Sunday, November 15, 2009

Nizar News: Setiausaha Politik Najib Terlibat Rasuah?

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) Malaysia menggesa agar Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang dakwaan rasuah yang melibatkan Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, Wee Choo Keong perlu melaporkannya sepertimana yang dinyatakannya di dalam Parlimen dan disebarkan melalui blog peribadi beliau.

“Gerak melihat dakwaan ini suatu suatu bentuk dakwaan yang serius yang perlu diambil perhatian oleh SPRM apatah lagi melibatkan kedudukan Setiusaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah.

“Dakwaan seumpama ini boleh merosakkan imej Datuk Seri Najib Tun Rajak selaku Perdana Menteri yang seringkali menguar-uarkan tentang persoalan integriti,” katanya dalam kenyataan medianya, hari ini.

Menurutnya, Gerak juga berpandangan dakwaan Wee Chong Keong perlu dibuktikan bagi mengelakkan tuduhan tidak berasaskan dilakukan oleh mana-mana pihak.

Nazree berkata, Gerak berharap agak SPRM dapat mengambil tindakan segera untuk menyiasat dakwaan yang melibatkan salahguna kuasa ini dan tidak mahu imej kepimpinan negara tercemar.

“SPRM juga perlu melakukan siasatan dengan adil dan saksama.

“Dan ingin menegaskan agar ahli Parlimen Wangsa Maju tampil dengan segera untuk melaporkan kepada SPRM untuk membuktikan kebenaran dakwaan beliau dan Gerak Malaysia menyokong penuh usaha tersebut jika dilakukan dengan fakta-fakta dan bahan bukti yang kukuh,” katanya lagi.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak mahu isu ini hanya dibangkitkan di Parlimen sahaja tetapi tiada tindakan susulan yang konkit

No comments:

Blog Archive