Friday, April 10, 2009

Terkejut

Saya Tiga kali terkejut.
Pertama apabila Datuk Japlin Akim, ADUN Usukan Kota Belud jadi calon BN pada tahun 2004. Encik Japlin, adalah pelabur saya melalui unit amanah menggunakan simpanan KWSPnya. Datuk ini sangat suka untuk melabur, walaupun sedikit katanya: tetapi menambah-nambah untuk masa depan. Saya jarang sekali gagal untuk mendapatkan wang tunai dari pelabur serupa beliau ini, tetapi melalui Datuk Japlin saya gagal mendapatkan: pelaburan dalam bentuk wang tunai; kerana katanya; beliau tidak punya wang tunai yang cukup. Datuk ini mengakui, bahawa gaji sebagai pembantu menteri hanya cukup untuk membayar pinjaman perumahan dan kereta, selebihnya adalah untuk belanja harian.
Kedua: apabila Datuk ini, digantung dari UMNO kerana mengamalkan politik wang, kerana membantu calon ketua pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaludin.
Ketiga: Apabila khabar angin mengatakan bahawa Datuk ini ditahan reman oleh BPR kerana kesalahan rasuah (mudah-mudahan khabar angin ini tidak betul).
Sebagai pengamat politik Kota Belud, Sabah, jika benar Datuk ini yang dimaksudkan dalam khabar angin itu, maka kedudukannya sebagai ADUN, Pembantu menteri akan terjejas. Sayang seorang pemimpin yang berpotensi akan hilang di Kota belud.

No comments:

Blog Archive