pakatan.
.
"Menjatuhkan kerajaan dengan cara seperti dalam surat misteri tersebut adalah kerja bodoh dan sia-sia serta buang masa, kerana proses mengenai nya cukup panjang boleh makan masa 3-4 tahun, jadi tuduhan bahawa saya berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan adalah fitnah dan bohong." Khir Toyo.
.
Menyiasat salah guna penggunaan wang kerajaan yang dipercayaai ada kaitan dengan beberapa orang exco-Dap kerajaan Pakatan Selangor, menjadikan Khir Toyo jadi sasaran, kerana sebagai ketua Pembangkang DUN Selangor, adalah wajar bagi Pakatan menuduhnya, kerana bagi anggapan kerajaan Pakatan, SPRM tidak akan membuat kerja-kerja sisatan tanpa pengaruh Khir Toyo. Ini lah maksud tersirat surat misteri yang diterima oleh Gobind Singh Deo pada 18 Ogos Lalu.
.
Namun Khir telah menafikan seluruh kandungan surat misteri tersebut dan beliau akan membuat laporan polis mengenainya.

Friday, August 21, 2009

Misteri kematian Teoh Beng Hock: Apakah kerana berkerjasama dengan SPRM?

Setelah 11 hari inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock, surat misteri yang mengaitkan mantan MB Selangor dan Timbalan Pengarah SPRM Selangor timbul. Apakah si penulis surat berfikir agak panjang, baru tersedar bahawa adalah lebih baik baginya menulis surat tersebut. Atau kah ada konspirasi tertentu mengaitkan mantan MB Selangor itu dengan Timbalan Pengarah SPRM tersebut agar kesepakatan mereka terbongkar, seperti mana kandungan surat bertarikh 5 Ogos tersebut.
.
Jika benarlah kandungan surat tersebut, apa kah kerana itu TBH dibunuh kerana bersengkokol dengan musuh kerajaan pakatan.Menghapuskan TBH di dunia ini, boleh membebaskan para pelaku salahguna kewangan kerajaan yang disiasat oleh SPRM. TBH adalah saksi utama SPRM dalam kes salah guna tersebut, kerana itu TBH dianggap telah berpaling tadah? dan patut mati? Tafsiran seumpama ini lah yang patut dicari dalam inkues mendiang TBH ini.

Mendiang Teoh Beng Hock: Surat misteri berisi tuduhan palsu

Jika sekiranya surat tersebut dibuat oleh pegawai SPRM, kenapa menggunakan perkataan "dipercayai" contohnya kad perakam waktu Timbalan Pengarah yang dimaksudkan, penulis tersebut menggunakan perkataan "dipercayai" ini bermakna, penulis tersebut bukan pegawai SPRM, kerana jika penulis adalah pegawai SPRM penulis tidak perlu tulis "dipercayai" untuk melihat kad perakam waktu TP yang dimaksudkan.

Bagi hemat saya surat ini dibuat semata-mata mencari kambing hitam dalam kes kematian TBH ini. Jika sekiranya isi tulisan ini betul, tidak perlu lah menunggu sehingga 5 Ogos untuk menulis, dan lebih 10 hari untuk menunggu menyerahkan secara misteri kepada Gobind Singh Deo, sedangkan perjalanan inkues telah masuk hari ke-11 dan faktor-faktor yang menyelebungi misteri kematian TBH hampir terungkai.

Surat misteri ini, dirasakan hanya mahu melencongkan perjalanan inkues ini kepada faktor-faktor hear say.

Melibatkan Khir Toyo memang kerja politik, melibatkan TP yang berkaitan bermotifkan dendam, kerana jika dianalisis kandungan surat tersebut, TP ini adalah punca membongkar kerja-kerja penyelewengan exco pakatan di Selangor.

Jawatan setinggi TP, kalau bukan tugasnya mengarah, coba sebutkan apa lagi yang beliau boleh buat? pegawai-pegawai bawahan mesti menerima arahan daripada atasan, jika tidak dari mana pula menerima arahan?.

Tidak salah mempertimbangkan untuk membuat siastan terhadap surat misteri ini, tetapi yang penting jangan terlalu prejudice.

TP yang dimaksudkan perlu memberikan DNA untuk merungkai kemelut kematian TBH ini, bagi Khir Toyo secepatnya membuat laporan polis.

Thursday, August 20, 2009

Datuk Khir Toyo: Ada kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock?

Surat misteri 5 helai yang dikatakan berlambang SPRM di taip dalam bahasa Malaysia serta tidak bertanda tangan bertarikh 5 Ogos, 09 dikatakan memuatkan satu konspirasi antara Khir Toyo dengan pegawai kanan SPRM dalam kes Teoh Beng Hock.

Terlalu mudah membuat tuduhan, terlalu mudah percaya, sehinggakan surat seperti itu pun boleh diyakini ada kebenarannya. Mungkin satu ketika lagi, surat-surat seperti itu akan menjelma. Perlu diingat, bahawa surat-surat seperti ini hanya bertujuan melencongkan proses inkues kematian mendiang TBH.

Sepatutnya, pihak Koroner, perlu menumpukan perjalanan inkues ini kepada orang-orang tertentu yang dipercayaai berada dalam bangunan SPRM, ketika mana TBH dipercayaai terjatuh lalu mati.

Individu-individu yang berasaskan hear say, perlu diketepikan dahulu, rungkai dahulu apa yang sebenarnya terjadi antara pukul 3.45 pagi hingga 10.59 pagi 16 Julai, 09. Tumpukan kepada individu-individu yang dipercayai terlibat langsung dengan proses soal siasat hinggalah dijumpainya mayat TBH.

Melencongkan perjalanan inkues ini kepada surat-surat layang yang belum tentu kebenarannya hanya memperlambat proses inkues ini.

Jika sekiranya ada kebenaran surat misteri tersebut, kenapa tidak langsung dialamatkan kepada Koronor?

Surat Misteri kematian Teoh Beng Hock: Pegawai SPRM terlibat?

Siaran harakah daily net, mengatakan bahawa kandungan surat misteri yang diterima oleh peguam pemerhati keluarga TBH 18 Julai yang bertarikh 5 Ogos tersebut, ada tercantum bahawa pegawai kanan SPRM terlibat. Bagaimana kah isi kandungan surat tersebut boleh diketahui, sedangkan koronor inkues telah mengarahkan agar kandungan surat tersebut jangan disebar luaskan agar siasatan mengenainya tidak terganggu.

Sekiranya laporan tersebut benar, apakah analisis DNA 81 pegawai SPRM Selangor yang telah dikemukakan kepada inkues kematian TBH, tiada satu orangpun yang sepadan dengan DNA yang terdapat pada luar jaket dan tali pinggang TBH.

Apa kah laporan tersebut hanya merupakan provokasi? agar pegawai kanan SPRM tersebut dalam keadaan serba salah? ataupun bersifat andaian, kerana menyamakan dengan kes penumbukan Anwar Ibrahim oleh mantan ketua polis negara pada tahun 1998. Sama-sama kita tunggu seluruh kebenaran melalui inkues selanjutnya yang akan disambung pada pulul 2 Isnin depan.

Mana Yang Bahaya Nik Aziz ke Jeff Ooi?

Tulisan-tulisan melalui blog dan media aliran perdana mengenai DAP sebagai parti anti-Islam sedikit sebanyak membuka mata rakyat tentang parti yang di agungkan oleh Nik Aziz itu.

Polis sebagai alat mententeramkan rakyat terpaksa mengambil keputusan untuk memanggil Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook dan ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi untuk disiasat bawah Akta Hasutan 1948.
.
Tindakan pihak polis ini adalah susulan selepas Perdana Menteri Najib Razak meminta pihak berkuasa menyiasat kes-kes terbabit akibat desakan agar Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan terhadap pemimpin-pemimpin DAP yang dikatakan menghina agama islam.
.
Kenapa kah Dap dituduh sebagai anti islam? Mari kita semak kes-kes dakwaan menghina Islam secara lebih perinci. Kes pertama, Jeff Ooi yang disiasat bawah Akta Hasutan padahal beliau hanya menyifatkan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai pertubuhan ekstremis, dan beliau telah menarik balik ulasan terbabit atas arahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
.
Sama ada JIM pertubuhan ekstremis atau tidak terpulanglah kepada tanggapan masing-masing. Yang penting, kita harus bersikap liberal dan menghormati kebebasan bersuara setiap rakyat Malaysia membuat kritikan dan kritikan balas. Tidak dapat dinafikan bahawa kritik-mengkritik atau berdebat secara rasional dan membina menjadi amalan lumrah dalam sesebuah demokrasi yang matang. Mendesak agar Akta Hasutan atau ISA digunakan untuk menindas kebebasan bersuara jelas sekali bertentangan dengan semangat demokrasi, tidak kira dengan apa alasannya.
.
Dalam peristiwa kafir-mengkafir antara PAS dan Umno, yang diuji ialah dakwah dan ajaran Islam yang lebih sempurna, bukan kekuatan Akta Hasutan atau ISA. Malah apabila cadangan Nik Aziz Nik Mat agar Kelantan PAS bekerjasama dengan kerajaan persekutuan BN diputarbelitkan sebagai hasrat PAS ingin bekerjasama dengan Umno, tok guru begitu marah sekali sehingga menengking: Pergi jahanamlah Umno!
.
Semantara itu apabila Nik Aziz mengatakan bahawa orang Umno tidak beriman dan penyokong Umno tidak akan masuk syurga, maka Nik Aziz tidak dianggap sebagai menghina islam. Sedangkan tuduhan Nik Aziz ini lebih berat dibanding tuduhan Jeff Ooi. Lagipun Jeff Ooi hanya mengarahkan tuduhannya kepada JIM. JIM bukan pertubuhan yang mengwakili islam, walaupun pertubuhan itu disertai oleh orang islam.
.
Namun, tiada pihak yang menganggap kenyataannya itu sebagai menghina Melayu atau Islam, dan mendesak agar tok guru didakwa bawah Akta Hasutan atau diambil tindakan ISA.
.
Logiknya mudah saja: mengkritik Umno tidak boleh disamakan dengan mengkritik orang Melayu atau Islam; justeru, mengkritik JIM atau ahlinya juga tidak boleh disamakan dengan mengkritik Islam. Sekalipun pertubuhan Islam berasa terhina, ia juga tidak boleh disamakan dengan Islam pada keseluruhannya telah dihina! Lantaran itu, jika Ooi menyifatkan JIM sebagai pertubuhan ekstremis, maka terserahlah kepada JIM untuk respons. Oleh kerana JIM tidak sama dengan Islam, maka tidaklah logik jika ulasan itu diperbesar-besarkan dan disamakan dengan Islam telah dihina, lalu didesak agar Akta Hasutan atau ISA diambil terhadap Ooi.
.
Dalam kes exco kerajaan Selangor Ronnie Liu daripada DAP dituduh sebagai campur tangan dalam tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang merampas minuman keras di kedai 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam, penjelasan Liu juga perlu diambil kira. Menurut Liu, penjualan bir yang kandungan alkoholnya kurang daripada 8.8 peratus, mengikut Akta Eksais 1976 yang digunapakai sekarang, tidak memerlukan lesen. Ia bermakna serbuan dan rampasan bir oleh MBSA sebenarnya salah di sisi undang-undang yang dikuatkuasakan sekarang, dan kesalahan ini telah diakui oleh pihak berkuasa yang terbabit. Sebagai ahli exco yang bertanggungjawab untuk menyelia portfolio terbabit, Liu padahal hanya menjalankan tugasnya untuk membetulkan tindakan yang salah di sisi undang-undang, supaya bir yang dirampas itu dipulangkan kepada pemilik kedai terbabit.
.
Dalam hubungan ini, Liu tentu tidak boleh dituduh sebagai menghina Islam. Yang menghairankan, inisiatif untuk membelasah Liu secara terbuka bukan datangnya daripada Umno atau BN, tetapi seorang lagi exco Selangor merangkap pesuruhjaya PAS negeri Dr Hasan Ali. Nampaknya kes ini mungkin ada udang di sebalik balik batu! kerana akhirnya Dr Hassan Ali berdamai dengan Ronnie Liu.
.
Kes ketiga yang lebih menggemparkan berkaitan dengan ahli parlimen Rasah dan ketua Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook. Beliau dituduh menulis beberapa artikel menghina Islam dan juga Sultan Perak serta Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah. Antara lain, ahli parlimen Kulim, Zulkifli Noordin, membelasah laman sjsandteam.wordpress.com yang memuatkan kenyataan akhbar Loke dan kemudiannya menyiarkan komen, yang menurut pemimpin PKR itu, menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadab dan melampau terhadap Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Loke mengaku beliau mengeluarkan kenyataan akhbar yang bertajuk "Ridhuan Tee harus minta maaf daripada keluarga Teoh Beng Hock" untuk mengecam penulis kolum itu kerana membuat "ulasan yang kejam dan tanpa hati perut berkaitan isu bayi Teoh yang belum dilahirkan" dan "menyeru agar Dr Mohd Ridhuan segara meminta maaf daripada keluarga Teoh, China Press dan Nanyang Siang Pau".Namun beliau menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan pemunya laman web yang tidak bertanggungjawab serta komen-komen terbabit. Dalam laman Rocky’s Bru, "artikel asal" yang didakwa ditulis oleh Loke telah disiar semula, sekali lagi tanpa pengesahan dengan Loke (sama ada beliau penulisnya seperti yang didakwa). Maka terletuslah hamburan sumpah seranah dan caci maki rasisme yang amat melampau sekali, lantas menjadi perdebatan dan konfrontasi aneka jurusan antara mereka yang berbeza latar belakang ideologi dan politik, dan terbahagi menjadi dua kumpulan besar, iaitu pro-Umno dan anti-Umno.
.
Dalam surat kepada Rocky, Loke dengan sekeras-kerasnya menafikan beliau pernah menulis artikel menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin seperti dituduh.Tambahnya, beliau tidak tahu-menahu tentang laman web sjsandteam.wordpress.com (telahpun ditutup)sebelum ini. Satu-satunya blog miliknya lokesiewfook.blogspot.com. "Saya tidak pernah menulis sebarang artikel untuk menghina keluarga diraja, Melayu atau Islam di sepanjang hayat saya. Ada usaha hendak menfitnah Pemuda DAP dan saya dengan sebaran penipuan bahawa kami ini anti-Islam dan anti-keluarga diraja. "Saya tidak tahu gerangan siapakah yang mengendalikan laman web terbabit, saya tiada sebarang hubungan dengannya. Sebagai seorang pengendali laman web yang bertanggungjawab, menjadi harapan saya kamu membuat pengesahan mengenai faktanya sebelum membuat sebarang dugaan."Saya akan membuat aduan polis hari ini (masa itu)untuk menafikan saya yang menulis artikel terbabit, dan saya harap kamu akan siarkan penjelasan saya untuk menjernihkan suasana. Terima kasih," kata Loke seperti diterbitkan di Rocky's Bru. Rocky sudah menyiarkan surat Loke dalam lamannya seperti yang diminta dan Loke juga telah membuat aduan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi untuk menafikan beliau pernah menulis artikel untuk menghina Islam, Sultan Perak dan Raja Nazrin seperti yang dituduh.
.
Jika sekiranya benar apa yang dikatakan oleh Loke tersebut, maka asas untuk menuduhnya sebagai anti-islam tidak kuat, sebaliknya kerajaan dalam hal ini perlu berhati-hati menangani isu seumpama ini, agar tidak nampak sangat bahawa kerajaan terlalu berat sebelah. Isu seumpama ini perlu disemak dengan teliti, di mana kah kebenarnya, agar supaya persatuan yang mengatas namakan islam, boleh memudaratkan sistem yang telah sedia ada.

Kematian Teoh Beng Hock: Tan Boon Hwa lebih tahu dibanding surat misteri

Tan Boon Hwa 2 dari kiri

Inkeus hari pertama seorang pegawai keselamatan ada memberitahu, bahawa pada 12.52 pagi 16 Julai ada seorang pegawai SPRM bersama 2 orang cina yang tidak dikenali telah masuk bangunan SPRM. Siapakah 2 orang itu? Apakah Tan Boon Hwa kenal mereka atau individu tertentu yang dipanggil Tan Boon Hwa untuk membawa dokumen-dokumen penting yang ingin diserahkan kepada SPRM?

Tan Boon Hwa telah selesai sesi pertama soal jawab pada 1.30 pagi 16 Julai, kemudian Boon Hwa tidak mahu pulang, walapun dibenarkan pulang. Antara pukul 3.45 pagi hingga 10.59 pagi 16 Julai, apa yang Tan Boon Hwa lakukan dalam pejabat SPRM tersebut. Sebagai catitan mendiang Teoh Beng Hock dipercayaai mati antara 7.15 pagi ke 11 pagi 16Julai, berasaskan keterangan pakar pathologi Dr Prashant Samberkar.

Penumpuhan siasatan ini seharusnya kepada Tan Boon Hwa dan 2 orang lelaki cina yang masuk pada 12.52 pagi 16 Julai lalu. Penyiasatan kepada surat misteri yang diterima peguam pemerhati keluarga TBH Gobind Singh Deo yang diterima pada 18 Ogos dari seseorang yang tidak dikenali, seolah-olah isi surat itu menyenaraikan maklumat orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan kematian TBH, hanya merupakan gimik,kerana faktor penting sebenarnya dalam inkues kematian TBH ini, ada pada Tan Boon Hwa sendiri.

Cahaya menyingkap penyebabkan TBH jatuh dari tingkap T-14 pejabat SPRM ada pada DNA yang dijumpai pada sebelah luar jaket dan tali pinggang TBH. Proses merungkai DNA ini, boleh dikorek melalui Tan Boon Hwa, kerana asasnya adalah Tan Boon Hwa berada dalam bangunan SPRM tanpa tujuan jelas saat mana TBH dipercayaai mati akibat jatuh.

Apa kah melalui surat misteri ini, point yang mengarah kepada Tan Boon Hwa akan melencong jauh? dan melalui surat misteri itu juga, individu-individu yang tiada kait mengait akan ikut disiasat, dan akhirnya akan memperlambat perungkaian inkues ini.

Persoalan yang perlu dicari, jika motif penulis surat tersebut mencari kebenaran,kenapa tidak langsung dihantar kepada koronor inkues ini, kalau pun tidak percaya kepada pihak polis? kenapa perlu melalui Gobind Singh Deo? Satu tanda tanya besar mengenai maksud tersirat surat misteri ini. Walau bagaimanapun, kita tunggu isi surat tersebut melalui inkues seterusnya.

Wednesday, August 19, 2009

Inkues kematian Teoh Beng Hock dikejutkan dengan satu surat

Inkues hari ke-11 hari ini dikejutkan apabila peguam pemerhati keluarga TBH Gobind Singh Deo memberitahui koronor Azmil Muntapha Abas, bahawa beliau menerima sepucuk surat semalam yang mengandungi maklumat mengenai kematian mendiang TBH.

Isi surat tersebut dipercayaai telah dibaca oleh Koronor dan dipercayaai pihak polis memulakan siasatan mengenai kebenaran kandungan surat tersebut.

Inkues kematian TBH ini samakin membuahkan banyak misteri, selain 2 DNA lelaki yang terdapat pada jaket dan tali pinggang TBH belum terungkai, sekarang surat misteri pula menjadi persoalan.

Dari siapa kah surat tersebut, atau satu lagi lakonan agar kematian TBH ini semakin misteri?

Hanya pakar forensik dapat menentukan taraf psiokologi Beng Hock sebelum ditemukan mati: Dr Prashant Samberkar

Hari ke-10 inkues kematian TBH diberitahu, bahawa hanya pakar forensik yang dapat menentukan taraf emtional dan psiokologi TBH sebelum ditemukan mati. Pakar pathologi ke-2 Dr Prashant Samberker berkata demikian semasa menjawab soalan penguam pemerhati keluarga TBH Gobind Singh Deo.

Dr Prashant juga memberitahu inkues, bahawa ada 5 sebab kenapa TBH semasa sampai ke impak di T-5 luar Plaza Masalam; masih sedar. Antara sebab-sebab yang diberikan adalah: jumlah kerosakan tisu lunak, jumlah darah dan pembekuan darah yang terdapat di bahagian kanan dan kiri dada TBH. Sementara itu, doktor pakar ini memberitahu inkues, bahawa kematian TBH bukan disebabkan dibunuh, kerana tiada kesan pergelutan, tiada kesan kecederaan lidah, kesan pada kasut kerana akibat impak berat badan TBH semasa sampai ke tempat impak.

Ada kemungkinankah semasa TBH duduk di tingkap seseorang telah menolaknya, kerana kesan DNA misteri terdapat di bahagian jaket TBH. Apa kah melalui inkues ini, individu misteri tersebut dapat dirungkai? sama-sama kita tunggu.

Tuesday, August 18, 2009

Dokumen yang tersimpan dalam laptop Teoh Beng Hock yang disita SPRM: Mengakibatkan TBH runcing? atau TBH ditolak dan jatuh?

Pada inkues hari ke-9 pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan,Klang Dr Khairul Azman Ibrahim memberitahu bahawa ada kemungkinan TBH terjun bunuh diri. Keterangan Dr Khairul ini diperkuat oleh pakar UMMC Dr Prashant Samberkar bahwa TBH juga mungkin terjun bunuh diri.

Apa kah kerana fikiran TBH runcing kerana maklumat penyelewangan wang kerajaan yang dilakukan ada tersimpan dalam laptop TBH, yang sebelumnya telah disita oleh pegawai SPRM? Disebabkan maklumat dan dokumen-dokumen tersebut, kerana itu pada pukul 5:5:30 pagi 16 Julai, TBH kenampakan mundar mandir di ruangan pejabat SPRM.

Ada kemungkinan juga, semasa TBH di tanya oleh Tan Boon Hwa keterangan apa yang diberikan kepada SPRM, dan mungkin TBH ada memberitahu, bahawa laptopnya telah disita, atas sebab itu Tan Boon Hwan marah dan menampar TBH, kerana itu ada kesan kecedaraan di muka TBH. Kerana merasa sangat tertekan, maka TBH duduk ditingkap mengancam nak terjun? Dalam kesempatan ini, seseorang menolaknya (kerana itu ada DNA seorang lelaki di jaket TBH), dan seorang lagi coba menggapai tangan TBH dan memegang tali pinggangnya, tetapi genggaman tersebut tidak kuat, sehingga rantai jamnya dan tali pinggangnya putus (ada DNA lelaki yang dijumpai di tali pinggang TBH).

Semalam Dr Khairul Azman Ibrahim, memberitahu inkues, bahawa TBH tiada masalah psiokologi (menurut keluarganya), jadi kemungkinan untuk bunuh diri tidak timbul, lagi pun 3 Oktober ini TBH akan mendaftarkan perkahwinannya dengan girlfriendnya Soh Cher Wei.

Teori kemungkinan TBH ditolak dan jatuh ada kemungkinannya, kerana kedua-dua doktor pakar pathologi memberi keterangan yang sama, bahawa semasa sampai ke impak, di mana mayat TBH dijumpai, TBH masih dalam keadaan sedar.

Pihak inkues, perlu menumpukan kepada siapa yang menolak TBH?

Teoh Beng Hock mati kemungkinan dicampak

Pakar Forensik dan pathologi UMMC yang dilantik oleh pihak polis bagi mengenal pasti kematian TBH, dr Prashant Samberkar, hari ini memberitahu inkues, bahawa mendiang TBH mati antara 8 hingga 12 jam semasa mayatnya ditemui di luar T-5 Plaza Masalam, Shal Alam pada 16 Julai lalu.
.
Sebelum ini pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang Dr Khairul Azman Ibrahim memberitahu inkues, bahawa kematian TBH adalah kurang 36 sejam semasa beliau melakukan postmortem pada jam 12 tengah hari 17 Julai lalu.
.
Jika benar bahawa jangka masa kematian TBH adalah antara 8-12 jam, maka ada kebenaran bahawa Tan Boon Hwa nampak TBH masih hidup pada 6.10 pagi pada 16 Julai. Dr Prashant juga memberitahu inkues, bahawa semasa impak, TBH masih dalam keadaan hidup, keterangan ini konsisten dengan Dr Khairul, bahawa semasa TBH jatuh, beliau dalam keadaan sedar.
.
Ada kemungkinan kah antara pukul 6.10 hingga 7.15 pagi 16 Julai ada 2 orang lelaki yang TBH kenali datang menyergap TBH, seorang pada jaket, seorang pada tali pinggang dan tangannya dimana jam dipakai, lalu mencampakan TBH ke luar T-14 Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM terletak. Teori ini konsisten pada keterangan 2 pakar tersebut di atas, bahawa semasa jatuh, TBH masih dalam keadaan sedar.
.
Jika TBH terjun dengan sendirinya, maka perbuatannya tersebut telah diperkirakan, kemungkinan seluarnya tersangkut agak jauh, akan tetapi, jika TBH dicampak, kemungkinan besar kejadian dimana seluarnya tersangut mungkin berlaku.

Monday, August 17, 2009

Teoh Beng Hock sedar semasa jatuh: Dr Khairul Azman Ibrahim

Inkeus kematian mendiang TBH masuk hari ke-9. Berbagai teori dikemukakan. Dr Khairul Azman Ibrahim, pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang mengatakan, kemungkinan besar TBH tengah sedar semasa terjun bunuh diri.
.

Satu perkara yang menjadi persoalan adalah luka calar ditangan TBH di mana jamnya dipakai. Jam TBH hingga kini belum dijumpai. Ada kemungkinkah sebelum TBH terjun bunuh diri, TBH ditampar dibahagian mukanya, kerana ada tanda-tanda kecederaan tersebut akibat dipukul.
.
Ada kemungkinkah sebelum TBH terjun bunuh diri, beliau dalam ketakutan atau terlalu tertekan, sehingga putus marifat, lalu terjun?
.
Jika DNA dianalisis pada tangan TBH di mana jam dipakai dan mukanya kesan tamparan, ada kemungkinan kah DNA tersebut diketahui, milik siapa? Jika boleh, ada analisis DNA pada bahagian-bahagian tertentu tersebut oleh jabatan kimia?.
.

Maklumat lanjut inkues ini akan diteruskan, sehingga kematian TBH terungkai.

Sunday, August 16, 2009

Teoh Beng Hock kahwin ghaib

Soh cher wei (tengah) diapit keluarga bapa mentuanya

Semalam girifriend TBH Soh cher wei sah jadi isteri mendiang TBH. Dalam satu majlis sederhana di taman seri kelemek, Alor Gajah, di rumah keluarga TBH, Soh secara rasmi menjadi menantu keluarga Teoh. Perkahwinan ghaib tersebut, diakhiri dengan mempersembahkan minuman teh kepada bapa dan ibu TBH.

Teoh Beng Hock didapati mati pada 16 Julai lalu, dan mayatnya dijumpai di luar T-5 Plaza Masalam, Shah Alam. TBH dipercayai bunuh diri dengan terjun dari T-14 di mana pejabat SPRM terletak.

Inkues kematian TBH akan bersambung isnin depan dengan meneruskan keterangan pakar Pathologi yang menjalankan postmortem terdadap mayat TBH pada 17 Julai lalu.

Gelakat Pakatan disukai rakyat!

Gambar pembantu Ronnie Liu, yang menjatuhkan dirinya, dan berpura-pura sakit. Wong mendakwa ditolak oleh pegawai SPRM semasa menangkapnya. Orang ditangkap, kenapa perlu ditolak? mesti lah dipegang dan digari. Mana ada istilah menangkap menjadi menolak.
.
Pembantu Ronnie Liu ini disiasat kerana penyalahgunaan wang sebanyak 500 ribu ringgit yang kononnya digunakan untuk 237 projek di Sungai pelek.
Perbuatan ini lah disukai oleh rakyat yang menyokong Pakatan, kerana bagi mereka kepura-puraan lebih utama daripada kebenaran. Sifat-sifat manusia seperti Wong ini lah yang diperlukan oleh rakyat Selangor dan negeri-negeri di bawah Pakatan rakyat, kerana maha guru mereka Anwar Ibrahim, adalah pakar dalam soal belit dan tipu menipu ini.

Gambar (before) Hassan Ali pernah mengatakan sanggup dipecat kerana isu beer di Selangor, kemudian merangkul Ronnie Liu, kerana minta maaf, dalam isu beer tersebut. Ini lah sifat-sifat pemimpin islam Pas, yang suka berdolak dalik, tetapi sifat orang sebegini adalah pilihan Nik Aziz dan penyokong Pas. Islam Pas, boleh bohong, boleh menipu, asalkan matalamat boleh dicapai.

BN tak ada peluang di Permatang Pasir?

Ada peluang kah Umno melalui Rohaizat Othman. Melihat statistik keputusan PRU 12, nampaknya peluang Rohaizat tiada sama sekali. Faktor ke-dua adalah, kawasan ini termasuk dalam parlimen Permatang Pauh kubu kuat Anwar Ibrahim.

Isu apa kiranya yang dibawa oleh BN? Jika isu menyerang pribadi Anwar, nampaknya tiada kesan. Buktinya pada PRK Permatang Pauh baru-baru ini, serangan pribadi kepada Anwar dengan membangkitkan isu liwat terhadap Saiful, ternyata senjata makan tuan.

Isu ayat Anwar pengkhianat bangsa melayu, saya rasa juga akan menjadi senjata makan tuan.

Sebaiknya bawa saja isu-isu kebaikan, tanpa menyebut soal-soal Anwar. Buat macam biasa saja, beritahu rakyat, beri lah peluang kepada BN untuk mewakili Permatang Pasir, kalau BN tak majukan juga kawasan ni, tolak BN melalui PRU-13. Guna pendekatan individu dibanding ceramah yang belum tentu dapat mengubah pendirian pengundi. Gunakan kempener berpengalaman yang berkeperibadian baik, tak ada skandal. Duduk dengan rakyat, sembayang dengan mereka, kalau berkemah-berkemah lah.

Blog Archive