Tuesday, April 07, 2009

Kecoh

Apabila dr Mahathir turun tahta, kecoh benar sebab nak sambut Mr Clean Abdullah Badawi. Datanglah PRU-11, BN menang besar, kata setiausaha BN masa itu, kemenangan BN kerana faktor Abdullah. Apabila pada PRU-13 BN hampir tumbang, kecoh juga, kerana Mr Cleanlah BN hampir kecundang. PM-4 sanggup keluar UMNO dan tak akan kembali selagi Mr Clean masih jadi PM dan Nombor satu UMNO.

Sekarang kecoh lagi, PM-6 awal-awal turun padang di tiga tempat yang mewakili suku terbesar di Malaysia, Petaling Street, Vista Angkasa (Kg Baru) dan Brickfields. Peristiwa ini dikumandangkan di seluruh negara amnya dan khasnya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air. Setiap orang kecoh apataklagi anti BN kerana Malaysia diturunkan dengan pemimpin yang berjiwa rakyat.

Media aliran perdana tiap jam kecoh, kecoh menyambut PM-6 kerana menurutnya semua masalah warisan daripada Mr Clean akan terubati. Blog-blog penyokong memuatkan catitan sejarah yang berlaku sepanjang pembaitan PM-6 dalam politik. Tidak lupa juga peranan wanita yang mendampingi PM-6.

5 April 2009, kecoh lagi, PM-4 datang ke rumah PM-6 menyerahkan keahlian UMNO dan seterusnya nombor keahlian tetap 0000001. 6 April 2009 di jalan Taiping Bukit Gantang Perak, PM-4 kempen untuk calon BN bukit Gantang, blog-blog tak suka BN menyambut kempen ini begitu sinis sekali, mereka kata kempen itu tidak punya dampak/impak. Bloger-bloger ini seolah-olah boleh membaca semua hati pengundi Bukit Gantang. Seolah-seolah mereka punya sense yang ke-7 menyamai sifat Tuhan.

Kecoh, di mana-mana kecoh. Di Selangor kecoh kerana bermilion-milion wang dibelanjakan untuk lawatan keluarga dr Khir Toyo ke luar negara. Di Lahad Datu Sabah, Kecoh kerana bendera Sabah dibakar. Dunia kecoh, kerana pelancaran roket antar benua Korea Utara.

Kecoh, di mana-mana kecoh. Orang tidak berpendapatan kecoh, kerana nasi dan lauk tiada. Kecoh kerana belanja anak ke sekolah tiada.

Kecoh, di mana-mana kecoh. Di ladang kelapa sawit dan getah kecoh. Harga produk ini turun mendadak kerana kurang permintaan.

Kecoh, di mana-mana kecoh. Di kedai mamak juga kecoh, harga teh, kopi dan sajian lain tetap tidak turun, walaupun harga minyak lebih rendah dibanding semasa mereka menaikkan jualan-jualan ini.

Jika kekecohan ini tiada,maka tiada lagi bahan cerita. Surat khabar tidak laku lagi. Blog-blog tidak dibaca lagi. Semua sistem akan jim/mandek kerana tidak berfungsi lagi. Kedai kopi tiada pelanggan lagi kerana bahan cerita tiada lagi. Jawatankuasa disiplin parti UMNO akan otomatik bubar, kerana tiada lagi pesalah yang dihukum. Pembicaraan sedition tidak lagi dibicarakan di mahkamah kerana Karpal Singh, RPK tidak kecoh lagi.

No comments:

Blog Archive