Wednesday, April 08, 2009

Jangan Jolok Sarang Tabuan

Jangan Jolok Sarang Tabuan: Ucapan Sulong Ketua Puteri UMNO Malaysia Setelah Menang.

Tabuan adalah Binatang yang punya koloni sendiri di hutan. Sifat tabuan hanya hidup dengan kelompoknya, tidak suka berinteraksi dengan serangga lain. Sarang tabuan pun khas. Kata bidalan: jangan jolok sarang tabuan, kerana tabuan adalah serangga yang punya bisa yang boleh membunuh.

Dalam organisasi yang berporoskan kepada sokongan khayalak, bidalan seperti ini tidak tepat digunapakai. Apabila kita berpaksi kepada bidalan ini, maka kesimpulannya kita tidak hendak berinteraksi dengan kelompok yang tidak serupa kita, seperti sifat tabuan. Terjawablah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Ternyata di dua tempat ini, kelompok yang tidak serupa BN langsung tidak berpaling arah, kerana takut disengat tabuan. Keputusan pilihanraya telahpun di umumkan, majorti parti lawan bukan berkurang, malah bertambah. Hipotesa bahawa kelompok berlainan koloni takut dekat, kerana takut disengat tabuan.

No comments:

Blog Archive