Wednesday, April 08, 2009

Empat Kosong


Telahpun terjadi: Empat pilihanraya kecil disemanjung dikuasai oleh gabungan PAS-DAP-PKR. Apakah ini petanda pada PRU-13 ada kerajaan baru. Mungkin ada betulnya. Diserata dunia, tiada ada sebuah parti yang pernah bertahan lebih 50 tahun, pasti tumbang. Parti kongres India, Parti Golkar Indonesia umpamanya tumbang setelah 50 tahun.

Impak pemilihan UMNO dan kembalinya mantan presiden UMNO nampaknya tidak berpertanda baik di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Impak perubahan kepimpinan kerajaan pun juga belum punya impak. Dimanakah silapnya? Menurut maklumat yang diterima daripada kawan-kawan di semanjung, cara merayu undi BN masih serupa dengan dahulu: Bersifat elite, menunjuk-nunjuk dengan kebendaan. Tidak sama dengan pendekatan parti lawan yang bersifat mesra pengundi dengan cara mengikut cara dan perilaku rakyat setempat.

Psikologi penggundi tidak dimanafaatkan oleh BN. Perayu undi dibiarkan kepada perayu-perayu muda yang kurang pengalaman dalam berkomunikasi; yang ada pada mereka ada lah sifat aggersif dan bersifat memaksa. Psikologi manusia adalah sangat benci dengan paksaan. Seandainya manusia itu mengiyakan apakah yang diminta dengan cara paksaan, pengakuan itu adalah diragukan. Ini terjadi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, ramai perayu-perayu undi BN sangat yakin, bahawa BN akan menang, sebabnya kata mereka ramai penggundi parti lawan telah beralih arah. Tetapi setelah selesainya penggundian, bukan kemenangan yang diperoleh, malah majoriti parti lawan bertambah.

Setelah 4-0, benarlah mendekati rakyat untuk dapat sokongan dengan cara elitis dan kebendaan telah ditolak, sebaliknya cara kampung juga digunapakai di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

No comments:

Blog Archive