Friday, April 03, 2009

Pemimpin komited

Suatu ketika di tahun 90-an apabila kerusi DUN Usukan Kota Belud kosong akibat undang-undang anti lompat , maka pilihanraya kecil diadakan. Tun Mustapha mewakili BN (UMNO) lawan Jap Omar (PBS). Pengerusi UMNO negeri masa itu mantan TPM Encik Abdul Ghabar Baba (kini Tun dan Allahyaraham) ketika melawat kampung-kampung di Usukan sambil diiringi oleh Datuk Sakaran Dandai (belum tun masa itu) sebagai pengarah pilihan raya, maka mantan TPM ini cukup terkejut dengan keadaan kampung yang tidak berlampu. Setelah kembali dari melawat kampung dan singgah sebentar di pejabat USIA kota belud, beliau mengadakan sidang akbar pada malam itu juga, bahawa lampu litrik akan masuk di kampung-kampung di Usukan. Esok harinya, saya terperajat kerana lori-lori membawa tiang litrik telah masuk kampung dan sebulan kemudian tamatlah kegelapan malam sejak zaman penjajahan.
Setelah hampir 20 tahun pada PRU-12 saya sempat bersms dan berjumpa dengan Calon Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahalan dan mengutarakan masalah air minum, kerana sejak penjajahan hingga kini masyarakat kampung saya Kg Tamau dan sekitarnya masih menikamti air tempat bernang katak dan ular. Pada masa itu, kerana masa berkempen, maka beliau mau diberi peluang untuk menang dan insaallah katanya dalam tempoh 100 hari perkara ini akan diketengahkan. Jawapannya???

No comments:

Blog Archive