Monday, November 30, 2009

Kerana Istilah: Nik Aziz Mendoakan Agar Najib dan Kerajaanya Rosak Binasa

SETELAH dikafirkan, tidak beriman, tidak islam, tidak masuk syurga; kali ini pula Nik Aziz mendoakan kejatuhan dan kerosakan kepada Umno dan para pemimpinnya.

Nik Aziz berhujah adalah tidak salah bagi mendoakan kejatuhan dan kerosakan kepada pemimpin Negara terutama DS Najib kerana tidak mengubah istilah wang eshan minyak kepada Kelantan kepada royalti minyak.

Nik Aziz mengekalkan bahawa istilah wang eshan berbeza dengan istilah royalti minyak,walaupun Najib telah menegaskan apapun istilahnya jumlah yang diterima Kelantan daripada hasil minyak adalah sama.

Penegasan Najib ini disokong dengan fakta lalu, bahawa dalam rancangan Malaysia ke-9 Kelantan telah menerima 9 billion ringgit, walaupun negeri itu diperintah oleh Pas yang merupakan parti pembangkang.

Ekoran daripada kenyataan Nik Aziz itu yang disampaikan dalam bentuk khutbah, mufti negeri Perak Dato Harussani menegaskan bahawa kenyataan Nik Aziz tersebut adalah salah dalam segi agama islam.

Demi meneggakkan hujahnya, Nik Aziz mencabar sesiapa sahaja termasuk Harussani untuk menunjukkan kepadanya nas dan bukti dalam Al-quraan yang melarangnya mendoakan seseorang atau individu atau kelompok orang agar mengalami musibah dan malang kerana menurut Nik Aziz yang didoakan itu adalah orang yang berniat jahat kepadanya.

Bagi Nik Aziz apapun permintaan kerajaan Kelantan kalau tidak ditunaikan, maka mereka yang tidak menunaikan permohonan atau permintaan tersebut berniat jahat.

Tidak dinafikan akhir-akhir ini Kelantan telah tersenarai dimana perairan antarabangsanya telah mengeluarkan minyak melalui operasi petronas dengan Negara-negara jiran.

Namun pengeluran minyak tersebut tidak termasuk kawasan perairan Kelantan secara negeri. Tergantung kepada cara melihat peta. Apabila peta yang telah disebarkan melalui internet dikaji jika dilihat daripada utara, maka telaga minyak tersebut lebih dekat kepada Terengganu.

Namun jika dilihat daripada sebelah Timur lebih mengarah kepada Kelantan. Yang jelasnya, telaga pengeluar minyak tersebut berada diperairan antarabangsa Malaysia.

Seharusnya negeri Kelantan perlu bersyukur kerana selama ini, negeri tersebut dikecualikan daripada menerima wang hasil minyak, walaupun telah menandatangani perjanjian dengan petronas pada tahun 1974.

Penjelasan mengenai pengeluran minyak di kelantan ini seharusnya terletak dibahu Petronas, memberitahu sejak bila minyak telah dkeluarkan di perairan antarabangsa Malaysia yang bertentangan dengan negeri Kelantan.

Penjelasan Petronas ini dapat merungkai keraguan rakyat terutama rakyat Kelantan agar merasa tidak dianaktirikan.

No comments:

Blog Archive