Thursday, March 26, 2009

MAMPUKAH NEGARA MENGHADAPI KRISIS EKONOMI DUNIA

Depresi tahun 1930 hampir serupa melanda dunia kini. Ekonomi terbesar Dunia telah dua kali memperkenalkan stimuli untuk pemulihan, negara kita juga sama, dengan pakej kedua yang disebut bajet mini berjumlah RM60 bilion. Di atas kertas, jumlah ini mampu meransang ekonomi, jika ianya sampai kepada target. Persoalannya apakah jumlah ini akan sampai kepada sasaran?? Berasaskan kepada praktikal, untuk mendapatkan injeksi ini, maka melalui kaedah-kaedah yang berliku-liku, bermula daripada kehadiran syarikat yang rasmi dan telah berdaftar kepada berbagai agensi yang telah ditetapkan. Tidak cukup dengan itu, syarat-syarat yang teriring wajib dipenuhi. Apabila semuanya tercukupi, maka pembedaan bermula. Tersusunlah teka teki angka, seperti membeli nombor-nombor taruhan. Jika bernasib baik, maka nombor tekaan itu tercabut undi. Jika angka-angka itu ditentukan oleh program komputer, maka peluang setiap peneka akan sama, tetapi apabila program menggunakan manusia untuk menentukan pembedaan, maka :kabel: mementukan segalanya. Kerana praktek sedemikian, maka sesiapa yang punya kabel kuat, tetiba punya segalanya, jika dahulu hanya boleh berkereta kancil, sekarang punya Ninja King, Punya BMW-TX5 punya yang hebat-hebat. Jika dahulu punya rumah sewa, sekrang punya rumah gedung. Yang cantiknya dalam masa singkat semua ini menjelma seperti kuasa Tuhan "kun faya kun".

Blog Archive