Friday, November 13, 2009

Nizar News: Benarkah Kermorostan Kerusi BN-PRU-12 Kerana UMNO???

Benarkah banyak orang mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 kerana bukan sangat menyokong PAS, DAP atau KeADILan, tetapi sebab menolak Umno? Maknanya mereka memilih tidak kira siapa asalkan calon pilihan raya itu bukan Umno? (ABU).

Disebut sebagai asal bukan Umno dan bukannya asal bukan Barisan Nasional kerana kebencian dan kemarahan pengundi, tidak kira Melayu, Cina atau India, pada Umno. Justeru, mereka menyokong PAS, DAP atau KeADILan.

Hakikatnya kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 mempunyai banyak faktor. Walaupun terdapat sebahagian pengundi memilih PAS kerana ABU tetapi tentunya tidak semua berbuat demikian.

Ada banyak yang sememangnya memilih PAS kerana mendokong parti itu, serta program-programnya. Atau fahamannya, atau budaya serta para pemimpinnya.

Kalau dilihat setiap kawasan pilihan raya, tidak boleh dinafikan bahawa terdapat calon-calon PAS yang jauh lebih baik daripada Umno dan mereka menang.

Dalam hal ini pengundi memilih calon berkenaan dan bukannya parti. Tidaklah pula mereka memilih seseorang asal bukan Umno. Ini kerana calon itu begitu kuat, walaupun katakan seseorang pengundi tidak begitu cenderung untuk menyokong PAS.

Justeru, dalam memilih calon untuk disokongnya, terdapat banyak faktor yang terlibat. Lain pengundi, lain pula motivasinya. Untuk mengatakan bahawa orang memilih PAS kerana menolak Umno adalah suatu yang simplistik.

Kajian sememangnya boleh dibuat, dan daripada angka-angka itu hendak ditunjukkan bahawa orang muda menolak Umno, dan mereka memilih PAS hanya kerana tidak mahu Umno. Tetapi untuk mengatakannya secara menyeluruh, ia adalah tidak wajar, dan merupakan satu mitos.

Apakah mitos ini akan terus berlaku ? Apakah rakyat akan mengulangi keadaan PRU-12? Apakah rakyat akan mengundi sesiapa sahaja asalakn bukan UMNO (ABU)? Sesuatu yang perlu dikaji? Umno sekarang dengan kepimpinan baru, berusaha untuk berubah, berubah dari semua aspek; termasuk persepsi kearoganannya.

Bagi kawasan saya misalnya Parlimen Kota Belud dan DUN Tempasuk Kota Belud, untuk pertamakalinya dalam sejarah pilihanraya BN Kalah disemua peti undi, namun sebaliknya kawasan mengundi di mana BN sebelumnya kalah, malah menang besar, kerana itu lah calon-calon BN menang walaupun dengan majoriti tipis.

Akhir-akhir ini kecenderungan para pengundi kawasan saya, bukan lagi berkenderungan memilih BN, akan tetapi kepada individu yang dianggap boleh menyuarakan masalah mereka. Suara kuat untuk mengatakan bagaimana penghidupan mereka merana sepanjang 46 tahun mereka dalam negara.

Kali ini mereka akan memilih individu yang mahu berjuang bagaimana menyuarakan bahawa kawasan mereka telah dipenuhi PTI, tanah-tanah kampung mereka dirampas oleh petualang-petulang tertentu terutama mereka yang diberi amanah di peringkat daerah dengan kerjasama jabatan tanah.

Tanah-tanah mereka telah berpindah tangan dengan cepat hingga pemiliknya pun ada yang berasal luar negara.


No comments:

Blog Archive