Friday, April 10, 2009

Panas

Panas betul. Tiap malam panas. Tiap hari panas. Kekadang, musim hujan pun panas. Hujan panas. Rumah yang punya penghawa dingin, dihidupkan selagi penghuni ada dirumah. Rumah yang berkipas, kipas dipasang terus, kekadang lupa ditutup. Dalam kereta, kereta yang punya penyejuk, terus memasangnya, selagi kereta itu berjalan dan berpenumpang. Panas.

Di dunia, orang-orang sibuk, kerana air laut terus bertambah ketinggian. Negara-negara pulau yang kecil, ketakutan, mungkin dalam masa sedekad pupus dari peta. Ikan-ikan paus terdampar di Australia, kerana mengejar makanan yang terlalu dekat pantai. Sebabnya, laut jadi panas, jadi ikan-ikan kecil ini lari ke pesisir pantai yang agak sejuk akibat arus air yang bergolong jadi ombak.

Tahun 70-an semasa saya tinggal di kampung, apabila malam berlabuh dan masuk masa tidur, saya memakai kain sarong yang panjangnya lebih 6 kaki. Kain yang dijahit sendiri dijadikan selimut. Setelah 20 tahun, kain ini saya masih gunakan, tetapi penggunaanya tidak saban malam lagi. Sebabnya panas menggunakan kain ini., walaupun bahan kain tidak berganti, sama dengan bahan tahun 70-an. Kenapakah cuaca jadi panas. Ada yang mengistilahkannya: Pemanasan global. Akibat pelepasan karbon monoksida ke udara, menjadikannya rumah hijau di angkasa.

Mantan PM-5, baru-baru merasmikan tanam pokok di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pada 8hb April 2009, saya terbaca surat khabar tempatan negeri Sabah, Naib Chancellor Universiti Malaysia Sabah, mengajak setiap seorang tanam tiga pokok. Jadi, kesimpulan saya, rupanya pemanasan global ini selain akibat sisa industri, juga kerana pengurangan pokok.

Tahun 70-an, ramai penduduk Sabah menaikkan umur dalam kad pengenalan. Tujuannya supaya dapat wang kayubalak. Had umur masa itu untuk dapat wang kayubalak adalah 21 tahun. Moralnya, kerana mengejar wang kayubalak, dalam satu keluarga pada masa ini, yang sepatutnya adek dalam susun galur keluarga jadi abang atau kakak. Orang-orang politik tahun 60-an, 70-an, 80-an, 90-an kayaraya kerana kayu balak.

Wangkayu balak ini yang menjadi punca, kenapa hutan-hutan di sabah gondol, tempat yang sepatutnya tidak banjir, banjir. Di kampung dahulu, tidak panas, sekarang susah tidur di waktu malam, jika di siang hari; cuma berseluar pendek, tidak berbaju, kerana panas.

Coba kita berteka teki, kayu-kayu yang disebut balak, sekarang ini sudah berkurangan, salah siapa??? Politikus yang pernah menikmati penebangan kayu balak, sekarang ini masih bersama kita, kecuali yang terlalu senior, telahpun pergi menemui penciptanya.

Rupanya, kenikamtan yang dikecapi orang-orang terdahulu, pahitnya akan diwarisi oleh mereka yang baharu muncul di dunia yang fana ini. Sekarang, belumpun seabad, perbuatan segelintir manusia terdahulu mengakibatkan penderitaan kepada kita, saya juga bersyukur, bahawa mereka yang terlibat dalam kegiatan ini masih merasakan bahangnya sekarang.

No comments:

Blog Archive