Wednesday, April 08, 2009

Extra Income

Di Sabah tiap ada PRU atau Pilihanraya kecil ada saja extra income. Sesiapa yang terdaftar jadi penggundi mesti dapat extra income. Extra income berkisar antara RM 50 ke atas setiap penggundi. Begitu juga para perayu undi baik mewakili calon atau parti yang bertanding dapat extra income yang sangat lumayan sehingga boleh beli kancil VIVA secara tunai. Sedemikian juga bagi setiap pemilihan parti, menjadi kewajiban setiap calon yang bertanding untuk memberi extra income kepada para perwakilan jika hendak dapat undi. Kata seorang calon “Saya berhadapan dengan calon yang peluru vitamin Mnya senantiasa ditembak”. Saya kalah kerana vitamin M saya kurang dibanding calon yang menang.

Jika ingin kuasa: boleh. Kuasa boleh dibeli seperti benda-benda yang kita ingin miliki. Punya wang pasti benda itu jadi milik kita. Zaman sekarang, jika jadi pemimpin tidak mungkin, jika wang tiada. Keadaan menang-menang jadi taruhan. You bagi undi you dapat wang. You tak bagi undi you tak dapat wang. Demikian juga untuk dapat projek kerajaan, disamping berbagai syarat yang perlu dipenuhi; hukum menang-menang mesti jadi pautan. Jika hukum ini tidak terpenuhi maka timpanglah negosiasi itu. Apabila timpang, maka biasanya negosiasi gagal. Untuk dapat projek kerajaan, bukan kerana bersandarkan pemohon mampu melaksanakannya, tapi siapa dikenal oleh si pemohon atau siapa dikenal oleh sipemberi.

Berjumpa dengan pemimpin bukan mudah, sementara melalui berbagai saluran individu, berbagai soaljawab, berbagai alasan. Individu seperti saya telah beberapa kali ingin membuat temu janji dengan pemimpin tertinggi tertentu negeri sejak tahun 2004, sekarang tahun 2009 hampir lima tahun masih tidak dipekenankan. Alasan yang diberikan serupa YB tiada di pejabat, YB sibuk, YB ada mesyuarat, YB ada lawatan, YB tiada masa. Kenapa saya gagal berjumpa? Jawabannya, rangkaian yang menjaga YB takut apabila saya terjumpa YB, saya akan dapat extra income. Extra income ini sepatutnya untuk mereka sahaja, kek yang sama jangan terkurangkan, sebab extra income akan berkurang.

No comments:

Blog Archive