Tuesday, November 17, 2009

Nizar News: Selangor Akan Muflis Jika Anwar Jadi Penasihat: Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyebabkan negeri itu muflis kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahir dalam bidang ekonomi.

“Suatu ketika dahulu dia (Anwar) mahu menggunakan polisi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Saya yakin dia (Anwar) tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, dia seorang pemidato yang bagus tapi bukan dalam bidang ekonomi.

“Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,” katanya dalam nada sinis selepas menyampaikan ceramah dalam Siri Syarahan Tokoh Terkemuka Institut Asia Eropah di Hotel Nikko.

Dr Mahathir berkata, pemilihan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi adalah satu perkara yang 'menakjubkan' kerana bekas Menteri Kewangan itu telah menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh menjunam ketika krisis ekonomi melanda negara ini pada tahun 1998.

Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawa Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Menurut Khalid, pelantikan tersebut dibuat atas kapasiti Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan.

No comments:

Blog Archive